Yazidi
| Total population | |
|---|---|
| est. 700,000–1,500,000[1][2][3] | |
| Regions with significant populations | |
| Lihat Senarai penempatan Yazidi | |
| Disenaraikan mengikut negara | |
| 500,000–700,000[4][5] | |
| 230,000 (2022 estimate)[6] | |
| 35,000 (2018 estimate)[7] | |
| 31,079 (2022 census)[8] | |
| 26,257 (2021 census)[9] | |
| 12,174 (2014 census)[10] | |
| 10,000 (2017 estimate)[11] | |
| 10,000 (2018 estimate)[12][13] | |
| 10,000 (2017 estimate)[14][15] | |
| 6,000 (2018 estimate)[16] | |
| 5,000 (2010 estimate)[17][18] | |
| 4,123 (2021 census)[19] | |
| 1,200 (2018 estimate)[20] | |
| Languages | |
| Bahasa Kurmanji[21][22][23] | |
Yazidi, juga dieja Yezidi (/jəˈziːdiz/ (
dengar);[24] Êzidî),[25], ialah satu kumpulan agama endogami yang bertutur dalam Bahasa Kurdi dan berasal dari Kurdistan, iaitu sebuah wilayah geografi di Asia Barat yang merangkumi sebahagian Iraq, Syria, Turki, dan Iran. Majoriti Yazidi yang masih tinggal di Timur Tengah hari ini menetap di Iraq, terutamanya di Pentadbiran Ninawa dan Duhok.[26][27]
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan para sarjana dan dalam kalangan Yazidi sama ada orang Yazidi adalah satu kumpulan etno-agama yang tersendiri atau sekadar sub-kumpulan agama dalam kalangan orang Kurdi, yang merupakan kumpulan etnik Iranik. Yazidisme ialah agama etnik orang Yazidi dan bersifat monoteistik, berakar umbi daripada kepercayaan Iranik pra-Zoroaster.[28][29][30][31][32].Agama Yazidi dan Hindu, berkongsi beberapa persamaan menarik yang berakar daripada kepercayaan dan budaya kuno. Kedua-duanya mempercayai reinkarnasi. Yazidisme mempercayai satu Tuhan yang menyerahkan dunia kepada tujuh makhluk suci, terutama Melek Taus (Malaikat Merak).Simbol merak sangat penting dalam kedua-dua agama ini. Yazidi menganggap Melek Taus sebagai entiti utama, manakala dalam Hindu, merak dikaitkan dengan Kartikeya, dewa perang yang menunggang merak.Yazidisme dan Hinduism juga mempunyai akar budaya dan agama yang sama dalam tradisi Indo-Iranik kuno.
Sejak penyebaran Islam bermula dengan penaklukan Muslim awal pada abad ke-7 hingga ke-8, Yazidi telah menghadapi penganiayaan oleh bangsa Arab dan kemudian oleh Turki, kerana mereka sering dituduh murtad oleh para ulama Muslim atas amalan agama mereka. Pada zaman moden, Yazidi menghadapi penganiayaan terutamanya oleh ISIS. Disebabkan oleh serangan pengganas yang berterusan di wilayah Kurdi, ramai Yazidi telah mencari perlindungan di negara-negara Barat.Genosid Yazidi pada tahun 2014 yang dilakukan oleh Negara Islam Iraq dan Syam telah menyebabkan lebih 5,000 Yazidi terbunuh dan beribu-ribu wanita serta gadis Yazidi dipaksa menjadi hamba seks[33], selain daripada lebih 500,000 pelarian Yazidi melarikan diri.[34][35][36]
Asal Usul
[sunting | sunting sumber]Nama yang digunakan oleh Yazidi untuk diri mereka sendiri ialah Êzidî atau, di beberapa kawasan, Dasinî, walaupun yang terakhir sebenarnya adalah nama suku. Beberapa sarjana Barat mengaitkan nama tersebut dengan Kerajaan Bani Umaiyah Yazid bin Muawiyah (Yazid I).[37] Namun, semua Yazidi menolak sebarang kaitan antara nama mereka dengan khalifah tersebut.[38] Perkataan Yazidi bermaksud 'hamba pencipta'. Walaupun Yazidisme tidak dinamakan sempena Yazid ibn Muawiyah, khalifah itu dihormati dalam Yazidisme.[39][40] Sarjana lain pula mengaitkannya dengan perkataan Iran Kuno yazata, Persia Tengah yazad, yang bermaksud "makhluk ilahi". Satu lagi penjelasan mengenai asal usul perkataan itu berkaitan dengan Ez dā ('Menciptakan aku'): Yazidi juga merujuk kepada Xwedê ez dam ('Tuhan menciptakan aku') dan kepada Em miletê ezdaîn ('Kami adalah bangsa Ezdayi').
