Selepas nama penyanyi, Aisha Retno diumumkan sebagai salah seorang pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang, kini pelakon, Mila Mohsin pula diperkenalkan sebagai aktres kedua yang bakal menghidupkan karakter ikonik tersebut dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.
Berita itu diumumkan secara rasmi oleh produksi teater Puteri Gunung Ledang The Musical menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/hiburan/darah-legasi-diwarisi-selepas-aisha-retno-mila-mohsin-dipilih-bawa-watak-puteri-gunung-ledang

π6π2
Kira-kira 50,000 lepasan tahfiz/pondok persendirian akan mendapat manfaat bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program-program tertentu.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim berkata ia susulan keputusan Kabinet berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan, iaitu daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC, baru-baru ini.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/50000-lepasan-tahfiz-pondok-persendirian-berpeluang-ke-ipta

π35π12β€2π2
Episod PUTERA35 kali ini menampilkan Pandai Education, platform edtech yang menyediakan kandungan pembelajaran digital interaktif bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik.
Perkembangan syarikat ini turut diperkukuh melalui sokongan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dari segi pembangunan kapasiti, bimbingan dan peluang pertumbuhan, selari dengan usaha memperkasa pendidikan digital serta melahirkan generasi berdaya saing.
#PUTERA35 #YayasanPeneraju #PandaiEducation #EdTech #UsahawanBumiputera #PendidikanDigital #EkonomiDigital #AstroAWANI

π4π₯2
Hari ini 124 tahun yang lalu, Mekanisme Antikythera, sebuah komputer analog purba tertua di dunia ditemukan.
Pada 1901, sekumpulan penyelam span menemukan sebuah kapal karam di dasar perairan pulau Antikytheria, Greece & membawa naik banyak artifak terdiri daripada arca, tembikar, syiling & pelbagai lagi termasuk seketul gumpalan keras yang tidak dikenal pasti.
Semuanya dibawa ke Muzium Arkeologi Nasional di Athens untuk dikaji, namun gumpalan itu tidak diberi perhatian sehinggalah pada 17 Mei 1902 apabila ahli arkeologi, Valerios Stais mendapati bahawa objek tersebut rupanya sejenis mekanisme yang mempunyai gear.
Ramai pengkaji percaya mekanisme itu dicipta lebih awal berbanding artifak lain yang ditemukan bersamanya & terlalu kompleks, maka kajian ke atasnya dihentikan. Hanya pada 1951, ia diteruskan semula oleh sejarawan sains British, Derek J. de Solla Price.
Bersama ahli fizik nuklear Greek, Charalampos Karakalos, mereka menyelidik artifak tersebut & menerbitkan dapatan mereka pada 1974. Price percaya ianya merupakan sebuah komputer analog yang berupaya membaca kedudukan matahari, bulan & planet.
Laporan Price itu membangkitkan semula minat pengkaji untuk merungkai misteri di sebalik penciptaan instrumen tersebut. Profesor Cardiff University, Michael Edmunds yang mengepalai penyelidikan pada 2006 menyifatkan ianya βlebih berharga daripada Mona Lisa.β
Mekanisme Antikythera dipercayai dicipta oleh saintis Greek purba & dapatan terbaharu pada 2022 mencadangkan instrumen itu mula beroperasi pada 23 Disember 178SM. Ada juga yang berpendapat tarikh penentukuran (calibration) awal mesin itu sekitar 204SM.
Kesemua fragment Mekanisme Antikytheria kini disimpan di Muzium Arkeologi Nasional Athens bersama beberapa rekonstruksi & replika untuk menggambarkan kemungkinan rupa & fungsinya.
Sumber: SciHi, Smithsonian Mag, Techopedia, LiveScience
#PeristiwaHariIni

π6β€3π₯1
Delegasi Amerika Syarikat (AS) yang mengiringi Presiden Donald Trump dilaporkan membuang semua barangan diberikan oleh pihak China sebelum menaiki pesawat rasmi Air Force One, dalam satu langkah yang mencerminkan kebimbangan keselamatan siber serta ketidakpercayaan berterusan antara kedua-dua negara.
Menurut laporan media antarabangsa, kakitangan kerajaan AS dan anggota media yang mengikuti lawatan itu dilihat melupuskan pelbagai barangan yang diterima daripada tuan rumah China, termasuk telefon sementara, lencana kelayakan, pin serta cenderamata rasmi.
Barangan terbabit dilaporkan dibuang ke dalam tong sampah yang diletakkan berhampiran tangga pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, sejurus sebelum delegasi menaiki Air Force One untuk pulang ke Amerika Syarikat.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/delegasi-trump-buang-hadiah-telefon-pemberian-china-sebelum-naik-air-force-one

