Pergi ke kandungan

Tun Muhammad (Pahang)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tun Muhammad
Raja Bendahara Pahang
Fail:-
Muhammad
Bendahara Pahang 23
Pemerintahan1802 – 1803
Kemahkotaan1802
Pemasyhuran-
Didahului olehTun Abdul Majid
Diikuti olehTun Koris
Pemangku raja0
KeputeraanTun Muhammad al-Idrusshie Ibni Tun Abdul Marjid II al-Idrusshie
1760 an
-
Kemangkatan1803
Kawasan laut [20 m] berdekatan Pulau Tioman, Mukim Pulau Tioman, Daerah Hilir Pahang, (Rompin dan Pekan, Pahang
Pemakamanmakam diraja kampung Marhum, Kuala Pahang, Hilir Pahang, Pahang
1803
Pasangan-
Isteri
  • -
Anakanda-
Nama penuh
0
Nama penuh
Nama diraja
Seri Paduka Datuk Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad ibni Seri Paduka Datuk Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid
Nama selepas mangkat
Marhum Mangkat di Laut
KerabatWangsa Bendahara
Wangsaal-Idrusshie
AyahandaTun Abdul Majid
Bonda-
AgamaIslam
Pekerjaan-
TandatanganTandatangan Tun Muhammad
-

Tun Muhammad ibni Tun Abdul Majid (mangkat 1803) ialah Bendahara Kesultanan Johor ke-22 serta Raja Bendahara Kerajaan Pahang dari tahun 1802 hingga 1803.[1]

Diputerakan sebagai Engku Sentul, baginda merupakan anak kedua kepada Bendahara Tun Abdul Majid yang digantikan beliau selepas mangkat pada tahun 1802.[1]

Semasa pemerintahan ayahandanya, Tun Muhammad menetap di Chenor. Apabila berita pembunuhan saudaranya, Tun Abdul Mutalib, sampai kepadanya, baginda bergegas ke Pekan dengan tenteranya.

Di Pekan, beliau mendapati bahawa si pembunuh, Temenggung Tun Abdul Jamal, telah berlepas ke Riau. Walaupun ayahnya cuba menghalangnya, baginda mengikut Temenggong. Setibanya di Riau, beliau mendapati Abdul Jamal telah meninggal dunia.[1]

Tun Muhammad memutuskan untuk menetap di Riau, dan apabila ayahandanya meninggal dunia pada tahun 1802, Sultan menabalkannya sebagai bendahara seterusnya. Tun Muhammad kemudiannya belayar ke Pahang pada tahun 1803.

Semasa baginda menyeberang dari Pulau Tioman ke Endau, kapalnya karam dalam sebuah ribut, dan baginda serta salah seorang isterinya terperangkap di dalam kabin lalu mangkat. Baginda diberi gelaran sebagai Marhum Mangkat di Laut selepas mangkat.[1]

  1. ^ a b c d Linehan 1973, halaman 54

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Linehan, William (1973), History of Pahang, Malaysian Branch Of The Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, ISBN 978-0710-101-37-2
Tun Muhammad (Pahang)
Wangsa Bendahara
Tarikh kemangkatan: 1803
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tun Abdul Majid
Raja Bendahara Pahang
1802-1803
Diikuti oleh:
Tun Koris