Pergi ke kandungan

Ng Suee Lim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ng Suee Lim
黄瑞林
Ng pada 2025
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Menyandang jawatan
21 Ogos 2023
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Menteri BesarAmirudin Shari
PortfolioKerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu & Pelancongan
Didahului olehNg Sze Han
(Kerajaan Tempatan & Pembangunan Kampung Baru)
Hee Loy Sian
(Pelancongan)
Kawasan pilihan rayaSekinchan
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-11
Dalam jawatan
26 Jun 2018 – 23 Jun 2023
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
TimbalanMohd Khairuddin Othman
(2018)
Daroyah Alwi
(2019–2020)
Hasnul Baharuddin
(2020–2023)
Menteri BesarAmirudin Shari
Didahului olehHannah Yeoh Tseow Suan
Digantikan olehLau Weng San
Kawasan pilihan rayaSekinchan
Naib Pengerusi Kebangsaan
Parti Tindakan Demokratik
Menyandang jawatan
16 Mac 2025
Setiausaha AgungAnthony Loke Siew Fook
Pengerusi KebangsaanGobind Singh Deo
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan
Parti Tindakan Demokratik
Dalam jawatan
20 Mac 2022 – 16 Mac 2025
Berkhidmat with Khoo Poay Tiong
Setiausaha AgungAnthony Loke Siew Fook
Setiausaha Organisasi KebangsaanSteven Sim Chee Keong
Didahului olehThomas Su Keong Siong
Digantikan olehTan Hong Pin
Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik
Negeri Selangor
Menyandang jawatan
9 Disember 2018
Berkhidmat with Ganabatirau Veraman (2018–2024) &
Ean Yong Hian Wah (sejak 2024)
Setiausaha AgungLim Guan Eng
(2018–2022)
Anthony Loke Siew Fook
(since 2022)
Pengerusi NegeriGobind Singh Deo
(2018–2024)
Ng Sze Han
(sejak 2024)
Didahului olehTeng Chang Khim
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Sekinchan
Menyandang jawatan
21 Mac 2004
Didahului olehChia Kim Lem
(BNMCA)
Majoriti344 (2004)
190 (2008)
2,239 (2013)
2,844 (2018)
4,018 (2023)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Selangor
2004–2018Parti Tindakan Demokratik
2018–Pakatan Harapan
Maklumat peribadi
Lahir
Ng Suee Lim

(1970-07-13) 13 Julai 1970 (umur 55)
SelangorMalaysia Daerah Klang, Selangor, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Barisan Alternatif (BA)
(1999–2004)
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
Anak4
PendidikanSekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang
PekerjaanAhli politik
Ng Suee Lim
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional黃瑞林
Tulisan Cina Ringkas黃瑞林

Ng Suee Lim (Cina ringkas: 黄瑞林Cina tradisional: 黄瑞林pinyin: Huáng RuìlínPe̍h-ōe-jī: N̂g Suī-lîm; lahir 13 Julai 1970) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari sejak Ogos 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Sekinchan sejak Mac 2004. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-11 dari Jun 2018 hingga Jun 2023. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan PH. Beliau telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP sejak Mac 2025 dan Naib Pengerusi Negeri DAP Selangor sejak Disember 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP dari Mac 2022 hingga Mac 2025. Ng kini merupakan ADUN DAP Selangor yang paling lama berkhidmat, memegang jawatan sebagai ADUN Sekinchan sejak tahun 2004.[1][2]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ng Suee Lim mula melibatkan diri dalam politik, khususnya dalam DAP, setelah membaca banyak kenyataan media dan buku-buku tulisan Setiausaha Agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang, sejak beliau berada di Tahun 6 sekitar tahun 1981–1982. Beliau sering menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh pemimpin politik tempatan bagi mengumpul dana. Semasa di dalam kelas, beliau kerap berdebat dengan guru Sejarah mengenai peristiwa-peristiwa sejarah sehingga dilabel sebagai penyokong pembangkang. Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Ketua Cawangan DAP Kapar.

Dalam pilihan raya umum 1999, beliau telah dicadangkan oleh Ronnie Liu Tian Khiew dan Teng Chang Khim untuk bertanding di kerusi negeri Sekinchan memandangkan tiada lagi tokoh veteran parti yang ingin bertanding di kawasan itu. Beliau bertanding pada usia 29 tahun dan memperoleh 3,728 undi, namun tewas dengan majoriti 2,044 undi. Walau bagaimanapun, beliau menang di kawasan majoriti Melayu kerana fasih berbahasa Jawa.

Dalam pilihan raya umum 2004, ramai pengundi kembali menyokong BN dan ramai calon DAP, PKR dan PAS tewas. Namun begitu, Ng Suee Lim berjaya memenangi kerusi Sekinchan dengan majoriti 344 undi. Beliau merupakan salah seorang daripada hanya dua wakil parti pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor ketika itu (seorang lagi ialah Teng Chang Khim).

Dalam pilihan raya umum 2008, beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan memperoleh 5,403 undi dan majoriti 190 undi.

Ng Suee Lim turut memenangi kerusi DUN Sekinchan dalam pilihan raya umum 2013 dan 2018. Pada 26 Jun 2018, beliau telah dicalonkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu oleh Menteri Besar Amirudin Shari, dan pencalonan itu disokong oleh Teng Chang Khim sebelum diluluskan. Ng Suee Lim telah mengangkat sumpah jawatan pada jam 10:07 pagi.[3]

Pada tahun 2023, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pelancongan.[4][5]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[6][7]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 N05 Sekinchan Ng Suee Lim (DAP) 3,728 37.31% Chia Kim Lem (MCA) 5,772 57.77% 10,406 2,044 71.67%
Saari Kiban (BEBAS) 492 4.92%
2004 N04 Sekinchan Ng Suee Lim (DAP) 4,903 51.82% Chia Kim Lem (MCA) 4,559 48.18% 9,848 344 76.05%
2008 Ng Suee Lim (DAP) 5,403 50.89% Puah Boon Choon (MCA) 5,213 49.11% 11,021 190 81.20%
2013 Ng Suee Lim (DAP) 8,107 58.01% Kek Seng Hooi (MCA) 5,868 41.99% 14,274 2,239 88.10%
2018 Ng Suee Lim (DAP) 7,863 51.62% Lee Yee Yuan (MCA) 5,019 32.95% 15,475 2,844 85.50%
Mohd Fadzin Taslimin (PAS) 2,351 15.43%
2023 Ng Suee Lim (DAP) 10,232 62.22% Goh Gaik Meng (BERSATU) 6,214 37.78% 16,628 4,018 69.47%
  1. ^ "Calon PRN Ng Suee Lim". pru.sinarharian.com.my.
  2. ^ "Pakatan Harapan GE14 Candidate". calon.ubah.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 2018-12-20.
  3. ^ "Ng Suee Lim sworn in as Selangor state Speaker". www.thestar.com.my. 26 Jun 2018.
  4. ^ "Selangor MB, exco members to be sworn in on Monday". www.nst.com.my.
  5. ^ "Selangor MB announces 10 exco portfolios, takes on five". www.nst.com.my.
  6. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  7. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  8. ^ "The Queen heads honours list". www.thestar.com.my. 11 Disember 2023.