Pergi ke kandungan

Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar

Rencana baik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Ibrahim
سلطان إبراهيم
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
Sultan Ibrahim pada tahun 2025
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Pemerintahan31 Januari 2024 – kini
Pertabalan20 Julai 2024
Didahului olehAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
Sultan Johor
Pemerintahan23 Januari 2010 – kini
Kemahkotaan23 Mac 2015
Didahului olehSultan Iskandar Al-Haj
Tunku MahkotaTunku Mahkota Ismail
Pemangku SultanTunku Mahkota Ismail
Menteri Besar
KeputeraanTunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar
(1958-11-22) 22 November 1958 (umur 67)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu
PasanganRaja Zarith Sofiah (k. 1982)
AnakandaTunku Mahkota Ismail
Tunku Tun Aminah
Tunku Idris
Tunku Abdul Jalil
Tunku Abdul Rahman
Tunku Abu Bakar
Nama diraja
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
AyahandaSultan Iskandar Al-Haj
BondaEnche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (née Josephine Ruby Trevorrow)
AgamaSunni Islam
0 Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
Johor
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Askar Timbalan Setia
Tahun perkhidmatan1977–kini
Pangkat Fil Marsyal
Laksamana Armada
Marsyal Tentera Udara
(Panglima Angkatan Tentera)
Komando (JMF)
UnitAskar Timbalan Setia

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (Jawi: سلطان إبراهيم ابن المرحوم سلطان إسکندر ; diputerakan pada (1958-11-22)22 November 1958) ialah Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang terkini.

Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera sulung kepada Sultan Iskandar dan Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah.

Baginda telah menaiki takhta Kesultanan Johor pada tahun 2010 setelah kemangkatan ayahanda baginda yang juga merupakan Sultan sebelumnya.

Pada 27 Oktober 2023, baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17, dengan tempoh perkhidmatan selama lima tahun.

Pada 31 Januari 2024, baginda secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Baginda kini merupakan raja ketiga terkaya di Asia Tenggara selepas Raja Thailand dan Sultan Brunei.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu ketika pemerintahan paduka nenda moyang baginda, Sultan Ibrahim Al-Masyhur. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera sulung daripada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bondanya iaitu Josephine Ruby Trevorrow, seorang wanita Inggeris dari Torquay, England.[1][2][3] Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tunku Mahmood) melanjutkan pelajarannya di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah setelah berkahwin dengan Tunku Mahmood.

Nenda moyang baginda, Sultan Ibrahim Al-Masyhur mangkat di London pada 8 Mei 1959. Oleh itu, nenda baginda, Sultan Ismail menaiki takhta sebagai Sultan Johor yang baharu. Tunku Ibrahim juga menjadi pewaris takhta kedua, selepas ayahanda baginda.

Tunku Ibrahim memulakan alam persekolahan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajaran di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Baginda juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.

Beberapa tahun kemudian, baginda telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di sana, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat.[4] Seterusnya, baginda dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Baginda juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sebagai Tunku Mahkota Johor

[sunting | sunting sumber]

Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah bersemayam di Istana Pasir Pelangi sejak pelantikan itu.[4][5][6] Baginda juga pernah menjadi pemangku Sultan Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika ayahanda baginda, Sultan Iskandar telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.[4] Dalam beberapa tahun ketika itu, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari ayahanda baginda yang telah lanjut usia. Hal ini termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.[7][8]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sultan Ibrahim telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Perak, Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah pada tahun 1982.[9][10] Baginda berdua dikurniakan 6 orang anakanda iaitu:

Sebagai Sultan Johor

[sunting | sunting sumber]

Kemahkotaan

[sunting | sunting sumber]
Tugu yang dibina bersempena dengan pertabalan Sultan Ibrahim di Mersing.

Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yang masih belum disahkan.[16] Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada keesokan harinya dengan gelaran Sultan Ibrahim.[17][18] Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar, Johor Bahru dan mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah tujuh hari. Semasa musim perkabungan, Sultan Ibrahim buat pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Sultan Johor.

Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar dan Istana Bukit Serene telah mula dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendak agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan pada 5 Mei 2014. Walau bagaimanapun, disebabkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, istiadat tersebut terpaksa ditangguh.[19]

Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan. Kali terakhir istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Istiadat Kemahkotaan Sultan Ismail. Sultan Iskandar pula tidak berkehendak untuk mengadakan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya. Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan sembilan istiadat utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.[20]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2011, Sultan Ibrahim berkenan untuk memandu kereta api terakhir dari Stesen keretapi Tanjong Pagar yang bakal ditutup. Baginda menyatakan bahawa kehendak baginda untuk memandu kereta api terakhir ini ialah wajar kerana nenda baginda, Sultan Ismail lah yang membuka tambak antara Johor dan Singapura pada 1923.[21]

Sultan Ibrahim juga telah mengisytiharkan Muar sebagai bandar diraja Johor yang baharu, menggantikan Johor Bahru pada 5 Februari 2012, bertepatan dengan sambutan Maulidur Rasul pada ketika itu. Baginda memilih bandar itu kerana warisan sejarah dan tradisi serta suasana yang aman dan indah. Baginda juga menitahkan agar kerajaan negeri menggazetkan kesemua bangunan lama di bandar itu sebagai warisan negeri dan menjaga kebersihan Sungai Muar. Pada 22 November 2012, baginda menjadi Sultan Johor yang pertama menyambut hari keputeraan baginda di bandar itu.

Johor dahulunya menetapkan hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu, sama seperti Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain. Namun pada 1 Januari 1994, hujung minggu bagi negeri Johor telah dipindahkan ke hari Sabtu dan Ahad selaras dengan Kuala Lumpur dan Singapura. Pada 22 November 2013, sewaktu sambutan hari keputeraan Sultan Ibrahim, baginda telah menitahkan agar Johor memindahkan semula hujung minggunya kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014, bagi memudahkan urusan solat Jumaat. Pemindahan ini telah mencetuskan kekacauan, khususnya kepada syarikat swasta yang berurusan dengan Singapura. Syarikat-syarikat ini kemudiannya meneruskan hujung minggu mereka pada Sabtu dan Ahad.

Pada Ogos 2015, Sultan Ibrahim telah menitahkan untuk menukarkan nama daerah Kulaijaya kepada nama lamanya, Kulai dan nama daerah Ledang ke Tangkak. Baginda juga menitahkan agar nama bandar Nusajaya ditukarkan kepada Iskandar Puteri. Pada Januari 2016, baginda telah mengeluarkan titah larangan rokok elektronik di seluruh negeri Johor bermula 1 Januari 2016, bertujuan demi menjaga kesihatan penduduk Johor.

Pada Oktober 2024, dengan perkenan Sultan Ibrahim, pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah menitahkan bahawa hujung minggu bagi negeri Johor dipindahkan semula ke hari Sabtu dan Ahad bermula pada 1 Januari 2025. Baginda juga bertitah agar syarikat swasta, kerajaan negeri dan pihak yang berkaitan memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat.[22]

Sebagai Yang di-Pertuan Agong

[sunting | sunting sumber]
Sultan Ibrahim bersalaman dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin

Pada 27 Oktober 2023, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 telah berkenan memilih Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17, bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah berlangsung pada 31 Januari 2024 di Istana Negara.

Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pula telah berlangsung pada 20 Julai 2024 di Balairung Seri, Istana Negara.[23]

Kerabat damping

[sunting | sunting sumber]
Gelaran Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Usia Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Anakanda Cucunda
Pemangku Sultan Johor & Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (1984-06-30)30 Jun 1984 Johor 41 tahun, 8 bulan dan 1 hari N/A 24 Oktober 2014 Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam Tunku Khalsom Aminah Sofiah
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
Tunku Abu Bakar Ibrahim
Tunku Zahrah Zarith Aziyah
Raja Muda Johor Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) (2017-10-14)14 Oktober 2017 Johor 8 tahun, 4 bulan dan 17 hari N/A N/A N/A
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) (2019-07-17)17 Julai 2019 Johor 6 tahun, 7 bulan dan 14 hari N/A N/A N/A
Tunku Temenggong Johor Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (1987-12-25)25 Disember 1987 Johor 38 tahun, 2 bulan dan 6 hari N/A N/A N/A
Tunku Aris Bendahara Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
(Adinda Sultan Ibrahim)
(1970-07-20)20 Julai 1970 Johor 55 tahun, 7 bulan dan 11 hari N/A 13 Januari 2006 Tunku Teh Mazni Binti Tunku Yusuf Tunku Mahmood Iskandar
Tunku Aisha Menjalara Iskandar
Tunku Abdul Marteen Idris Ismail Ibrahim Iskandar
Tunku Laksamana Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar (1990-07-05)5 Julai 1990 Johor 5 Disember 2015(2015-12-05) (umur 25) Johor Bahru Tidak pernah berkahwin N/A
Tunku Panglima Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (1993-02-05)5 Februari 1993 Johor 33 tahun dan 26 hari N/A N/A N/A
Tunku Putera Johor Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (2001-05-30)30 Mei 2001 Johor 24 tahun, 9 bulan dan 1 hari N/A N/A N/A
Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Usia Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Anakanda Cucunda
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah (1986-04-08)8 April 1986 Johor 39 tahun, 10 bulan dan 23 hari N/A 14 Ogos 2017 Dato' Dennis Muhammad Abdullah Layla Sofiah
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) (2016-06-25)25 Jun 2016 Johor 9 tahun, 8 bulan dan 6 hari N/A N/A N/A
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) (2021-04-21)21 April 2021 Johor 4 tahun, 10 bulan dan 10 hari N/A N/A N/A
Yang Amat Mulia Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar
(Kekanda Sultan Ibrahim)
(1956-07-11)11 Julai 1956 Johor 69 tahun, 7 bulan dan 20 hari N/A 2 Mei 1977 Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Tengku Haji Shakirin Al-Amin Mahmud Ismail Ahmad Shah
Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor Tengku Salehuddin Ismail Shah
Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin Shah
Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz Shah
Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar Putri
Yang Amat Mulia Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar
(Kekanda Sultan Ibrahim)
(1957-10-20)20 Oktober 1957 Johor 68 tahun, 4 bulan dan 11 hari N/A N/A N/A N/A N/A

