Pergi ke kandungan

Muammar Gaddafi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muammar al-Gaddafi
مُعَمَّر القَذَّافِي
Gaddafi pada tahun 1972
Ketua Negara Libya
Dalam jawatan
1 September 1969 – 20 September 2011
Presiden
Perdana Menteri
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Setiausaha Agung Kongres Rakyat Libya
Dalam jawatan
2 Mac 1977 – 2 Mac 1979
Perdana MenteriAbdul Ati al-Obeidi
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehAbdul Ati al-Obeidi
Perdana Menteri Libya ke-13
Dalam jawatan
16 Januari 1970 – 16 Julai 1972
Didahului olehMahmud Sulayman al-Maghribi
Digantikan olehAbdessalam Jalloud
Pengerusi Majlis Perintah Revolusi Libya
Dalam jawatan
1 September 1969 – 2 Mac 1977
Perdana MenteriMahmud Sulayman al-Maghribi
Abdessalam Jalloud
Abdul Ati al-Obeidi
Didahului olehIdris I dari Libya*
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Pengerusi Kesatuan Afrika
Dalam jawatan
2 Februari 2009 – 31 Januari 2010
Didahului olehJakaya Kikwete
Digantikan olehBingu wa Mutharika
Maklumat peribadi
Lahir(1942-06-07)7 Jun 1942
Libya Sirte, Libya
Meninggal dunia20 Oktober 2011(2011-10-20) (umur 69)
Sirte, Libya
PasanganFatiha al-Nuri (Cerai)
Safia Farkash (1970–kini)
TandatanganTandatangan

Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi (7 Jun 1942- 20 Oktober 2011) lebih dikenali sebagai Muammar Gaddafi ialah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tidak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[1]. Tempoh pemerintahan yang hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[2]

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[3][4][5] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[6] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[7][8]

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri. Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya di Sirte dan berjaya ditembak mati.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun, Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi Berber, Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, beliau telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Rampasan kuasa tentera

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Sosialisme Islam dan Pan-Arab

[sunting | sunting sumber]

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau dituangkan ke dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan al-Kitāb al-Akhḍar'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Meskipun begitu, dalam praktik pemerintahan, sistem politik yang dilaksanakan beliau tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.

Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi cedera parah di sebuah terowong di bawah lebuh raya di kampung halamannya Sirte, Libya. Sirte terletak kira-kira 360 km di timur Tripoli.

Konvoi beliau dihujani bom dari jet pejuang NATO. Pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan NTC kemudian telah mengheret beliau dan menembak mati. Ketika ditangkap, beliau masih bernafas dan kedua-dua kakinya cedera.

Tentera NATO terutama Perancis telah membantu penduduk tempatan memb ru dan mengusirera Gaddafi. Selama beberapa bulan, tentera NATO mengebom di merata-raya tempat yang disyakki mejadi kubu persembunyian Gaddafi , ank-anak dan penyokongnya.

Mustafa Abdel-Jalil selaku Perdana Menteri Interim mengesahkan kematian Gaddafi.

Beliau (Gaddafi) adalah pemerintah pertama yang dibunuh dalam siri kebangkitan Arab di Timur Tengah. Video klip yang disiarkan oleh Al Jazeera jelas menunjukkan wajah Gaddafi yang cedera. Gambar kamera telefon bimbit menunjukkan mukanya berdarah-darah. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut mengesahkan kematian Gaddafi. Namun keamanan di Libya masih jauh di hadapan.

Komander NTC, Abdul Hakim al-Jalil menyatakan bahawa jurucakap Kolonel Gaddafi, Moussa Ibrahim telah ditawan dan Ketua Tentera Libya, Abu Bakar Younus Jabr, telah dibunuh. Anak sulungnya Saif al-Islam berjaya ditangkap tetapi laporan lain menyatakan Saif telah dibunuh.

  1. ^ Kira Salak. "National Geographic article about Libya". National Geographic Adventure.
  2. ^ Charles Féraud, "Annales Tripolitaines", versi Arab "Al Hawliyat Al Libiya", terjemahan Mohammed Abdel Karim El Wafi, Dar el Ferjani, Tripoli, Libya, jil. 3, m/s. 797.
  3. ^ Protesters deserve to die, Gaddafi says Gulf News
  4. ^ "Gaddafi defiant as state teeters – Africa". Al Jazeera English. 23 Februari 2011. Dicapai pada 30 Februari 2011. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ "Middle East and North Africa unrest". BBC News. 24 Februari 2011. Dicapai pada 30 Februari 2011. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  6. ^ ICC requests Gaddafi arrest warrant Xinhua
  7. ^ War crimes court issues Gaddafi arrest warrant The Guardian
  8. ^ "Libya: ICC issues arrest warrant for Muammar Gaddafi". BBC News.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

