Pergi ke kandungan

Mohd Imran Tamrin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Imran Tamrin
DIMP (Pahang)
محمد عمران تمرين
Pegawai Penyelaras DUN Sungai Panjang
Menyandang jawatan
2024
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Sungai Panjang
Dalam jawatan
2018–2023
Didahului oleh Budiman Mohd Zohdi[1]
Digantikan oleh Mohd Razali Saari
Majoriti2,084 (PRU-14)
Maklumat peribadi
Lahir (1986-11-01) 1 November 1986 (umur 39)
Pekan Sungai Nibong, Selangor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Nor Syuhada Aini Mohd Sukri
PendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-Undang (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)[2]
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanpeguam

Yang Berbahagia Dato' Mohd Imran Tamrin (lahir 1 November 1986) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Sungai Panjang selama sepenggal (2018-2023). Beliau kini berkhidmat sebagai Pegawai Penyelaras DUN Sungai Panjang.

Mohd Imran yang gemar bersukan dan membaca, pernah bekerja sebagai Eksekutif Bahagian Penajaan Pendidikan Petrolium Nasional Berhad (Petronas) selama lima tahun kemudian dilantik Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia (Perhubungan Perusahaan) di Petronas selama setahun.

Kini, beliau meneruskan kerjayanya sebagai seorang peguam berkaliber di Tetuan Zabir Imran & Partners sejak 2017.

Semasa menuntut di universiti, Mohd Imran aktif dalam kepimpinan pelajar termasuk kepimpinan persatuan dan kelab. Sehingga kini beliau aktif dalam kepimpinan masyarakat, belia dan badan bukan berkanun (NGO) serta politik.

Pernah menyertai Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dalam perkhidmatan aktif sebagai Inspektor (2014-2016) di IPK Selangor dan IPD Sabak Bernam.

Penglibatannya dalam bidang politik, beliau memegang jawatan ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor dan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Beliau juga pernah menyertai Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dalam perkhidmatan aktif sebagai Inspektor (2014-2016) di IPK Selangor dan IPD Sabak Bernam.

Penglibatan beliau dalam NGO termasuk khidmat masyarakat, Mohd Imran merupakan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Malaysia dan Ahli Majlis Pengakap Negara Malaysia.

Meskipun pertama kali dicalonkan di DUN Sungai Panjang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, beliau terus membawa kemenangan buat BN selepas berjaya menewaskan Mariam Abdul Rashid daripada Pakatan Harapan dengan mendapat 10,530 undiaan manakala penentang memperoleh 8,446 undian. Kemenangan itu dengan majoriti undi sebanyak 2,084.

  • Pegawai Penyelaras DUN (ADUN) Sungai Panjang
  • Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia (Perhubungan Perusahaan) di Petronas (2015-2016)
  • Eksekutif Bahagian Penajaan Pendidikan di Petronas (2011-2015)
  • Peguambela serta penguamcara di Tetuan Zabir Imran & Partners

Jawatan  dalam parti

[sunting | sunting sumber]
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela

[sunting | sunting sumber]
  • Presiden Majlis Belia Negeri Selangor.
  • Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Malaysia.
  • Ahli Majlis Pengakap Negara Malaysia.
  • Ahli Council of Expert (COE) - Government Industry TVET Coordination Body (GITC).
  • Penyelaras Sekretariat Majlis TVET Negara Zon Tengah (WP Kuala Lumpur, Selangor & Perak)
  • Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM)

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM (2010)
  • Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya (Matrikulasi Undang-Undang 2004-2006)
  • Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Selangor (SMA 2002/SPM 2003)
  • SK Sungai Nibong, Selangor (1998)

Imran Tamrin bertanding buat kali pertama[3] sewaktu pilihan raya umum ke-14 dan telah memenangi kerusi DUN Sungai Panjang menggantikan Budiman Mohd Zohdi.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Sungai Panjang Mohd Imran Tamrin BN (UMNO) 13,401 Mohd Razali Saari PN (PAS) 16,977 3,576
2018 Mohd Imran Tamrin BN (UMNO) 10,530 Mariam Abdul Rashid PH (AMANAH) 8,446 2,084
Mohd Razali Saari PAS 6,999

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]