Shaun the Sheep
Penampilan
| Shaun the Sheep | |
|---|---|
| Genre | Comedy Animasi tanah liat Slice of life |
Berdasarkan daripada | Wallace & Gromit oleh Nick Park |
| Pencipta | Nick Park |
Dibangunkan oleh | Richard Goleszowski Alison Snowden David Fine |
| Pengarah | Richard Goleszowski Christopher Sadler |
Pelakon suara | John Sparkes Justin Fletcher Kate Harbour Richard Webber Emma Tate (2016) Andy Nyman (2016) Simon Greenall (2016) Jo Allen (2007) |
Penggubah lagu tema | Mark Thomas |
| Lagu pembukaan | "Life's a Treat" by Mark Thomas and Vic Reeves |
| Lagu penutup | "Life's a Treat (Instrumental)" |
| Negara asal | United Kingdom[1] |
| Bahasa | English |
| Bilangan musim | 6 |
| Bilangan episod | 170 36 (shorts) 1 (special) (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | For Aardman Animations: Miles Bullough David Sproxton Peter Lord Nick Park For BBC: Michael Carrington Nikki Chaplin |
| Penerbit | Julie Lockhart (series 1) Gareth Owen (series 2) John Woolley (series 3 and 4) |
| Tempoh siaran | 7 minutes |
Syarikat penerbitan | Aardman Animations BBC Westdeutscher Rundfunk |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | CBBC (Series 1-5) BBC One (special) Netflix (Series 6) Astro Warna |
| Format gambar | 16:9 widescreen PAL (576i) (2007) 16:9 HDTV (1080i) (2009–present) |
| Format audio | Dolby Digital 5.1 |
| Siaran asal | 5 Mac 2007 – present |
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Wallace and Gromit Timmy Time |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Shaun the Sheep ("Shaun si Biri-Biri") ialah sebuah siri animasi gerak pegun United Kingdom. Ia siri sempalan berdasarkan suatu watak yang tampil dalam filem pendek A Close Shave dari siri Wallace and Gromit arahan Nick Park (1995),
Siri ini mula ditayangkan di United Kingdom dalam blok CBBC saluran BBC One pada 5 Mac 2007; sebanyak lima siri 150 episod berdurasi 7 minit setiap satu keseluruhannya telah disiarkan di 180 buah negara serata dunia. Siri keenam ia mula ditayangkan di Netflix dengan tajuk Adventures from Mossy Bottom.
Plot
[sunting | sunting sumber]Shaun, seekor biri-biri dan kawanannya di suatu ladang utara England cuba menghilangkan rasa bosan mereka dengan mendekati keanehan dibawa manusia yang memilik mereka.
Barisan watak
[sunting | sunting sumber]- Shaun (kesan bunyi seperti embek disumbangkan Justin Fletcher) - seekor biri-biri jantan protagonis siri. Ia ketua kawanannya yang licik dan nakal. Watak ini pertama kali muncul di filem pendek A Close Shave.
- The Farmer ("Si Petani", lakonan Jacob Hurr) - pemilik ladang yang tidak acuh sebarang keanehan yang barangkali berlaku di ladangnya.
- Bitzer (kesan bunyi seperti salakan disumbangkan John Sparkes) - anjing gembala jantan si petani yang memandu kawanan tersebut serta memerhatikan keadaan sekitar ladang. Dia turut bersahabat dengan Shaun.
- Shirley, bebiri betina yang berbadan besar dan berbulu tebal. Ia juga kuat makan.
- Timmy, anak biri-biri sepupu Shaun yang masih keanakan. Ia ada induk yang sangat merisaukannya sehingga menangis jika Timmy menghilang.
- Nuts, seekor bebiri yang berupa lain dengan mata dan hidung berbeza
- Hazel, seekor bebiri betina yang cepat terperanjat
- The Naughty Pigs - tiga ekor babi yang duduk di kandang berhampiran ladang yang sering membuli kawanan bebiri.
- Pidsley - kucing kesayangan si petani.
Media sempalan
[sunting | sunting sumber]- Filem cetera
- Shaun the Sheep Movie (2015).
- A Shaun the Sheep Movie: Farmageddon (2019)
- Televisyen
- Shaun the Sheep: The Farmer's Llamas, telefilem ditayangkan masa Krismas tahun sama
- Timmy Time, - siri sempalan mengisahkan watak sepupu Shaun untuk tontonan anak-anak lebih berusia muda
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Shaun the Sheep (TV series) (2007)". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2015. Dicapai pada 24 October 2015.