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

[sunting | sunting sumber]
Gaya bagi
Sultan Ibrahim

Rujukan gayaDuli Yang Maha Mulia
Gaya percakapanDuli Tuanku
Gaya alternatifTuanku
Gaya bagi
Sultan Ibrahim
Rujukan gayaKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Gaya percakapanKebawah Duli Tuanku
Gaya alternatifTuanku

Terasul dan gelaran

[sunting | sunting sumber]
  • 22 November 1958 – 11 Mei 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar
  • 11 Mei 1981 – 3 Julai 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar
  • 3 Julai 1981 – 26 April 1984: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
  • 26 April 1984 – 25 April 1989: Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor
  • 25 April 1989 – 23 Januari 2010: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
  • 23 Januari 2010 – 30 Januari 2024: Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
  • 31 Januari 2024 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim [24]

Kurniaan Johor

[sunting | sunting sumber]
  • Johor :
    • Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
    • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (28 Oktober 1980)
    • Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) – Dato' (8 April 1990) [25]
    • Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) – Dato' (30 Mac 2015) [26]
    • Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (10 Februari 1960)
    • Pingat Kemahkotaan Sultan Iskandar (11 Mei 1981)
    • Pangkat Pertama Pingat Ibrahim Sultan (PIS I)
    • Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (23 Mac 2015)
    • Pangkat Pertama Pingat Sultan Ibrahim (PSI I) (30 Mac 2015)

Kurniaan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Kurniaan luar negara

[sunting | sunting sumber]
  • Bahrain :
    • Order of Sheikh Isa ibn Salman Al Khalifa (Wisam al-Shaikh ‘Isa bin Salman Al Khalifa), First Class (2017) [39]

