Lembah Beringin
Lembah Beringin | |
|---|---|
![]() Interactive map of Lembah Beringin | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Hulu Selangor |
| Mukim | Sungai Gumut Kerling (Beringin HTA Valley, Jalan Chamar) Kuala Kalumpang (Jalan Kenari 2) |
| Kerajaan | |
| • Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Summer (DST) | Tidak dipakai |
| Poskod | 44000, 44100 |
Lembah Beringin ialah bandar di daerah Hulu Selangor di bahagian utara Selangor, Malaysia. Pada tahun 2003, Land & General Bhd telah memulakan semula projek perumahan dan pembangunan di Lembah Beringin, yang terhenti pada 1997 kerana terjadinya krisis kewangan Asia pada ketika itu.[1] Bandar ini juga mendapat gelaran "bandar hantu", akibat terdapat banglo mewah di kawasan perumahan ini, yang terbiar sejak 2009.[2] Tetapi terdapat projek automotif yang akan dibangunkan di sini iaitu Beringin High-Tech Auto Valley oleh Lagenda Beringin Holding dan Chery Corporate Malaysia. Lihat bahagian Projek.
Beringin High-Tech Auto Valley
[sunting | sunting sumber]Lembah Beringin akan berkembang pesat dengan hadirnya Beringin High-Tech Auto Valley dan dijangka siap pada Disember 2026. Lihat Bahagian Projek.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Terletak kira-kira 74 km dari Kuala Lumpur dan 15 km dari Kuala Kubu Bharu, dengan melalui Jalan Kuala Kerling
B57 .
Kawasan ini boleh juga dicapai dengan menggunakan EXIT 120 di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara.[3] Ia terletak 15 kilometer (9.3 bt) arah selatan dari Tanjung Malim dan 57 kilometer (35.4 bt) arah utara dari Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1997.[4] Persimpangan ini dibuka pada 16 Disember 1997 kepada trafik dan terletak diantara Persimpangan Bukit Beruntung EXIT 119 dan Tanjung Malim EXIT 121.[5]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Kawasan ini berdekatan dengan Serendah.[6]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin
- Kolej Yayasan UEM
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Susur masuk ke persimpangan Lembah Beringin.
-
Papan tanda persimpangan Lembah Beringin.
-
Persimpangan Lembah Beringin (2km).
Projek
[sunting | sunting sumber]Lagenda Beringin Holding Sdn Bhd dan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd menandatangani perjanjian untuk membangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar Chery (Chery Smart Auto Industrial Park) di Automotif Berteknologi Tinggi Lembah Beringin (Lembah Beringin HTA Valley),Hulu Selangor.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata taman perindustrian itu yang dijangka siap pada 2026,merupakan teras fasa pertama pembangunan ekosistem Beringin HTA Valley seluas 324 hektar (800 ekar),yang menjadikan Hulu Selangor sebagai kawasan automotif bertaraf dunia dan berteknologi canggih.
Beliau berkata Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 billion.
Sumber: www
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pulih Lembah Beringin". Berita Harian. New Straits Times Press. 20 Januari 2003.
- ^ Md Fuzi Abd Lateh (30 November 2009). "Banglo Lembah Beringin 'sepi'". Berita Harian. New Straits Times Press.
- ^ Administrator. "Toll Abbreviation". PLUS Malaysia Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-11-23.
- ^ "RM26m interchange opens today". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. 15 Disember 1997.
- ^ "Simpang bertingkat dibuka untuk pengguna". Berita Harian. New Straits Times Press. 16 Disember 1997.
- ^ Mimi Syed Yusof (23 Jun 1994). "Township of the future". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press.