π₯11π9β€1
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung cadangan pelaksanaan model βpay-per-viewβ atau bayar untuk tontonan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Menteri berkenaan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata perkara itu akan diteliti secara menyeluruh termasuk kesannya terhadap pembangunan bola sepak tempatan.
βKita akan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut, dan saya akan maklumkan kemudian,β katanya ringkas ketika diminta mengulas cadangan berkenaan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini-malaysia/kbs-akan-bincang-cadangan-pelaksanaan-model-pay-view-mfl

π19
Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 yang menghimpunkan kira-kira 5,000 perwakilan dan pimpinan seluruh negara membuka tirainya pada Ahad dengan fokus terarah kepada persediaan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan amanat utama dan merasmikan kemuncak konvensyen itu pada sebelah petang.
Bertemakan "Tekad MADANI, Harapan Rakyat", konvensyen sehari itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bermula pada 8.30 pagi menerusi Sesi Town Hall Sayap PH dan ucapan pengerusi-pengerusi PH negeri.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/konvensyen-ph-buka-tirai-pm-anwar-sampai-amanat-petang-ini

π30π₯5π2β€1
Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr, terpaksa akur tewas melawan kepada Gamba Osaka 0-1 dalam saingan pentas akhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Al-Awwal Park, Riyadh, awal pagi Ahad.
Rembatan deras Deniz Hummet pada minit ke-29 memastikan kelab dari Jepun itu mendahului terlebih dahulu dan terpaksa memertahankan kelebihan itu hingga wisel penamat dibunyikan meskipun Joao Felix hampir menyamakan kedudukan, namun rembatannya sekadar singgah tiang gol.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/al-nassr-tumbang-hasrat-cristiano-ronaldo-rangkul-trofi-acl2-berkecai

π₯6β€2π1
Gol tunggal Antoine Semenyo memacu kemenangan tipis Manchester City menewaskan Chelsea 1-0 untuk merangkul gelaran juara Piala FA di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Semenyo memanfaatkan hantaran lintang Erling Haaland pada minit ke-72 untuk menewaskan penjaga gol The Blues, Robert Sanchez, sekali gus memastikan City mendahului selepas beberapa siri serangan yang tidak membuahkan hasil.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/piala-fa-inggeris-gol-tunggal-semenyo-julang-manchester-city-di-wembley

β€6π2π2
Vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim menegaskan, status sebagai artis bukan tiket mudah untuk menunaikan ibadah haji, sebaliknya, dia turut melalui proses sama seperti jemaah lain di bawah sistem penggiliran Tabung Haji (TH).
Menurutnya, perjalanan ke Tanah Suci memerlukan perancangan, kesabaran dan kesungguhan termasuk membuka akaun, membuat simpanan, mendaftar awal serta mengikuti kursus haji sebelum dipanggil.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/hiburan-malaysia/status-artis-bukan-laluan-mudah-tunai-haji-ezad-lazim
#AWANInews
#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026

β€9π3
Peneroka haram Israel menyerbu Kota Lama Hebron di selatan Tebing Barat yang diduduki pada Sabtu selain menyerang rumah dan harta benda milik rakyat Palestin.
βTentera Israel dan peneroka haram Israel dikerahkan dalam jumlah yang besar di seluruh Kota Lama, menghalang pergerakan penduduk serta menahan beberapa individu, selain merampas kenderaan,β lapor wartawan Anadolu Ajansi (AA).
Tentera Israel turut memaksa pemilik kedai menutup premis mereka, manakala peneroka haram Israel memanjat bumbung beberapa rumah lama dan berkeliaran di seluruh kawasan Kota Lama.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/peneroka-haram-israel-serbu-kota-lama-hebron-serang-rakyat-palestin

π17π₯3β€1
Pakatan Harapan (PH) Johor berazam mahu βmenguburkanβ Barisan Nasional (BN) buat kali kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan datang.
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, PH tidak akan sesekali goyah sebelum bertanding walaupun BN Johor telah mengumumkan bertanding solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
βBN pernah kalah di Johor dan PH pernah menang 38 kerusi DUN serta memerintah negeri ini pada 2018.
βDalam pilihan raya negeri kali ini kita akan kuburkan mereka kembali untuk kali kedua,β katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada Ahad.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/ph-akan-kuburkan-bn-kali-kedua-di-johor-aminolhuda

