Pergi ke kandungan

Willie Mongin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Willie Mongin
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Puncak Borneo, Sarawak
Menyandang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh James Dawos Mamit
Majoriti13,338 (PRU-15)
4,005 (PRU-14)
Timbalan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi II
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Berkhidmat with
Wee Jeck Seng
Timbalan I
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
MenteriZuraida Kamaruddin
Digantikan oleh Siti Aminah Aching
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat with
Wee Jeck Seng
Timbalan I
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Mohd Khairuddin Aman Razali
Didahului oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin
Industri Utama
Maklumat peribadi
Lahir
Willie anak Mongin

(1975-06-03) 3 Jun 1975 (umur 50)
Sarawak Sarawak, Malaysia Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politik PKR (2010-2020)
PPBM (2020-2022)
PBB (2022-kini)
Gabungan politik
lain
PH (2016-2020)
PN (2020-2022)
GPS (2022-kini)
PasanganDatin Yee Chooi Ling
AnakAngeli
Aveena
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia (MBA)
PekerjaanAhli politik, Usahawan Teknologi Maklumat
Bidang pengkhususanJurutera Perisian
GajiRM38,097.65 sebulan[1]
Laman webhttps://www.facebook.com/share/19eTCcRqcX/?mibextid=wwXIfr

YB Datuk Willie Anak Mongin ialah seorang ahli politik, jurutera perisian dan teknousahawan Malaysia berketurunan bidayuh yang telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (AP) bagi kawasan Puncak Borneo sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) iaitu salah satu parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak 2022 selepas keluar dari PKR.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II untuk dua penggal; penggal kedua dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Zuraida Kamaruddin dari Ogos 2021 sehingga kejatuhan pentadbiran BN pada November 2022, dan penggal pertama dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Khairuddin Razali dari Mac 2020 hingga kejatuhan pentadbiran PN pada Ogos 2021.Beliau merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sebuah parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH). Beliau berketurunan Bidayuh dari Sarawak.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

2011 pilihan raya negeri Sarawak

[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan pilihan raya negeri Sarawak 2011, Willie di bawah partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghadapi Datuk Dr. Jerip Susil dari Barisan Nasional dan kalah dalam majoriti 3,646 undi melibatkan pertandingan 4 penjuru kerusi N16 Bengoh. [2]

Pilihan raya umum 2013

[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya 2013, Willie telah menghadapi Dato' Sri Dr. James Dawos Mamit di kerusi Mambong (sekarang dikenali sebagai Puncak Borneo) dari PBB, tetapi kalah lagi kerusi Parlimen.

2016 pilihan raya negeri Sarawak

[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya 2016, Willie menghadapi Datuk Dr. Jerip Susil lagi di kerusi DUN Mambong dan hilang majoriti besar.

Pilihan raya umum 2018

[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya 2018, parti PKR calonkan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Puncak Borneo sekali lagi, [3] mengalahkan calon BN iaitu Genot Sinel (memberi PBB kekalahan pertama dalam kerusi parlimen sejak tahun 1974).


Pilihanraya umum ke 2022 (PRU-15)

Pada Pilihanraya umum 2022, Datuk Willie Mongin iaitu calon Gabungan Parti Sarawak mewakili kawasan Parlimen Puncak Borneo, menang dengan memperoleh 13,338 undi majoriti.

Hubungan dengan masyarakat setempat.

[sunting | sunting sumber]

Datuk Willie Mongin adalah seorang yang berjiwa rakyat dan aktif dalam menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat tak kira bangsa mahupun agama. Beliau sering hadir memberikan sumbangan kepada waris penduduk kampung yang meninggal dunia. Bahkan mewakilkan kakitangan beliau jika beliau sibuk dan tidak dapat hadir. Laman rasmi facebook beliau https://www.facebook.com/williemongin/

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Puncak Borneo Willie Mongin GPS (PBB) 29,457 Diog Dios PH (PKR) 16,119 13,338
Iana Akam PSB 5,578
2018 Willie Mongin PH (PKR) 18,865 Genot Sinel @ Jeannoth Sinel BN (PBB) 14,860 4,005
Puln Patrick Ribos STAR 795
2013 Mambong Willie Mongin PKR 10,740 James Dawos Mamit BN (PBB) 20,461 9,721
Dripin Sakoi STAR 704

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2016 Mambong Willie Mongin PKR 2,645 Jerip Susil BN (PBB) 6,161 3,333
Sanjan Daik DAP 2,828
2011 Mambong Willie Mongin PKR 4,447 Jerip Susil BN (PBB) 8,093 3,646
Wejok Tomik BEBAS 1,007
Richard @ Peter Margaret STAR 928
  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 26 May 2018.
  3. ^ "Don't call me Yang Berhormat, says Puncak Borneo winner - Metro News - The Star Online". www.thestar.com.my.