Zahiril Adzim
Zahiril Adzim | |
|---|---|
ظاهرالعظيم | |
Zahiril Adzim di studio di MeleTOP pada 2016. | |
| Kelahiran | Muhammad Zahiril Adzim bin Mohd Mokhtar 23 Januari 1984 |
| Pendidikan | Diploma (ASWARA) |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, pengarah, penulis skrip |
| Tahun aktif | 2007–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Shera Aiyob (k. 2011)[1] |
| Anak-anak | 1 |
| Laman web rasmi | https://bobbysansupply.com/ https://instagram.com/zahiriladzim?igshid=MzRlODBiNWFlZA== |
Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar (lahir 23 Januari 1984) ialah seorang pelakon, pengacara dan pengarah televisyen lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang perfileman, Televisyen, penstriman dan teater.[2] Beliau terkenal dengan membintangi filem termasuk KAMI The Movie (2008), Senjakala (2011), Bunohan (2012), siri filem Juvana (2013–2016), Pekak (2016), One Two Jaga (2018), MALBATT: Misi Bakara (2023) dan Martabat: Misi Berdarah (2025) serta drama TV termasuk Juvana (2011), Paan & Paiz (2012), Aku Bukan Bimbo (2016), KL Gangster: Underworld (2018) dan Andai Tiada Dia (2024). Zahiril bersama-sama dengan Namron, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, June Lojong, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[3]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2007 menerusi drama muzikal bebas 8TV, KAMI The Series menerusi watak Boy. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam filem KAMI The Movie yang ditayangkan pada 2008, sekaligus ia menjadi filem pertama lakonannya.
Pada tahun 2011, Zahiril telah menerbitkan buku antologinya yang bertajuk Bogel Menuju Tuhan terbitan Merpati Jingga.[4][5] Pada tahun yang sama juga beliau berlakon dalam tiga drama – antaranya ialah drama Juvana yang mana beliau memegang watak sebagai Daim, yang dihantar ke sekolah Wira Bakti atas tuduhan membunuh ibunya.[6] Zahiril kembali menjayakan wataknya dalam filem 2013 bertajuk sama dan dua filem susulannya – Terperangkap Dalam Kebebasan (2015) dan Perhitungan Terakhir (2016).
Beliau muncul dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan bersama Beto Kusyairy yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada Hambanya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[7]
Zahiril juga melibatkan diri dalam bidang pengacaraan televisyen apabila beliau dan isteri, Shera Aiyob telah diberi tanggungawab mengacarakan rancangan bual bicara Masam-Masam Manis di TV AlHijrah untuk musim ketiga.[8]
Dari 4 September hingga 1 November 2017, beliau berlakon dalam drama adaptasi novel, Perempuan Paling Bahagia karya Syamnuriezmil arahan Jamal Khan bersama isterinya Shera dengan memegang watak sebagai Rafa.
Zahiril kemudian berlakon dalam filem arahan Namron, One Two Jaga bersama-sama Bront Palarae, Amerul Affendi dan Rosdeen Suboh. Beliau memegang watak sebagai Hussein, ini merupakan satu-satunya filem lakonan beliau bagi tahun 2018. Filem ini ditayangkan pada 6 September 2018.
Beliau juga aktif bermain permainan video dan kini giat mempromosikan e-Sports.[9]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan pengacara, pelakon dan wartawan, Shera Aiyob pada 20 November 2011[10] dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Nadi Anaqi.[11][12]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2009 | Festival Filem Malaysia ke–22 | Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | KAMI The Movie | Menang |
| Anugerah Shout! Pertama | Pasangan Layar Terbaik | — | Tercalon | |
| Artis Lelaki Kacak Pilihan | Tercalon | |||
| 2011 | Festival Filem Malaysia ke-24 | Pelakon Lelaki Terbaik | Senjakala | Tercalon |
| 2012 | Festival Filem Malaysia ke-25 | Pelakon Lelaki Terbaik | Bunohan | Tercalon |
| 2014 | Anugerah Skrin ke–18 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Walau Siapapun Aku | Tercalon |
| 2016 | International Motivational Film Festival Bridge Of Arts 2016 (Russia) | Pelakon Lelaki Terbaik | Pekak | Menang |
| Festival Filem Malaysia ke-29 | Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon | ||
| 2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30 | Gandingan Serasi Filem (bersama Shera Aiyob) | Juvana 3: Perhitungan Terakhir | Tercalon |
| Anugerah Skrin ke–21 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Pekak | Tercalon | |
| 2019 | Anugerah Skrin ke-23 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem | One Two Jaga | Menang |
| 2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Pelakon Filem Lelaki Popular[13] | — | Menang |
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Drama Sangat Terhangat | Tercalon | |
| Festival Filem Malaysia ke-34 | Pengarah Harapan | Martabat: Misi Berdarah | Tercalon | |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktor TV Popular | — | Menang |
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Zahiril Adzim (2011). Bogel Menuju Tuhan. Merpati Jingga. ISBN 9789671012635.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Muhammad Azrol Mohd. Radi (1 Mei 2014). Pertemuan ibarat drama Utusan Online. Diperoleh pada 20 April 2015.
- ^ Norhayati Nordin (25 Jun 2021). "Tahan sakit 'tendang' entiti". Harian Metro. Dicapai pada 29 Jun 2021.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
- ^ Buku Bogel Menuju Tuhan Zahiril laris mStar Online (5 Julai 2011). Dicapai pada 20 November 2011.
- ^ Wahida Othman (5 Julai 2011). "Zahiril setanding Rosyam?". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2011. Dicapai pada 17 Julai 2018.
- ^ "Zahirl Adzim masih dibayangi watak Daim". mStar Online. 1 Oktober 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-28. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
- ^ Ajami Hussain (17 Februari 2014). Qadr, kisah peluang kedua selepas kesakitan Astro Awani. Dicapai pada 21 Mei 2018.
- ^ Kemalia Othman (10 April 2016). Shera Aiyob Pujuk Zahiril Adzim Terima Tawaran Pengacara 'Masam-Masam Manis' Diarkibkan 2018-10-28 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 19 Februari 2018.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (16 Ogos 2019). Zahiril Adzim buat duit dengan eSport Harian Metro. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
- ^ Budiey (1 Mei 2011). Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bakal Kahwin 20 November Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 20 April 2018.
- ^ Siti Azira Abd. Aziz (19 Mac 2011). Zahiril Adzim Mahu Cepat Kahwin Dengan Shera Aiyob Diarkibkan 2018-01-26 di Wayback Machine mStar Online. Diperoleh pada 20 April 2012.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (23 September 2017). Zahiril Adzim Kekok Dengan Isteri mStar Online. Diperoleh pada 20 April 2018.
- ^ Zahiril Adzim bolot trofi Pelakon Filem Lelaki Popular Berita Harian. 13 November 2020. Dicapai pada 25 Februari 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Nama pengguna X sama seperti Wikidata
- Kelahiran 1984
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Perak
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Pengarah televisyen Malaysia
- Penulis skrip Malaysia
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Anugerah Skrin
- Alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan