Pergi ke kandungan

Tulisan Kanji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dua aksara bagi Kanji. Dua aksara ini bermaksud "Karakter Han".
漢 untuk han dan
字 untuk aksara.

Tulisan Kanji (漢字, "aksara Han") ialah ungkapan bertulisan Cina yang diterapkan langsung dalam menulis bahasa Jepun[1] selain aksara-aksara hiragana dan katakana. Tulisan ini menggunakan cara lama yang sama digunakan untuk menulis bahasa Cina klasik[2] namun adakala dibacakan dengan sebutan dan makna tersendiri berdasarkan kedudukan dan konteks dalam penulisan.

Terdapat percangahan pendapat mengenai permulaan penggunaan tulisan Cina di Jepun, namun pakar bahasa bersepakat menerima pendapat bahawa sami biku Buddha membawa tulisan Cina ke Jepun sekitar abad ke-5, dan ia dibaca dalam bahasa Cina. Secara beransur-ansur, sistem tafsir kanbun (漢文) mula muncul dengan tanda diakritik bawah tulisan Cina memudahkan penutur bahasa Jepun membaca menurut tatabahasa Jepun.

Bahasa Jepun pada ketika zaman itu tidak mempunyai bentuk tulisan sendiri. Akhirnya sistem tulisan yang dikenali sebagai manyogana (digunakan dalam antologi sastera silam Manyoshu) berubah yang menggunakan bentuk set kanji terbatas untuk nilai fonetik sahaja, bukannya untuk nilai semantik, yang diperlukan untuk menulis sastera Jepun. Manyogana yang ditulis dalam gaya bersambung rangkai lama-lama berubah menjadi hiragana, sistem tulisan yang mula digunakan oleh wanita (yang dinafikan hak pengajian tinggi). Hasil karya kesusasteraan wanita zaman Heian ditulis menggunakan hiragana. Katakana muncul melalui laluan yang sama: pelajar-pelajar wihara meringkaskan tulisan gaya manyogana ini kepada unsur kandungan konstituen tunggal. Hiragana dan katakana dirujuk bersama sebagai kana.

Apabila sistem penulisan Jepun matang dan berkembang, kanji mula digunakan untuk menulis bahagian pertuturan tertentu seperti kata benda, kata sifat dan kata kerja sementara kana digunakan untuk akhiran kata kerja, perkataan yang hanya terdapat di Jepun dan perkataan asing (sebelum ini perkataan asing dieja secara fonetik dengan huruf Kanji).

Pembacaan

[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab cara tulisan kanji diserap ke dalam bahasa Jepun, sesuatu kanji boleh digunakan untuk menulis satu atau lebih perkataan (atau morfem) yang berlainan. Dari sudut pandangan pembaca, kanji boleh mempunyai satu atau lebih "sebutan". Sebutan aksara itu bergantung kepada konteks, maksud, kegunaan dalam gugusan, dan juga kedudukan dalam ayat. Sesetengah kanji kegunaan am mempunyai sepuluh atau lebih sebutan yang berlainan. Bacaan-bacaan ini biasanya terbahagi kepada on'yomi atau kun'yomi [3].

On'yomi (bacaan seikut bunyi Cina)

[sunting | sunting sumber]

On'yomi (音読み) iaitu "bacaan membunyikan" sebutan bahasa Cina sesuatu aksara yang dianggarkan sewaktu diperkenalkan dalam persuratan Jepun. Sesetengah aksara kanji diperkenalkan dari tempat-tempat berlainan di China pada masa-masa yang berlainan, maka mempunyai banyak sebutan on'yomi dan selalunya pelbagai maksud. Kanji yang dicipta di Jepun biasanya tidak mempunyai on'yomi, kecuali aksara "bekerja", yang disebut dalam kun'yomi sebagai hataraku dan on'yominya , serta aksara "kelenjar", yang hanya disebut dalam on'yomi iaitu sen.