Agama Yazidi mempunyai persamaan dengan agama Yaresan dan Alewi Kurdi. Ciri-ciri yang dikongsi oleh ketiga-tiga agama ini boleh dijejaki kembali kepada kepercayaan kuno yang mungkin dominan dalam kalangan bangsa Iran Barat, tetapi berbeza daripada Zoroastrianisme dan berasal dari tradisi Iran pra-Zoroaster.
Penulis awal cuba menerangkan asal usul Yazidi secara umum dalam konteks Islam, atau Parsi, atau kadang-kadang agama "pagan"; namun, kajian yang diterbitkan sejak tahun 1990-an telah menunjukkan pendekatan sedemikian adalah terlalu ringkas.
Identiti
[sunting | sunting sumber]
Amalan budaya Yazidi diamalkan dalam bahasa Kurmanji, yang juga digunakan dalam hampir semua tradisi agama Yazidi yang disampaikan secara lisan. Yazidi di kampung berkembar Bashiqa dan Bahzani bertutur dalam bahasa Arab sebagai bahasa ibunda mereka, namun suku-suku yang kini bertutur Arab di Bashiqa dan Bahzani, termasuk tetapi tidak terhad kepada Xaltî, Dumilî dan Hekarî, secara sejarahnya diklasifikasikan sebagai suku Kurdi.[41][42][43][44][45][46][47] Walaupun hampir semua Yazidi bertutur dalam bahasa Kurmanji, asal usul tepat mereka masih menjadi perdebatan di kalangan para sarjana, termasuk juga dalam komuniti itu sendiri dan kalangan orang Kurdi, sama ada mereka secara etnik adalah Kurdi atau membentuk kumpulan etnik yang berbeza. Yazidi hanya berkahwin sesama Yazidi; mereka yang berkahwin dengan bukan Yazidi akan diusir dari komuniti dan tidak dibenarkan menggelarkan diri mereka sebagai Yazidi.ref>Açikyildiz, Birgül (2014-12-23). The Yezidis: The History of a Community, Culture and Religion. I.B.Tauris. ISBN 9780857720610.</ref>[48]
Agama Yazidi
[sunting | sunting sumber]


Yazidisme berasaskan kepercayaan kepada satu Tuhan yang mencipta dunia dan menyerahkannya kepada tujuh Makhluk Suci, yang dikenali sebagai Malaikat. Antara Malaikat ini, yang paling utama ialah Tawûsî Melek (bermaksud 'Malaikat Merak', juga dieja sebagai Melek Taûs), yang merupakan ketua para Malaikat dan mempunyai kuasa terhadap dunia.[49][34][50]
Orang Yazidi percaya kepada satu Tuhan, yang mereka panggil sebagai Xwedê, Xwedawend, Êzdan, dan Pedsha ('Raja'), dan, kurang lazim, sebagai Ellah dan Heq. Menurut beberapa lagu pujian Yazidi (dikenali sebagai Qewl), Tuhan mempunyai 1,001 nama, atau 3,003 nama mengikut Qewl yang lain. Dalam Yazidisme, api, air, udara, dan bumi dianggap sebagai unsur suci yang tidak boleh dicemari. Semasa solat, orang Yazidi akan menghadap matahari, sebab itu mereka sering digelar sebagai "penyembah matahari".
Amalan Keagamaan
[sunting | sunting sumber]Doa-doa
[sunting | sunting sumber]Doa mempunyai kedudukan istimewa dalam kesusasteraan Yazidi. Ia mengandungi simbol penting dan pengetahuan keagamaan yang berkaitan dengan Orang Suci, Tuhan, serta situasi harian. Doa-doa ini kebanyakannya dilakukan secara peribadi dan bukan secara terbuka. Orang Yazidi berdoa menghadap matahari, biasanya secara bersendirian, atau doa dibacakan oleh seorang individu semasa perhimpunan.
