Pergi ke kandungan

Sultan Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Pahang
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
sejak 11 Januari 2019
dimasyhurkan 15 Januari 2019
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Penyandang pertamaSultan Muhammad Shah
Pembentukan1 Mac 1470; 555 tahun yang lalu (1470-03-01)
PersemayamanIstana Abu Bakar, Pekan
Laman sesawangwww.dirajapahang.my

Sultan Pahang (Jawi: سلطان ڤهڠ) ialah gelaran raja berperlembagaan bagi negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Gelaran rasmi Sultan Pahang ialah "Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang". Baginda merupakan ketua agama Islam di negeri Pahang dan sumber kepada segala darjah, gelaran, penghormatan di negeri ini.

Sejarah Kesultanan Pahang

[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.

Perebutan kuasa

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.

Serangan Acheh

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.

Di bawah pemerintahan Johor

[sunting | sunting sumber]

Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.

Pemerintahan sendiri

[sunting | sunting sumber]

Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.

Senarai Sultan dan Pemerintah Pahang

[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Pahang Tua (1470–1617)

[sunting | sunting sumber]
No. Sultan Pahang Tempoh pemerintahan
Wangsa Melaka-Pahang
1. Sultan Muhammad Shah 1470–1475
2. Sultan Abdul Jamil Shah 1475–1475
3. Sultan Mansur Shah I (kali pertama) 1475–1475
4. Sultan Ahmad Shah I 1475–1497
(3.) Sultan Mansur Shah I (kali kedua) 1497–1519
5. Sultan Mahmud Shah I 1519–1530
6. Sultan Muzaffar Shah 1530–1542
7. Sultan Zainal Abidin Shah 1542–1555
8. Sultan Mansur Shah II 1555–1560
9. Sultan Abdul Jamal Shah
(memerintah bersama Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah)
1560–1590
10. Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah
(memerintah bersama Sultan Abdul Jamal Shah)
1560–1590
11. Sultan Ahmad Shah II 1590–1592
12. Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah 1592–1614
13. Sultan Alauddin Riayat Shah 1614–1615
14. Sultan Abdul Jalil Shah III
(kemudian menjadi Sultan Johor-Pahang pada tahun 1623)
1615–1617

Kesultanan Johor-Pahang (1623–1830)

[sunting | sunting sumber]
No. Sultan Johor-Pahang Tempoh pemerintahan
Wangsa Melaka-Johor
1. Sultan Abdul Jalil Shah III 1623–1677
2. Sultan Ibrahim Shah 1677–1685
3. Sultan Mahmud Shah II 1685–1699
Wangsa Bendahara
4. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV 1699–1718
Wangsa Melaka-Johor
5. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah 1718–1722
Wangsa Bendahara
6. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 1722–1760
7. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V 1760–1761
8. Sultan Ahmad Riayat Shah 1761–1761
9. Sultan Mahmud Riayat Shah III 1761–1812
10. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
(kemudian menjadi Sultan Riau-Lingga pada tahun 1830)
1812–1830

Sultan Riau-Lingga yang masih diiktiraf sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara dan para pembesar Melayu yang lain

[sunting | sunting sumber]
No. Sultan Riau-Lingga (Sultan de jure Johor-Pahang) Tempoh pemerintahan
(10.) Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah 1830–1832
(11.) Sultan Muhammad II Muazzam Shah 1832–1835
(12.) Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah 1835–1857

Kerajaan Bendahara Pahang (1770–1881)

[sunting | sunting sumber]
No. Bendahara Johor-Pahang (Raja Bendahara Pahang)
(Pemerintah autonomi Pahang)
Tempoh pemerintahan
Kesultanan Johor-Pahang
1. Bendahara Tun Abdul Majid 1770–1802
2. Bendahara Tun Muhammad 1802–1803
3. Bendahara Tun Koris 1803–1806
4. Bendahara Tun Ali 1806–1830
Pahang bertuankan Sultan Riau-Lingga
(4.) Bendahara Tun Ali 1830–1847
5. Bendahara Tun Mutahir 1847–1857
Negeri Pahang Moden
(5.) Bendahara Tun Mutahir 1857–1863
6. Bendahara Tun Ahmad
(kemudian menjadi Sultan Pahang pada tahun 1881)
1863–1881

Kesultanan Pahang Moden (1881–kini)

[sunting | sunting sumber]
No. Sultan Pahang Tempoh pemerintahan
Wangsa Raja Bendahara
1. Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah[2] 1881–1914
2. Sultan Mahmud 1914–1917
3. Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah 1917–1932
4. Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah 1932–1974
5. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah 1974–2019
6. Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah[3] 2019–kini
  • Aruna Gopinath (1991). Pahang 1880-1933: A Political History. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Sejarah Kesultanan Pahang". Laman Komuniti Pekan. Laman Komuniti Pekan. 2010. Dicapai pada 7 Februari 2010.
  2. ^ "KDYMM Sultan Pahang". Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur. Kerajaan Negeri Pahang. 2009. Dicapai pada 6 Februari 2010.
  3. ^ Israr Khalid (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Jan". Astro Awani. Dicapai pada 12 Januari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]