Login Ahli

Login
Belum menjadi ahli? Daftar

Sepatah Kata

Ahli Terbaru

malekoemer (malekoemer)
Mas Ira Syafila Bt Mohd Hilmi Tan (Mas Ira Syafila)
SITI NUR ALIA BINTI MD SALEH (alea)
muhammad zawawi (awi)
SITI ZULAIKHA BINTI MOHD ZUKI (xiearf)

Komuniti

Syedputra-com
Asputra at Facebook
Mutiara SMTSP

Statistik

Pelawat: 1183213
Piala Alumni 2011
Pusingan 1
 
Asputra FC
ASPUTRA   3
vs
SDARA
SDARA   0
 
5.00pm
Ahad 8 Januari 2012
RRI Sungai Buloh
 
Follow AsputraFC on Twitter
Kempen Derma Darah PraRamadhan 2010
Sunday, 01 August 2010

Image

Setiap tahun menjelang bulan Ramadhan, negara kita Malaysia dan kebanyakkan negara Islam akan mengalami kekurangan bekalan darah kerana dalam bulan Ramadhan muslimin dan muslimat tidak dapat menderma darah kerana berpuasa.

Kekurangan bekalan darah akan menjadi lebih kritikal pada akhir bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal dengan meningkatnya kemalangan dijalanraya apabila rakyat bercuti menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Kempen Derma Darah PraRamadhan adalah siri kempen derma darah tahunan yang dilaksanakan di seluruh negara secara serentak pada minggu terakhir sebelum bermulanya bulan Ramadhan setiap tahun untuk menampung keperluan bekalan darah dalam bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal. Oleh kerana darah hanya boleh bertahan tidak lebih dari 42 hari selepas diderma, maka kempen ini perlu dilaksanakan pada minggu terakhir sebelum bermulanya Ramadhan.

Pada tahun ini, ASPUTRA sekali lagi akan berkerjasama dengan ANSARA (Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA, MRSM) untuk mengendalikan Kempen Derma Darah PraRamadhan 2010 peringkat negeri Perlis di bawah penyelarasan Tabung Darah, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. 

Kempen kali ke-4 ini juga akan dijalankan secara serentak di 36 lokasi seluruh negara pada 6,7 dan 8 Ogos 2010 dengan kerjasama AEON Jusco, Pusat Darah Negara (PDN), UiTM dan ahli-ahli Sathya Sai Baba. AEON Co. Bhd adalah rakan dan penaja utama kempen ini dengan penglibatan secara percuma kesemua 19 pusat membeli-belah AEON Jusco diseluruh negara. Pusat Darah Negara (PDN) adalah penyelaras utama untuk membantu memastikan penglibatan pasukan derma darah dari hospital-hospital di seluruh negara.

Pada peringkat negeri Perlis, kempen akan diadakan pada 6 Ogos 2010 di Dataran Pelajar, UiTM Perlis dan pada 7 Ogos 2010 di Kampung Wai, Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP). Penyelaras ASPUTRA bagi kempen pada tahun ini adalah saudara Hamlussalam Dali (1979). Beliau boleh dihubungi di talian 019-4462262.

Maklumat bagi kempen seluruh negara boleh didapati di laman web ANSARA (www.ansara.org.my)