- Doa-doa ini diklasifikasikan mengikut kandungan masing-masing, antaranya:
- Doa kepada Tuhan dan makhluk suci
- Doa mengikut kasta Yazidi
- Doa untuk majlis atau peristiwa tertentu
- Doa dalam upacara peralihan hidup
- Doa untuk masalah kesihatan dan penyakit
- Doa harian
- Doa berkaitan alam semula jadi, seperti Bulan, bintang, Matahari dan sebagainya
Adat Resam
[sunting | sunting sumber]Kanak-kanak dibaptiskan sejurus selepas kelahiran, dan khatan tidak diwajibkan, tetapi diamalkan oleh sesetengah pihak disebabkan adat tempatan..[51] Pembaptisan Yazidi dikenali sebagai mor kirin (secara harfiah: 'menyegel'). Secara tradisional, kanak-kanak Yazidi dibaptiskan menggunakan air dari Kaniya Sipî ('Mata Air Putih') di Lalish. Upacara ini melibatkan menuang air suci dari mata air tersebut ke atas kepala kanak-kanak sebanyak tiga kali.</ref>[52]
Perayaan
[sunting | sunting sumber]
Tahun Baru Yazidi
[sunting | sunting sumber]Tahun Baru Yazidi (Sersal) dikenali sebagai Çarşema sor ("Rabu Merah")[53] atau Çarşema Serê Nîsanê ("Rabu pada permulaan April"). [54]Ia disambut pada musim bunga, iaitu pada hari Rabu pertama dalam bulan April dan Nîsan menurut Takwim Julius dan Seleucid, iaitu Rabu pertama pada atau selepas 14 April mengikut kalendar Gregorian.[55][56]
Feast of Êzî
[sunting | sunting sumber]Salah satu perayaan Yazidi yang paling penting ialah Îda Êzî ("Perayaan Êzî"), yang disambut bagi memperingati tokoh ilahi Sultan Ezid. Ia diadakan setiap tahun pada hari Jumaat pertama selepas atau pada 14 Disember. Sebelum perayaan ini, orang Yazidi akan berpuasa selama tiga hari, di mana tiada makanan atau minuman diambil dari terbit matahari hingga terbenam.
Perayaan 'Îda Êzî disambut sebagai penghormatan kepada Tuhan, dan tiga hari puasa sebelumnya juga dikaitkan dengan pemendekan hari-hari sebelum solstis musim sejuk, apabila matahari semakin kurang kelihatan. Dengan tibanya perayaan 'Îda Êzî, waktu berpuasa berakhir. Perayaan ini biasanya disambut dengan muzik, makanan, minuman dan tarian..[57]
Tawûsgeran
[sunting | sunting sumber]Satu lagi perayaan penting ialah Tawûsgeran, di mana Qewal dan para pemuka agama Yazidi mengunjungi kampung-kampung Yazidi sambil membawa sinjaq, iaitu imej suci berbentuk merak yang melambangkan Tawûsê Melek. Imej-imej ini dihormati, derma dikutip daripada para penganut yang taat, khutbah disampaikan, dan air suci serta berat (batu-batu kecil dari Lalish) turut diagihkan..[58][59]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lamb, Christina (2020-09-22). Our Bodies, Their Battlefields: War Through the Lives of Women. Simon and Schuster. m/s. 24. ISBN 978-1-5011-9917-2.
- ^ "Aziz Tamoyan blames unknown forces for crippling history and culture of Yazidis". armenpress.am. August 2013. Dicapai pada 2021-01-10.
- ^ Cheng, Amy; Francis, Ellen (2022-02-04). "Biden said the killed ISIS leader persecuted Yazidis. Here's what to know about the religious minority". Washington Post.
- ^ "Surviving Islamic State: The Plight Of The Yazidi Community". Nikita Malik. Forbes. Dicapai pada 13 January 2019.
- ^ Henne, Peter; Hackett, Conrad (12 August 2014). "Iraqi Yazidis: Hazy population numbers and a history of persecution". Pew Research Center. Dicapai pada 30 August 2021.
- ^ "Adrs. 20(17)20 Stellungnahme SV Dr. Irfan Ortac öA 20.06.2022" (PDF). Bundestag. Dicapai pada 3 October 2024.
- ^ "Exhibition in Brussels on the Yazidi community in Iraq". 10 January 2018. Dicapai pada 13 January 2019.
