Pergi ke kandungan

Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pulau Sebang/Tampin
 KB17  KTM_Komuter_Logo KTM_ETS_Logo
Stesen kereta api komuter dan antarabandar
Nama lainڤولاو سبڠ/تمڤين (Tulisan Jawi)
Lokasi78000 Tampin, Alor Gajah
Negeri Sembilan,
Malaysia
Dimiliki olehPerbadanan Aset Keretapi
Dikendalikan olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan ETS  Laluan ETS
1 Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin
Platform2 platform pulau
Trek4
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Sejarah
Dibuka15 Julai 1905
Ditutup6 Februari 2013 (stesen asal)
Dielektrikkan10 Oktober 2015
Perkhidmatan
Ralat Lua pada baris 237 di Modul:Adjacent_stations: Laluan tidak diketahui "KL Sentral–Kluang".
Lokasi
Map

Stesen keretapi Pulau Sebang ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka, bersebelahan dengan bandar Tampin, Negeri Sembilan. Dibuka pada 15 Julai 1905, stesen ini merupakan stesen terminal bagi perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin sejak 20 Jun 2016. Selain itu, ia juga salah satu perhentian bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) laluan ButterworthSegamat dan Padang Besar–Segamat.

Stesen ini juga berhampiran dengan Terminal Bas Pulau Sebang Sentral yang telah beroperasi sejak 1 Jun 2025.

Pembinaan awal

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini telah dibuka pada 15 Julai 1905 dan asalnya merupakan sebahagian daripada jajaran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSR) sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.

Walaupun sebenarnya ia terletak di dalam kawasan Pulau Sebang, pihak Inggeris ketika itu telah menamakan stesen ini Tampin bersempena dengan nama pekan terdekat yang sedang pesat membangun.

Stesen ini juga pernah menjadi stesen pertukaran untuk perjalanan tren ke Bandaraya Melaka. Namun, semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia Kedua, hampir keseluruhan landasan laluan tersebut telah dibongkar dan dibawa ke Burma untuk pembinaan Landasan Kereta Api Burma yang juga digelar "Keretapi Maut" akibat jumlah korban buruh kasar yang begitu ramai sewaktu pembinaannya.

Pembinaan semula dan elektrifikasi

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan dilema nama yang digunakan pada stesen ini, KTMB telah memutuskan bahawa stesen ini akan dinamakan sebagai stesen Pulau Sebang/Tampin bermula Januari 2013.

Pada 6 Februari 2013, stesen yang berusia lebih seabad ini telah ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf dalam projek landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas. Sebuah stesen baharu yang lebih canggih telah dibina dan kemudiannya dibuka pada 10 Oktober 2015.

Perkhidmatan komuter dan ETS

[sunting | sunting sumber]

10 Oktober 2015 menyaksikan pengenalan perkhidmatan ulang alik komuter sektor selatan antara Seremban dan Gemas. Para penumpang yang hendak meneruskan perjalanan ke arah Lembah Klang dan Utara perlu menukar tren di stesen Seremban dan menaiki komuter laluan Seremban yang berakhir di Tanjung Malim. Turut diperkenal juga pada Oktober 2015, perkhidmatan ETS dari Padang Besar dan Butterworth ke Gemas, di mana stesen ini menjadi salah satu perhentian utamanya.

Perkhidmatan komuter kemudiannya mengalami perubahan laluan berkuat kuasa 15 Disember 2015. Bagi laluan Seremban, terminal utaranya diubah daripada Tanjung Malim kepada Batu Caves.

Mulai 20 Jun 2016, perkhidmatan ulang alik Seremban–Gemas telah disepadukan dengan komuter laluan Seremban, dan stesen ini telah dijadikan stesen terminal bagi laluan tersebut. Ini memudahkan penumpang untuk meneruskan perjalanan tanpa perlu menukar tren, sekaligus laluan tersebut kini dikenali sehingga ke hari ini sebagai laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin.

[1][2]