Ijazah kehormat

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Facts on File Yearbook, Published by Facts on File, inc., 1957, Phrase: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
  2. ^ Morais (1967), m/s 198
  3. ^ Morris (1958), m/s 244
  4. ^ a b c Karim, Tate (1989), pp. 572
  5. ^ Fauziah Ismail. "Magnificent abode for royals". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ TEH ENG HOCK and MEERA VIJAYAN (15 Oktober 2007). "Day of fun and feasting". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ Thanam Visvanathan, Ruler with deep concern for people–Sultan Iskandar revered as protective guardian and helpful to all his subjects, pg 1, 8 April 2001, New Sunday Times Special (Sultan of Johor's Birthday)
  8. ^ Conference of Rulers meeting begins, 26 July 2007, The Star (Malaysia)
  9. ^ "Tribute to mothers' caring nature". The Star. 14 Mei 2008.
  10. ^ BEH YUEN HUI (29 Ogos 2008). "Raja Zarith: Education more important than popularity". The Star.
  11. ^ "Tunku Mahkota's son named Raja Muda of Johor". The Star Online. 9 April 2006.
  12. ^ "Tunki Ismail Dimasyhur Sebagai Tunku Mahkota Johor - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-01-28. Dicapai pada 2023-12-13.
  13. ^ Kisah Mawar Merah Kelapan - Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah, Puteri Emas Sultan Johor, 11 Oktober 2011. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  14. ^ Royals visit special people[pautan mati kekal], JohorBuzz, New Straits Times
  15. ^ Impian puteri raja, AZIMI MUSTAPHA, Rencana Utama, 13 November 2008, KOSMO!
  16. ^ "Tunku Mahkota Johor Appointed Regent Effective Today". Bernama. 22 Januari 2010.
  17. ^ "Tengku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor" (berita dalam talian) (dalam bahasa Melayu). malaysiakini.com. 23 Januari 2010. Dicapai pada 1 Mac 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Tunku Ibrahim Ismail Proclaimed As Sultan Of Johor". Bernama. 22 Januari 2010.
  19. ^ Blog "Kesultanan Johor": Kerja Pengubahsuaian dan Pembaikan Istana Berjalan Lancar
  20. ^ "Istiadat pemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac" (berita dalam talian). Sinar Harian (dalam bahasa Melayu). Sinar Harian. 6 Januari 2015. Dicapai pada 17 Mac 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "Why I drove the last train out". Straits Times. 1 Julai 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2011. Dicapai pada 18 Julai 2011.
  22. ^ "Cuti hujung minggu Johor ditukar Sabtu dan Ahad mulai 1 Jan 2025". Astro Awani. 7 Oktober 2024. Dicapai pada 3 Februari 2025. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)
  23. ^ "Istiadat pertabalan Agong ke-17 di Istana Negara 20 Julai ini - Fahmi". Bernama. 16 Mei 2024. Dicapai pada 21 Mei 2024.
  24. ^ "Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim". Harian Metro. 31 January 2024.
  25. ^ See photo
  26. ^ "Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Dicapai pada 24 February 2020.
  27. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1987" (PDF).
  28. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan".
  29. ^ a b c d Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan.
  30. ^ DKNS - Articles in Malay 1 : 1 Diarkibkan 2013-12-13 di Wayback Machine, 3. Utusan (with photo)
  31. ^ "Maintenance Page".
  32. ^ King confers DK Pahang Award on Johor Sultan, receives DK Johor Award The Star
  33. ^ Sultan of Perak 82nd birthday honours list The Star
  34. ^ DK (Perlis) - Article in Malay : 1
  35. ^ "DK I 2010". awards.selangor.gov.my.
  36. ^ Johor Sultan Heads Terengganu Honours List
  37. ^ DK (Kedah) The Star
  38. ^ Tunku Mahkota Johor dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak Mstar
  39. ^ "Johor Ruler receives Bahrain's highest award". The Star Online. 26 November 2017. Dicapai pada 23 November 2019.
  40. ^ 柔佛苏丹依布拉欣 获陛下颁赠DKMB勋章, Article in Chinese Diarkibkan 2014-11-12 di Wayback Machine
  41. ^ "Their Majesties in Johor for DKMB Conferment Ceremony". Borneo Post. 9 November 2014. Dicapai pada 23 November 2019.
  42. ^ "Brunei sultan to mark 50 years on throne with lavish celebrations". New Straits Times. AFP. 5 October 2017. Dicapai pada 23 November 2019.
  43. ^ "Sultan of Johor receives order of Sikatuna from Philippine President". Bernama. 10 July 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
  44. ^ Mohan, Matthew (2022-07-21). "Johor Sultan awarded honorary degree by NUS during visit to Singapore". Channel NewsAsia. Dicapai pada July 22, 2022.
  • Ali, Abdullah, Malaysian Protocol and Correct Forms of Address, published by Times Books International, 1986, ISBN 9971653702
  • Cheong, Mei Sui, Information Malaysia: 1985 Year Book,published by Berita Publishing, 1985
  • De Ledesma, Charles; Lewis, Mark; Savage, Pauline, Malaysia, Singapore and Brunei, published by Rough Guides, 2003, ISBN 1843530945
  • Karim, Gulrose; Tate, Desmond Muzaffar, Information Malaysia, published by Berita Publ. Sdn. Bhd., 1989
  • Kershaw, Roger, Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition, published by Routledge, 2001, ISBN 0415185319
  • Morais, John Victor, The Who's who in Malaysia, published by Solai Press., 1967
  • Morris, Ira J., My East was Gorgeous, by Ira J. Morris, published by Travel Book Club, 1958
  • Nadarajah, K. N, Tengku Ahmad Rithauddeen: His Story, Pelanduk Publications, 2000, ISBN 9679787095
  • Nadarajah, Nesalamar, Johore and the Origins of British Control, 1895-1914, published by Arenabuku, 2000, ISBN 9679703185
  • Rahman, Abdul; Solomon, J. S., Challenging Times, published by Pelanduk Publications, 1985, ISBN 9679780945
  • The International Who's Who 2004: Book with Single-User Online Access, by Elizabeth Sleeman, published by Europa Publications, Published by Routledge, 2003, ISBN 1857432177
  • Towards Relevant Education: A General Sourcebook for Teachers, published by Education Forum (Philippines), Alternative Instructional Materials Project, Education Forum, 1986, ISBN 9719100605

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
Tarikh keputeraan: 22 November 1958
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Iskandar Al-Haj
Sultan Johor
23 Januari 2010 – kini
Diikuti oleh:
Masih hidup
Didahului oleh
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
(Sultan Pahang)
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
31 Januari 2024 – kini
Diikuti oleh:
Masih menyandang