- ^ "The Main Results of RA Census 2022, trilingual / Armenian Statistical Service of Republic of Armenia". www.armstat.am. Dicapai pada 2024-07-03.
- ^ "Оценка численности постоянного населения по субъектам Российской Федерации". Federal State Statistics Service. Dicapai pada 27 June 2024.
- ^ "Ethnic Composition of Georgia" (PDF). CSEM. Dicapai pada 18 May 2019.
- ^ Knapp, Fred. "Iraqis a fast-growing group in Nebraska". netnebraska.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2018. Dicapai pada 20 September 2019.
- ^ "La communauté Yézidie en France". Dicapai pada 13 January 2019.
- ^ "Non, les Yézidis ne sont pas voués à disparaître". 1 August 2018. Dicapai pada 13 January 2019.
- ^ Armstrong, Kerrie (22 August 2017). "The Yazidi people: who are they and why are they on the run?". Explainer. SBS. Dicapai pada 25 February 2019.
- ^ Andrea Glioti (18 October 2013). "Yazidis Benefit From Kurdish Gains in Northeast Syria". al-monitor. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 February 2014. Dicapai pada 1 April 2014.
- ^ "Många yazidier fortfarande försvunna" (dalam bahasa Sweden). SVT. 9 January 2018. Dicapai pada 13 January 2019.
- ^ "Turkey". U.S. Department of State. Dicapai pada 22 January 2019.
- ^ International Religious Freedom (2010): Annual Report to Congress. DIANE Publishing. ISBN 9781437944396.
- ^ "Religious affiliation in Australia". ABS. Dicapai pada 19 December 2024.
- ^ "For a Yazidi refugee in Canada, the trauma of ISIS triggers rare, terrifying seizures". 1 December 2018. Dicapai pada 13 January 2019.
- ^ Arakelova, Victoria (23 June 2021). "Yezidism". Handbook of Islamic Sects and Movements (dalam bahasa Inggeris). Brill Publishers. m/s. 743–760. doi:10.1163/9789004435544_039. ISBN 978-90-04-43554-4. Dicapai pada 3 October 2024.
- ^ "2.15.2. Yazidi | European Union Agency for Asylum". euaa.europa.eu (dalam bahasa Inggeris). European Union Agency for Asylum. Dicapai pada 2 October 2024.
- ^ "Who are the Yazidis? – DW – 04/10/2018". dw.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 October 2024.
- ^ "Yazidi". Oxford Dictionaries | English. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2017. Dicapai pada 13 March 2019.
- ^ Kreyenbroek, Philip G.; Rashow, Khalīl Jindī (2005). God and Sheikh Adi are Perfect: Sacred Poems and Religious Narratives from the Yezidi Tradition. Otto Harrassowitz Verlag. m/s. 118. ISBN 3-447-05300-3.
- ^ Kane, Sean (2011). "Iraq's disputed territories" (PDF). PeaceWorks. United States Institute of Peace. Dicapai pada 15 October 2018.
- ^ "On Vulnerable Ground – Violence against Minority Communities in Nineveh Province's Disputed Territories" (PDF). Human Rights Watch. November 2009. Dicapai pada 15 October 2018.
- ^ Turgut, Lokman. Ancient rites and old religions in Kurdistan. OCLC 879288867.
- ^ Kaczorowski, Karol (2014). "Yezidism and Proto-Indo-Iranian Religion". Fritillaria Kurdica. Bulletin of Kurdish Studies.
- ^ Omarkhali, Khanna (2011). The status and role of the Yezidi legends and myths: to the question of comparative analysis of Yezidism, Yārisān (Ahl-e Haqq) and Zoroastrianism: a common substratum?. OCLC 999248462.
- ^ Kreyenbroek 1995.
- ^ Bozarslan, Hamit; Gunes, Cengiz; Yadirgi, Veli, penyunting (2021-04-22). The Cambridge History of the Kurds (ed. 1). Cambridge University Press. doi:10.1017/9781108623711. ISBN 978-1-108-62371-1. S2CID 243594800 Check
|s2cid=value (bantuan). - ^ Callimachi, Rukmini (2016-03-12). "To Maintain Supply of Sex Slaves, ISIS Pushes Birth Control". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-01-23.
- ^ a b Allison, Christine (25 January 2017). "The Yazidis". Oxford Research Encyclopedia of Religion. Oxford: Oxford University Press. doi:10.1093/acrefore/9780199340378.013.254. ISBN 9780199340378. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2019. Dicapai pada 15 May 2021.