Biasanya, on'yomi dibahagikan kepada beberapa jenis:[4]

Contoh (sebutan jarang dalam tanda kurungan)

Aksara Maksud Bunyi Cina Pertengahan bernotasi Baxter[8] Go-on Kan-on Tō-on Kan'yō-on
terang mjang myō mei (min) -
pergi haengH[9] gyō (an) -
terlalu gik goku kyoku - -
mutiara tsyu shu shu ju (zu)
darjah duH,[9] dak do (to) - -
pengangkutan syu (shu) (shu) - yu
anak tsiX[10] shi shi su -
jelas tshjeng shō sei (shin) -
ibu kota kjaeng kyō kei (kin) -
askar pjaeng hyō hei - -
kuat gjangX[10] kyō - -

On'yomi didapati terutamanya dalam kata majmuk pelbagai kanji jukugo (熟語), kebanyakannya merupakan hasil penerapan perkataan bahasa Cina (beserta kanji-kanjinya) bagi konsep yang sebelumnya tidak pernah wujud dalam bahasa Jepun atau tidak dapat disebut dengan rapi melalui perkataan tempatan. Satu pengecualian kepada hukum ini didapati terutamanya dalam nama keluarga, yang mana sebutan kun'yomi lebih kerap digunakan (lihat bawah).

Kun'yomi (bacaan seikut makna Jepun)

[sunting | sunting sumber]

Kun'yomi (訓読み) merupakan "bacaan menjelaskan" makna aksara Cina setepat erti semasa aksara tersebut diperkenalkan dalam persuratan Jepun menggunakan kata Jepun asli (大和言葉, yamatokotoba). Satu kanji ada pelbagai sebutan kun, dan sesetengah kanji langsung tiada kun'yomi. Contohnya, aksara bererti "timur" disebut Cina sebagai , tetapi bahasa Jepun juga ada dua kata asli iaitu higashi dan azuma; lain pula bagi kanji iaitu suatu unit ukuran Cina (sedikit lebih seinci) yang tiada seumpamanya di Jepun, maka cuma dibaca sehampir bunyi Cina (on'yomi) sebagai sun.

Kun'yomi disifatkan melalui struktur suku kata (K)V yamatokotoba yang ketat. Kebanyakan kun'yomi kata nama atau sifat panjangnya dua atau tiga suku kata, manakala kun'yomi kata kerja selalunya satu atau dua suku kata panjang (tidak mengira hiragana ekoran bergelar okurigana, itupun dianggap sebahagian daripada bacaan).

Dalam sesetengah keadaan, pelbagai kanji diberi untuk meliputi satu perkataan bahasa Jepun. Biasanya apabila berlakunya kes sebegini, kanji yang berlainan menyentuh kelainan maksud yang tertentu. Contohnya:

Hiragana Kanji sisipan Maksud
なおす naosu 治す "menyembuh penyakit"
直す "membaiki atau memperbetul sesuatu" (seperti basikal atau rencana Wikipedia yang tidak bermutu)

Adakalanya kelainan maksud sedemikian sangat ketara; bagi kes yang lain pula kelainan maksudnya tidaklah ketara. Kadang-kadang terjadinya perselisihan pandangan di kalangan hasil rujukan—sesebuah kamus mungkin menyatakan bahawa kanji-kanji tesebut sama maksudnya, tetapi sesebuah kamus yang lain mengetengahkan kelainan kegunaannya. Oleh sebab kekeliruan ini, orang Jepun mungkin menghadapi masalah mengenai kanji yang mana wajar dipakai. Salah satu jalan penyelesaian adalah untuk menulis perkataan tersebut dalam hiragana, iaitu kaedah yang kerap digunakan untuk kes-kes yang lebih rumit seperti もと moto, yang mempunyai sekurang-kurangnya lima bentuk kanji berlainan: , , , , , tiga daripadanya tidak ketara lainan maksudnya.

Bacaan dialek tempatan dan bagi kanji juga dikelaskan di bawah Kun'yomi, terutamanya sebutan bagi perkataan dalam bahasa-bahasa Ryukyu.

Bacaan lain

[sunting | sunting sumber]

Jukujikun (熟字訓) adalah kanji yang seerti dengan kanji lain melambangkan suatu perkataan tetapi tidak membawa apa-apa sebutan- misalnya 今朝 yang bermaksud "pagi ini" sering tidak dibaca konchō ikut bunyi Cina atau ikut kata Jepun sebagai *ima'asa tetapi kesa (ke "ini" + asa "pagi"). Kanji ini lazim untuk kata lama atau kata pinjaman lama: "bir" dalam bahasa Jepun sering ditulis sebagai ビール bīru tetapi adakala juga sebagai 麦酒 yang turut dibaca bakushu ikut bunyi Cina atau mugizake ikut makna Jepun kededuanya membawa maksud berbeza.

