Pergi ke kandungan

Norman Hakim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Norman Hakim
نورمان القاضي
Kelahiran
Mohamed Nurhakim bin Zaidon

(1976-01-08) 8 Januari 1976 (umur 50)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif1993–kini
Karya
Filemografi
Ketinggian1.8 m (5 ka 11 in)
Pasangan
Anak-anak6

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim (lahir 8 Januari 1976) ialah seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia yang berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 1993/1994 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas (2003–2021).[1]

Kerjaya Norman bermula apabila beliau menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 1993/94. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 dan hanya pada 1999, beliau berlakon dalam drama Idaman, memegang watak sebagai Ikmal. Norman juga pernah membintangi iklan jenama rokok, Winfield Casuals.

Beiiau bersama rakan pelakon Eizlan Yusof dan Sani Salehuddin (kini ahli perniagaan) menubuhkan kumpulan Impression yang mana mereka menerbitkan album pertama, Jatuh Hati pada 1999.[2]

Kerjaya filem Norman bermula dengan menjayakan watak utama bersama Erra Fazira dalam filem Pasrah yang ditayangkan pada 8 Januari 2000, sekaligus menandakan kolaborasi sulungnya bersama Yusof Haslam, orang kuat Skop Productions.[3] Beliau kemudian memegang watak sebagai Rafayel dalam filem Gerak Khas The Movie, juga arahan Yusof. Filem inilah yang menemukan beliau dengan bakal isterinya ketika itu, Abby Abadi yang turut berlakon dalam filem ini.[4]

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Soffi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[5]

Pada 2012. Norman memegang watak Joe, orang kanan Dino lakonan Aaron Aziz dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.[6]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berumah tangga dengan pelakon Arbaiyah Abdul Manan (Abby Abadi) dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kedua-dua pasangan ini pernah bercerai pada April 2006 akibat tekanan dalam rumah tangga namun demi kebahagiaan anak-anak, mereka berdua bertaut kembali. Penceraian Norman dan Abby ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Farahdhiya, namun kepastiannya tidak dapat disahihkan.[7][8]

Pada tahun 2009, Norman telah dilanda kemurungan. Beliau beribadat hampir setiap hari di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Pada suatu ketika, beliau didatangi seorang lelaki. Lelaki tersebut yang menyedari tangisan beliau menanyakan sebabnya. Selepas memberi pengakuan mengenai kekecewaan beliau terhadap kehidupannya, lelaki tersebut memberikannya sepotong ayat al-Quran untuk dijadikan amalan. Peristiwa tersebut telah menyebabkan beliau lebih dekat dengan agama Islam.[9] Norman dan Abby bersanding kali kedua pada 25 September 2007 namun bersama pasangan pada perkahwinan terbaharu masing masing.[10][11]

Pernikahan dengan Memey Suhaiza

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, beliau pernah ditangkap khalwat bersama pelakon Memey Suhaiza dan menceraikan isterinya iaitu Abby Abadi dengan talak satu.[12] Memey kini telah menjadi isterinya. Hasil pernikahan tersebut, mereka berdua dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Darwisz Hakim, Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.[13]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Jatuh Hati (album bersama Impression; 1999)

Aktivisme

[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Jun 2018, Norman bersama-sama pelakon Rosyam Nor, menyertai bersama 1,200 penunggang motosikal bagi menjayakan konvoi Ride for World #QuranHour yang bermula di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum berakhir di Shah Alam, Selangor. Ia merupakan acara simbolik bagi membina momentum ke kemuncak program World #QuranHour yang diraikan pada 7 Jun.[14][15]

  1. ^ "Norman Hakim kembali dalam Gerak Khas". Utusan Malaysia. 5 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-26. Dicapai pada 26 April 2014.
  2. ^ Rozi Abdul Razak (2 Mac 1999). "Impression... tidak kecewa sekiranya gagal". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-21. Dicapai pada 26 April 2014.
  3. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  4. ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 Februari 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  5. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  6. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  7. ^ Niezam Abdullah (28 Februari 2018). "Kontroversi Norman, Abby dan Memey". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  8. ^ Budiey (18 Disember 2008). "Norman Hakim Cerai Abby Abadi Dengan Talak Satu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  9. ^ Muhammad Shamsul Abd Ghani (28 Februari 2018). "'Ada hamba ALLAH tepuk belakang saya'". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-28. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin (25 September 2017). "Norman Hakim, Abby Abadi Bersanding Lagi". mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  11. ^ Nadia Azam (30 Ogos 2017). "Norman idam naik pelamin dengan Abby". Malaysiakini. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  12. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2008/10/31/ditangkap-khalwat-di-pejabat-norman-percaya-disabotaj
  13. ^ https://www.xtra.com.my/video-antara-benda-yang-sangat-merisaukan-kita-sebagai-mak-anak-bongsu-norman-hakim-memey-suhaiza-masuk-hospital/
  14. ^ "Rosyam Nor, Norman Hakim sertai konvoi World #Quran Hour". Berita Harian. 3 Jun 2018. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  15. ^ "Rosyam Nor, Norman Hakim join 1,200 motorcyclists in World #QuranHour convoy [NSTTV]". New Straits Times. 3 Jun 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]