- ^ "Statement by the Commission of Inquiry on Syria on the second anniversary of 3 August 2014 attack by ISIS of the Yazidis". ohchr.org. OHCHR. Dicapai pada 17 May 2019.
- ^ Suvari, Çakır Ceyhan (2018). "Being Ezidi in the Middle East". Understanding Religious Violence. Springer International Publishing. m/s. 195–212. doi:10.1007/978-3-030-00284-8_8. ISBN 978-3-030-00284-8.
- ^ "Encyclopaedia Iranica: Yazidis". Iranicaonline.org. Dicapai pada 18 August 2014.
- ^ Ceyhan Suvari, Çakır. "Yezidis: An Ethno-Religious Group in Turkey" (PDF). m/s. 32.
- ^ The Yezidis: The History of a Community, Culture and Religion, Birgül Açikyildiz, 2014, pp. 37
- ^ Liminal Minorities: Religious Difference and Mass Violence in Muslim Societies, Günes Murat Tezcür, 2024, pp. 79
- ^ Maisel, Sebastian (2016-12-24). Yezidis in Syria: Identity Building among a Double Minority. Lexington Books. ISBN 978-0-7391-7775-4.
- ^ Edmonds, C. J. (2002-03-21). A Pilgrimage to Lalish. Psychology Press. ISBN 978-0-947593-28-5.
- ^ Bozarslan, Hamit; Gunes, Cengiz; Yadirgi, Veli (2021-04-22). The Cambridge History of the Kurds. Cambridge University Press. ISBN 978-1-108-58301-5.
- ^ Joseph, John (2000-01-01). EARLY BEGINNINGS. Brill. ISBN 978-90-04-32005-5.
- ^ Khachatrian, Alexander (2003-01-01). "The Kurdish Principality of Hakkariya* (14Th-15Th Centuries)". Iran and the Caucasus. 7 (1): 37–58. doi:10.1163/157338403X00024. ISSN 1573-384X.
- ^ Yıldız, Erdal. "Şerefhan Şerefnâme Kürt Tarihi cilt 1". Academia.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:2 - ^ Gidda, Mirren (8 August 2014). "Everything You Need to Know About the Yazidis". Time. Dicapai pada 2016-02-07.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAsatrian-Arakelova 2014 - ^ Maisel, Sebastian (2016-12-24). Yezidis in Syria: Identity Building among a Double Minority (dalam bahasa Inggeris). Lexington Books. ISBN 9780739177754.
- ^ Parry, O. H. (Oswald Hutton) (1895). "Six months in a Syrian monastery; being the record of a visit to the head quarters of the Syrian church in Mesopotamia, with some account of the Yazidis or devil worshippers of Mosul and El Jilwah, their sacred book". London : H. Cox.
- ^ Kreyenbroek, Philip G. (2009). Yezidism in Europe: Different Generations Speak about Their Religion (dalam bahasa Inggeris). Otto Harrassowitz Verlag. ISBN 978-3-447-06060-8.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRodziewicz 2016 - ^ Авдоев, Теймураз (2017-09-05). Историко-теософский аспект езидизма (dalam bahasa Rusia). Litres. ISBN 9785040433988.
- ^ "Das êzîdîsche Neujahr" (PDF).
- ^ Bozarslan, Hamit; Gunes, Cengiz; Yadirgi, Veli, penyunting (2021-04-22). The Cambridge History of the Kurds (ed. 1). Cambridge University Press. doi:10.1017/9781108623711. ISBN 978-1-108-62371-1. S2CID 243594800 Check
|s2cid=value (bantuan). - ^ Urban, Elke (2019-07-24). Transkulturelle Pflege am Lebensende: Umgang mit Sterbenden und Verstorbenen unterschiedlicher Religionen und Kulturen (dalam bahasa Jerman). Kohlhammer Verlag. ISBN 9783170359383.
- ^ Kreyenbroek, Philip G. (2009). Yezidism in Europe: Different Generations Speak about Their Religion (dalam bahasa Inggeris). Otto Harrassowitz Verlag. ISBN 9783447060608.
- ^ Maisel, Sebastian (2016-12-24). Yezidis in Syria: Identity Building among a Double Minority (dalam bahasa Inggeris). Lexington Books. ISBN 9780739177754.