Pergi ke kandungan

Stesen kereta api Paloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stesen keretapi Paloh)
Paloh
Logo KTM ETS
Stesen kereta api antarabandar
Bahagian hadapan stesen
Nama lainTulisan Jawi: ڤالوه
Cina: 巴罗
Tamil: பாலோ
LokasiStesen Keretapi Paloh, Kampung Muhibbah
85400 Paloh
Johor
Malaysia
Dimiliki olehPerbadanan Aset Keretapi
Dikendalikan olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan ETS  Perkhidmatan Tren Elektrik
Platform6; 2 platform sisi, 2 platform pulau
Trek4
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Sejarah
Dibuka1 Julai 1909; 116 tahun yang lalu (1909-07-01)
Ditutup15 Oktober 2019; 6 tahun yang lalu (2019-10-15) (stesen lama)
Dielektrikkan23 Oktober 2024; 18 bulan yang lalu (2024-10-23) (stesen baharu)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Bekok KL Sentral–JB Sentral (Platinum) Kluang
Bekok
menghala ke Padang Besar
Padang Besar–JB Sentral (Gold)
Lokasi
Map

Stesen kereta api Paloh ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di pekan Paloh, daerah Kluang, Johor. Stesen ini pernah menyediakan perkhidmatan tren KTM Antarabandar dan kini merupakan sebahagian daripada laluan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Stesen ini menjadi tumpuan para penumpang setempat seperti pekan Yong Peng, Kangkar Bharu, Chamek dan Kampung Melayu Niyor.

Pembinaan awal

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini telah dibuka pada 1 Julai 1909, serentak dengan stesen-stesen pada jajaran kereta api antara Gemas dan Johor Bahru yang dikenali sebagai Keretapi Negeri Johor (Johor State Railway). Jajaran ini kemudiannya digabungkan dengan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Railways) menghubungkan stesen Padang Besar dengan Singapura.

Stesen ini asalnya terletak di antara stesen Bekok di utara dan Chamek di selatan.

Dinaik taraf

[sunting | sunting sumber]

Bagi memberi laluan kepada projek landasan berkembar elektrik (PLBE) antara Gemas dan Johor Bahru, stesen ini telah ditutup dan berpindah operasi ke sebuah lokasi berdekatan bermula 15 Oktober 2019.[1] Stesen sementara ini juga dijadikan stesen alternatif kepada penduduk Chamek apabila stesen di sana ditamatkan perkhidmatan pada 7 September 2020.[2][3]

Pada 23 Oktober 2024, stesen baharu yang lebih besar dan canggih telah dibuka, meneruskan perkhidmatan kereta api seperti biasa.[4]

Stesen Paloh tersenarai sebagai salah satu perhentian bagi perkhidmatan ETS bermula 12 Disember 2025, sekaligus menandakan penamatan perkhidmatan Ekspres Selatan pada 1 Januari 2026. ETS merupakan satu-satunya perkhidmatan kereta api yang tersedia di stesen ini.[5]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Jadual berkuat kuasa 18 April 2026:[6]

  • Tren ke utara
    • EG9442 ke Padang Besar: 08:53
    • EP9524 ke KL Sentral: 09:48
    • EP9528 ke KL Sentral: 13:53
    • EP9530 ke KL Sentral: 16:09
    • EP9532 ke KL Sentral: 17:28
  • Tren ke selatan
    • EP9523 dari KL Sentral: 11:14
    • EP9531 dari KL Sentral: 18:34
    • EP9533 dari KL Sentral: 20:54
    • EG9499 dari Padang Besar: 21:19
    • EP9535 dari KL Sentral: 23:12

Perkhidmatan terdahulu

[sunting | sunting sumber]

Jadual terakhir Ekspres Selatan yang berkuat kuasa 1 Julai 2022 dan tamat pada 31 Disember 2025:[7]

  • KTM Antarabandar Ekspres Selatan (Gemas-JB Sentral)
    • Arah selatan: ES41 03:57, ES43 11:45, ES45 17:17
    • Arah utara: ES42 11:14, ES44 17:06, ES46 20:47
  1. ^ "INFO: Pemindahan Stesen Paloh ke lokasi yang baru bermula 15 Oktober 2019". Facebook KTM Berhad. 11 Oktober 2019. Dicapai pada 20 Julai 2025.
  2. ^ "Penutupan Stesen Chamek". Facebook KTM Berhad. 10 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Julai 2025.
  3. ^ "Untuk makluman warga Paloh. Khususnya mereka yang tinggal di Chamek dan pengguna keretapi menerusi Stesen Chamek". Facebook Sheikh Omar Ali. 28 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Julai 2025.
  4. ^ "Pemindahan Operasi Stesen Sementara Paloh Ke Stesen Paloh (Baharu) Bagi Migrasi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru Pada 23.10.2024 Jam 3.00 Petang". Facebook KTM Berhad. 21 Oktober 2024. Dicapai pada 20 Julai 2025.
  5. ^ "KENYATAAN MEDIA  : PEMBUKAAN JUALAN TIKET ETS LALUAN KL SENTRAL – JB SENTRAL – KL SENTRAL, OPERASI BERMULA 12 DISEMBER 2025". Facebook KTM Berhad. 8 Disember 2025. Dicapai pada 5 Mei 2026.
  6. ^ "Jadual Tren ETS 18 Apr 2026" (PDF). Laman Web KTMB. Dicapai pada 10 Mei 2025.
  7. ^ "01 Website Jadual Tren 51 Intercity 1 Mac 2024 (Intercity)" (PDF). Laman Web KTMB. Dicapai pada 3 Julai 2025.