Zenko Suzuki
Zenko Suzuki | |
|---|---|
| 鈴木 善幸 | |
| Perdana Menteri Jepun | |
| Dalam jawatan 17 Julai 1980 – 27 November 1982 | |
| Raja | Shōwa |
| Didahului oleh | Masayoshi Ōhira |
| Digantikan oleh | Yasuhiro Nakasone |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 Januari 1911 Yamada, Iwate Jepun |
| Meninggal dunia | 19 Julai 2004 (umur 93) Shinjuku, Tokyo, Jepun |
| Tandatangan | |

Zenko Suzuki (lahir 11 Januari 1911 – meninggal 19 Julai 2004 pada umur 93 tahun) ialah Perdana Menteri Jepun pada masa tempoh 1980 - 1982.
Masa muda dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Suzuki dilahirkan di Yamada, Iwate, pada tanggal 11 Januari 1911. Ia lulus dari Tokyo University of Fisheries pada tahun 1935.[1]
Karier
[sunting | sunting sumber]Suzuki bergabung dengan Parti Liberal pada tahun 1948, dan membantu penggabungan dengan sebuah parti sayap kanan tengah (right of center) untuk menjadi Liberal Democratic Party (LDP) pada tahun 1955. Ia berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dari tahun 1965 hingga 1966, dan Menteri Pertanian & Perikanan dari tahun 1976 hingga 1977.
Suzuki diangkat menjadi Pendana Menteri selepas kematian mendadak Masayoshi Ōhira, yang meninggal akibat serangan jantung pada semasa menghadiri kempen untuk pemilihan umum. Undi yang masuk kerana bersimpati atas kematian Ohira menyebabkan kemenangan besar untuk LDP, parti yang berkuasa semasa itu, sehingga memberikan Suzuki majoriti terbesar dalam parlimen Jepang berbanding para Perdana Menteri lain. Ia memilih untuk tidak dipilih kembali sebagai presiden LDP pada tahun 1982, dan diteruskan oleh Yasuhiro Nakasone.
Ia berkhidmat dalam period yang tidak stabil. Susunan kabinetnya sering berubah dan parti-partainya berasingan kerana politik fraksional. Kemahiran diplomasinya membawanya menjadi ketua dewa eksekutif partainya selama 10 kali, memberikan sokongan bagi karier awalnya. Walaupun membuat sejumlah kesalahan pada politik luar negeri sebagai perdana menteri, ia kemudian membantu peningkatan hubungan luar negeri dengan Amerika Syarikat, antara lain dengan mengadakan mesyuarat puncak bersama presiden Ronald Reagan.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Suzuki meninggal di International Medical Center of Japan, Tokyo, akibat penyakit pneumonia pada tanggal 19 Juli 2004. Putranya, Shun'ichi Suzuki kemudian berkhidmat di dalam Diet (parlimen Jepang).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Zenko Suzuki". The Independent. 21 July 2004. Dicapai pada 7 January 2013.[pautan mati]
| Jawatan parti politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Masayoshi Ōhira |
Presiden Parti Liberal Demokratik 1980-1982 |
Diikuti oleh: Yasuhiro Nakasone |
| Jawatan politik
| ||
| Didahului oleh Haruhiko Uetake |
Menteri Pos dan Telekomunikasi 1960 |
Diikuti oleh: Yoshiteru Kogane |
| Didahului oleh Yasumi Kurogane |
Setiausaha Kabinet 1964 |
Diikuti oleh: Tomisaburo Hashimoto |
| Didahului oleh Hiroshi Kanda |
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan 1965-1966 |
Diikuti oleh: Hideo Bō |
| Didahului oleh Buichi Ōishi |
Menteri Pertanian dan Perhutanan 1976-1977 |
Diikuti oleh: Ichiro Nakagawa |
| Didahului oleh Masayoshi Itō Pelaksana tugas |
Perdana Menteri Jepun 1980–1982 |
Diikuti oleh: Yasuhiro Nakasone |