{{Military navigation |raw_name = Cold War figures |title = Tokoh Perang Dingin |style = wide |state = collapsed |below = Garis masa peristiwa · Portal · Kategori

|group1 = Amerika Syarikat |list1 = Harry S. Truman · George Marshall (Setiausaha Negara) · Joseph McCarthy (Senator Republikan) · Dwight D. Eisenhower · John F. Kennedy · Robert F. Kennedy · Lyndon B. Johnson · Richard Nixon · Henry Kissinger (Setiausaha Negara) · Gerald Ford · Jimmy Carter · Ronald Reagan · George H. W. Bush 

|group2 = Kesatuan Soviet |list2 = Joseph Stalin · Nikita Khrushchev · Leonid Brezhnev · Yuri Andropov · Konstantin Chernenko · Mikhail Gorbachev · Boris Yeltsin · Andrei Gromyko (Menteri Luar Negeri) · Anatoly Dobrynin (Duta kepada A.S.)

|group3 = United Kingdom |list3 = Winston Churchill · Clement Attlee · Ernest Bevin (Menteri Luar Negeri) · Harold Macmillan · Harold Wilson · Margaret Thatcher

|group4 = Jerman Barat |list4 = Konrad Adenauer · Walter Hallstein · Willy Brandt · Helmut Schmidt · Helmut Kohl

|group5 = Republik Rakyat China |list5 = Mao Zedong · Zhou Enlai (Premier) · Hua Guofeng  · Deng Xiaoping · Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)

|group6 = Perancis |list6 = Charles de Gaulle · Alain Poher · Georges Pompidou · Valéry Giscard d'Estaing · François Mitterrand

|group7 = Itali |list7 = Alcide De Gasperi · Palmiro Togliatti · Giulio Andreotti · Aldo Moro · Enrico Berlinguer · Francesco Cossiga · Bettino Craxi

|group8 = Republik Rakyat Poland |list8 = Bolesław Bierut · Władysław Gomułka · Edward Gierek · Wojciech Jaruzelski · Paus Ioannes Paulus II · Lech Wałęsa

|group9 = Eropah Timur |list9 = Enver Hoxha (Albania) · Josip Broz Tito (Yugoslavia) · Imre Nagy (Hungary) · Nicolae Ceaușescu (Romania) · Alexander Dubček (Czechoslovakia) · Walter Ulbricht  · Erich Honecker (Jerman Timur)

|group10 = Timur Jauh |list10 = Chiang Kai-shek · Chiang Ching-kuo (Republik China/Taiwan) · Syngman Rhee · Park Chung-hee (Korea Selatan) · Kim Il-sung (Korea Utara) · Hồ Chí Minh (Vietnam Utara) · Ngô Đình Diệm (Vietnam Selatan) · Pol Pot (Kemboja) · U Nu · Ne Win (Burma) · Indira Gandhi · Jawaharlal Nehru (India) · Sukarno · Suharto · Mohammad Hatta · Adam Malik (Indonesia) · Nur Misuari · Jose Maria Sison · Ferdinand Marcos · Imelda Marcos (Filipina)

|group11 = Kanada |list11 = William Lyon Mackenzie King · Louis St. Laurent  · John Diefenbaker  · Lester Pearson  · Pierre Trudeau  · Joe Clark  · John Turner  · Brian Mulroney  · Kim Campbell 

|group12 = Amerika Latin |list12 = Fulgencio Batista · Fidel Castro  · Raúl Castro (Cuba) · Che Guevara (Argentina/Cuba) · Daniel Ortega (Nicaragua) · Salvador Allende · Augusto Pinochet (Chile) · João Goulart (Brazil)

|group13 = Timur Tengah |list13 = Mohammad Reza Pahlavi · Ayatollah Khomeini (Iran) · Saddam Hussein (Iraq) · Gamal Abdel Nasser · Anwar El Sadat (Mesir) · Muammar al-Gaddafi (Libya) · Menachem Begin (Israel)

|group14 = Afrika |list14 = Patrice Lumumba · Mobutu Sese Seko (Congo/Zaire) · Kwame Nkrumah (Ghana) · Idi Amin (Uganda) · Agostinho Neto · José Eduardo dos Santos · Jonas Savimbi (Angola) · Mengistu Haile Mariam (Ethiopia)

|group15 = Malaysia |list15 = Tunku Abdul Rahman · Mahathir Mohamad </noinclude>