NiahNafisah
⚠️ DI LARANG TIRU ⚠️
"Siapa nama awak?" - George
"Rosalinda. Panggil Rosa sahaja." - Rosalinda
Perkenalan singkat di sebuah pasar tani menjadi permulaan kepada dua hati yang saling terpaut. Dari pertemuan itu, bibit cinta mula mekar dan akhirnya membawa mereka ke sebuah mahligai perkahwinan.
Kebahagiaan sentiasa memihak kepada mereka, sehingga pada suatu hari ladang jagung milik George terbakar akibat terik matahari dan wap haba yang terlalu panas. Dalam sekelip mata, George dan anak tunggal lelaki mereka terperangkap di tengah ladang yang marak.
"Maafkan kami, Puan Rosa. Suami puan tidak dapat kami selamatkan. Anak puan pula mengalami kecacatan kekal."
Tidak mampu menerima hakikat itu, Rosa yang merupakan seorang pakar saintis kimia mengambil keputusan yang melangkaui batas kemanusiaan. Dia membina semula tubuh George sebagai robot, dan menggantikan anggota tubuh anaknya sehingga menjadikan Jake separuh manusia dan separuh mesin.
"Rosa, kau kena terima hakikat. George dah lama pergi. Dia bukan suami kau. Dia cuma robot." - Felix
Hakikat itu tetap gagal Rosa lenyapkan. Dia sedar suaminya kini hanyalah sebuah ciptaan, namun hatinya enggan melepaskan. Sejauh mana pun dia cuba mengubah takdir, George yang sebenar tetap telah tiada.
"Walaupun jiwa abang sudah hilang, tetap Rosa yang abang cinta." - George
Dan pada akhirnya, Rosa sedar satu perkara yang paling menyakitkan.
Ya, suaminya memang wujud di hadapan mata.
Namun dia tetap seorang robot yang tidak lagi memiliki jiwa.
"Aku sedar... suamiku robot."