Pergi ke kandungan

Lebuhraya Shah Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya E5 shield
Lebuhraya E5
Lebuhraya Shah Alam
Shah Alam Expressway
Lebuhraya KESAS
莎阿南大道
Map
E5 (KESAS) Persimpangan Pandamaran (Exit 502) 1.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn. Bhd.
Panjang57.5 km (35.7 bt)
Wujud1994–kini
SejarahSiap pada November 1996; 29 tahun yang lalu (1996-11)[1]
Simpang utama
Hujung barat LP 181 Lebuhraya Pulau Indah di Pandamaran, Selangor
Persimpangan utama LP 5 Lebuh Klang–Banting
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
Lebuhraya Kemuning–Shah Alam
LP 3214 Lebuh Shah Alam–Puchong
Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah
Lebuhraya Damansara–Puchong
Lebuhraya Maju
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban
Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Klang
Hujung timur LP 28 Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur di Sri Petaling, Kuala Lumpur
Lokasi
NegaraMalaysia
Destinasi
utama
Klang, Kota Kemuning, Shah Alam, Subang Jaya, USJ, Puchong, Bandar Kinrara, Awan Kecil, Awan Besar, Bukit Jalil, Kompleks Sukan Negara, Sri Petaling
Sistem lebuh raya

Lebuhraya Shah Alam (KESAS), E5 adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Pandamaran, Klang dengan Sri Petaling, Kuala Lumpur. Dibina bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam adalah lebuh raya timur-barat ketiga di dalam kawasan Lembah Klang selepas Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Lebuh raya 34.5 km (21.4 bt) ini dilengkapi dengan lorong motosikal untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal.

Semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, lebuh raya ini merupakan laluan utama ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kadar tol

[sunting | sunting sumber]

(Bermula Januari 2007; disemak Januari 2013)[2]

Kelas Jenis kenderaan Kadar (RM)
0 Motosikal, basikal atau kenderaan dengan 2 roda atau kurang Percuma
1 Kenderaan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi RM2.00
2 Kenderaan dengan 2 gandar dan 5 atau 6 roda kecuali bas RM3.00
3 Kenderaan dengan 3 gandar atau lebih RM4.00
4 Teksi RM1.00
5 Bas RM1.50
  1. ^ "Rancangan Malaysia KE-8" [8th Malaysia Plan] (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-11-09.
  2. ^ "Helping the people". New Straits Times. 15 Januari 2013. Dicapai pada 16 Januari 2013.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]