Pergi ke kandungan

Apis (dewa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lembu Apis)
Apis
Nama dalam hieroglif
V28Aa5
Q3
E1
atau
G39
atau
Aa5
Q3
G43
atau
Aa5
Q3
Pusat kultus utamaMemphis
SimbolLembu jantan
Ibu bapaHathor

Dalam agama Mesir purba, Apis atau Hapis,[a] ejaan alternatif Hapi-ankh, merupakan lembu jantan suci atau beberapa ekor lembu suci[1] yang dipuja di wilayah Memphis, dianggap sebagai anak Hathor, seorang dewa penting antara para dewa Mesir purba. Pada mulanya, ia ada peranan penting dalam pemujaannya, dikorbankan dan dilahirkan semula. Kemudiannya, Apis juga menjadi perantara antara manusia dan dewa-dewa lain yang lebih berkuasa (asalnya Ptah,[1] kemudian Osiris, kemudian Atum).

Lembu Apis merupakan haiwan suci yang penting bagi orang Mesir purba. Seperti haiwan suci lain, Apis bertambah penting saban abad. Semasa Mesir dijajah, pengarang Yunani dan Rom mempunyai banyak perkara untuk dikatakan tentang Apis, tanda-tanda yang mana anak lembu hitam itu boleh dikenal pasti, cara ia disenyawakan oleh sinar dari syurga, rumahnya di Memphis (dengan halaman untuk tempat ia ditempatkan), cara meramal berdasarkan tindakannya, kematiannya, perkabungan akan kematiannya, pengebumiannya yang mahal, dan keraian di seluruh negara apabila Apis baru ditemui. Penggalian oleh Auguste Mariette di Serapeum Saqqara mendedahkan makam-makam dengan lebih daripada enam puluh ekor haiwan, dari zaman Amenhotep III hingga akhir Dinasti Ptolemaik. Pada asalnya, setiap haiwan dikebumikan dalam makam berasingan dengan bandarsah dibina di atasnya. Dari zaman Ramesses II dan selepasnya, lembu-lembu dikebumikan dalam galeri bawah tanah yang saling bersambung.[2][3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mesir Purba: ḥjpw, rekonstruksi sebagai Mesir Lama */ˈħujp?w/ dengan vokal akhir tidak diketahui >[penjelasan diperlukan] Mesir Pertengahan-Akhir ˈħeʔp(?w), Qibti: ϩⲁⲡⲉ ḥapə
  1. ^ a b Ceram, C. W. (1967). Gods, Graves, and Scholars: The Story of Archaeology. Diterjemahkan oleh Garside, E. B.; Wilkins, Sophie (ed. 2nd). New York: Alfred A. Knopf. m/s. 130–131.
  2. ^  Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamGriffith, Francis Llewellyn (1911). "Apis". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 2 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 168.
  3. ^ "Serapeum Saqqara- Projek Madain (en)". madainproject.com. Dicapai pada 2022-11-22.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • J.-F. Brunet, The XXIInd and XXVth Dynasties Apis Burial Conundrum, in: Journal of the Ancient Chronology Forum 10 (2005), 26-34.
  • M. Ibrahim, en D. Rohl, Apis and the Serapeum, in: Journal of the Ancient Chronology Forum 2 (JACF 1988) 6-26.
  • Mark Smith, Following Osiris: Perspectives on the Osirian Afterlife from Four Millennia. Oxford University Press, 2017.
  • Ad Thijs, The Ramesside Section of the Serapeum, SAK 47, 2018.
  • Dorothy J. Thompson, Memphis Under the Ptolemies, Second Edition. Princeton, 2012.
  • Jacques Vandier, Memphis et le taureau Apis dans le papyrus Jumilhac (in French), in: Jean Sainte Faire Garnot (ed), Mélanges Mariette. Cairo, 1961.
  • Jean Vercoutter, The Napatan Kings and Apis Worship, in: KUSH 8 (1960), 62-76.
  • R. L. Vos, The Apis Embalming Ritual: P. Vindob. 3873. Leuven, 1992.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]