Ateji (当て字) adalah kanji digunakan untuk sebutannya sahaja.

Bantuan sebutan

[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab kekeliruan yang boleh terjadi, kadang-kadang kanji disertakan panduan sebutan bagi konteks yang diberi yang dieja dalam furigana (kana kecil yang ditulis pada bahagian atas atau kanan aksara) atau kumimoji (kana kecil yang ditulis sejurus selepas aksara). Bantuan sebutan ini banyak diamalkan dalam teks bagi kanak-kanak atau pelajar bahasa ini dari negara asing serta juga dalam komik manga. Bantuan sebutan juga diaplikasi dalam akhbar untuk bacaan yang tidak biasa atau ganjil dan juga untuk aksara yang tidak termasuk dalam set rasmi kanji am.

Perkembangan tempatan

[sunting | sunting sumber]

Meskipun kanji ialah aksara Cina (hanzi) yang digunakan dalam penulisan bahasa Jepun, terdapat juga kelainan ketara antara kanji dan hanzi, termasuk kegunaan aksara yang direka di Jepun, aksara yang diberi maksud berlainan dalam bahasa Jepun, dan pemudahan kanji selepas Perang Dunia II.

Kokuji (国字; "aksara negara") ialah aksara-aksara yang digunakan khususnya di Jepun. Kokuji juga bergelar wasei kanji (和製漢字, iaitu "aksara Cina buatan Jepun"). Terdapat beratus-ratus kokuji, kebanyakannya jarang dipakai, tetapi sebilangannya menjadi bahagian penting dalam penulisan bahasa Jepun. Kokuji ini termasuk:

  • (とうげ tōge "genting")
  • (さかき sakaki "pokok sakaki, genus Cleyera")
  • (はたけ hatake "sawah", "ladang pertanian")
  • (つじ tsuji "persimpangan")
  • (どう , hatara(ku) "bekerja")

sesetengah kokuji seperti "" telah diperkenalkan ke China.

Selain kokuji, terdapat kanji yang diberi maksud dalam bahasa Jepun yang berlainan daripada maksud bahasa Cinanya. Kanji-kanji sedemikaian bukanlah kokuji, sebaliknya bergelar kokkun (国訓). Contoh:

Aksara lama dan baru

[sunting | sunting sumber]

Ada kalanya sesuatu kanji yang sama boleh ditulis dalam dua bentuk berlainan, iaitu Kyūjitai (旧字体/舊字體, "gaya aksara lama") dan Shinjitai (新字体, "gaya aksara baru"). Berikut merupakan contoh-contoh aksara Kyūjitai bersama bentuk Shinjitai masing-masing:

  • 國 国 kuni, koku ("negara")
  • 號 号 ("nombor")
  • 變 変 hen, ka(waru) ("berubah")

Kebanyakan aksara Cina langsung tidak diserap dalam bahasa Jepun. Namun begitu, secara teori, mana-mana aksara Cina boleh dijadikan aksara Jepun—Daikanwa Jiten, salah sebuah kamus kanji terbesar pernah dikompilasi, mengandungi kira-kira 50,000 masukan, itupun kebanyakannya tidak pernah digunakan dalam bahasa Jepun.

  1. ^ Taylor, Insup; Taylor, Maurice Martin (1995). Writing and literacy in Chinese, Korean, and Japanese. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company. m/s. 305. ISBN 90-272-1794-7.
  2. ^ Malatesha Joshi, R.; Aaron, P.G. (2006). Handbook of orthography and literacy. New Jersey: Routledge. m/s. 481–2. ISBN 0-8058-4652-2.
  3. ^ Hary Gunarto, Building Kanji Dictionary as Basic Tool for Machine Translation in Natural Language Processing Applications, Journal of Ritsumeikan Studies in Language and Culture, April 2004, 15/ 3, 177-185
  4. ^ Miyake (2004), m/s. 100.
  5. ^ Shibatani (1990), m/s. 120.
  6. ^ a b Shibatani (1990), m/s. 121.
  7. ^ Frellesvig (2010), m/s. 275.
  8. ^ Baxter, William H. (1992), A Handbook of Old Chinese Phonology, Berlin: Mouton de Gruyter, ISBN 978-3-11-012324-1
  9. ^ a b H adalah nada menurun, lihat Baxter (1992) m/s. 31-2
  10. ^ a b X adalah nada menaik, lihat Baxter (1992) m/s. 31-2.
Sumber

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]