π29π5π₯4
Pelakon dan penyanyi, Aqasha diumumkan sebagai pemegang watak Hang Tuah bagi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL The Musical).
Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di Instagram rasmi produksi PGL The Musical sebentar tadi, sekali gus melengkapkan barisan pelakon utama bagi karya epik tersebut.
Pemilihan Aqasha, atau nama penuhnya Firdee Akassya Rosli, mencuri perhatian peminat teater tempatan dengan rata-rata menyambut baik penglibatannya sebagai antara figura paling ikonik dalam pementasan berkenaan.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/hiburan-malaysia/aqasha-kembali-sebagai-hang-tuah-dalam-pgl-musical

π10π4
Dunia seni bela diri campuran (MMA) akhirnya bakal menyaksikan salah satu pertarungan ulangan paling dinanti-nantikan apabila Conor McGregor dilaporkan bakal kembali ke Octagon menentang Max Holloway di acara UFC 329 pada Julai ini.
Pertarungan yang dijangka berlangsung ketika International Fight Week di Las Vegas itu bakal menjadi kemunculan semula jaguh dari Ireland itu selepas hampir lima tahun menyepi susulan kecederaan patah kaki ketika menentang Dustin Poirier pada 2021.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/ufc-hampir-5-tahun-menyepi-mcgregor-kembali-ke-octagon-menentang-holloway

π4π₯3β€2
Pengalaman menjadi mangsa jenayah apabila beg sandang mengandungi wang tunai dan komputer riba dicuri antara peristiwa pahit dilalui Jack Voon, 49, sepanjang ekspedisi solo mengelilingi dunia merentasi 32 negara dalam tempoh 736 hari.
Kerana insiden di sebuah negara di Amerika Selatan itu, Jack kehilangan sebahagian besar rakaman video dibuat sepanjang pengembaraannya.
Selain itu, pereka media digital itu berkata, begnya pernah hilang dicuri ketika ditinggalkan di kaunter depan hotel di salah sebuah negara yang dilalui.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/gaya-hidup-terkini-malaysia/kenari-tua-pun-boleh-keliling-dunia

π5β€2
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama sekutunya, bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan akan mengambil alih Parti Bersama Malaysia, sebuah parti politik kecil yang berpangkalan di Pulau Pinang.
Parti Bersama Malaysia didaftarkan pada Disember 2016 dengan matlamat menjadi kuasa ketiga selain memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan serta blok pembangkang.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-politik/rafizi-nik-nazmi-umum-ambil-alih-parti-bersama-malaysia

π14π8π₯7β€2
Legenda seni bela diri campuran (MMA) wanita kembali mencuri perhatian dunia apabila Ronda Rousey hanya memerlukan 17 saat untuk menewaskan Gina Carano menerusi kuncian 'armbar' dalam pertarungan bersejarah di acara MVP MMA 1 pada Sabtu.
Pertarungan yang berlangsung di Intuit Dome, California itu menandakan kemunculan semula Rousey ke arena MMA selepas hampir sedekad meninggalkan sukan tersebut, manakala Carano pula kembali beraksi buat pertama kali sejak 2009.
Sejurus loceng dibunyikan, Rousey terus melakukan 'takedown' sebelum pantas mendapatkan posisi atas badan dan tanpa melengahkan masa, terus membuat kuncian armbar ikoniknya sehingga memaksa Carano menyerah kalah dalam masa hanya 17 saat.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/mvp-mma-ronda-rousey-kembali-mengganas-tundukkan-gina-carano-dalam-17-saat

π₯2
Dua rakan sekerja maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Jalan Sungai Besi dari arah pusat bandar menghala ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban awal pagi Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian kira-kira 3.01 pagi itu melibatkan sebuah Honda City Hatchback berwarna kelabu yang dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun bersama penumpang wanita tempatan berusia 23 tahun.
Beliau berkata kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ampang selepas menghadiri majlis makan malam melibatkan sebuah syarikat perbankan antarabangsa.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-rakan-sekerja-maut-kereta-terbabas-terbakar-di-jalan-sungai-besi

Di kota yang menjadi kiblat umat Islam ini, setiap sudut bukan sekadar binaan, tetapi himpunan makna antara sejarah yang diwarisi dan masa depan yang sedang dibina.
Melalui lawatan khas media antarabangsa anjuran Kementerian Media Arab Saudi, Mekah memperlihatkan dirinya dalam dimensi yang lebih luas, bukan hanya sebagai destinasi ibadah, tetapi sebuah kota agung yang bernafas dengan iman, bergerak dengan sistem, dan berkembang dengan visi.
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kolumnis-mekah-berkembang-tetapi-tidak-meninggalkan-akar
#AWANInews #LaporanHaji2026 #KhabarHaji2026

β€2π1