Pergi ke kandungan

Komodor Udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Laut Tentera Darat Tentera Udara
Pegawai bertauliah
Admiral of
the Fleet
Field marshal atau
General of the army
Marshal of
the air force
Admiral General Air chief marshal
Vice admiral Lieutenant general Air marshal
Rear admiral Major general Air vice marshal
Commodore Brigadier atau
brigadier general
Air commodore
Captain Colonel Group captain
Commander Lieutenant colonel Wing commander
Lieutenant
commander
Major atau
commandant
Squadron leader
Lieutenant Captain Flight lieutenant
Lieutenant
junior grade
atau
sub lieutenant
Lieutenant atau
first lieutenant
Flying officer
Ensign atau
midshipman
Second lieutenant Pilot officer
Officer cadet Officer cadet Flight cadet
Lain-lain pangkat
Warrant officer atau
chief petty officer
Warrant officer atau
sergeant major
Warrant officer
Petty officer Sergeant Flight sergeant
Leading seaman Corporal atau
bombardier
Corporal
Seaman Private atau
gunner atau
trooper
Aircraftman atau
airman
Talk·View
Komodor Udara
Air Commodore

Panji pemerintah Komodor Udara RAF Lencana bahu dan jalur lengan Komodor Udara RAF Plat bintang Komodor Udara RAF
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai Udara
Singkatan Air Cdre/AIRCDRE
Diperkenalkan 1 Ogos 1919
Pangkat Satu bintang
Kod
NATO
OF-6
Pangkat tinggi seterusnya

Marsyal Madya Udara

Pangkat rendah seterusnya

Grup Kapten

Persamaan pangkat tentera laut Komodor (RN)
Persamaan pangkat tentera darat/marin Brigedier (TD/RM)

Komodor Udara (Air Commodore) ialah pangkat satu bintang dan pegawai udara paling junior yang berasal daripada Tentera Udara Diraja.[1] Pangkat tersebut juga telah digunakan oleh banyak tentera udara negara-negara yang mempunyai pengaruh sejarah British seperti Bangladesh dan ia kadangkala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris. Nama pangkat tersebut selalunya di baca penuh dan tidak pernah diringkaskan kepada Komodor, yang merupakan pangkat dalam pelbagai angkatan laut.

Komodor Udara ialah pangkat satu bintang dan pangkat pegawai udara paling junior, berada lebih tinggi daripada Grup Kapten dan lebih rendah daripada Marsyal Madya Udara. Ia mempunyai kod pangkat OF-6 NATO dan setaraf dengan Komodor dalam Tentera Laut Diraja atau Brigedier dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Tidak seperti kedua-dua pangkat ini, ia sentiasa menjadi pangkat substantif. Selain itu, Komodor Udara sentiasa dianggap sebagai pegawai udara manakala Komodor Tentera Laut Diraja tidak diklasifikasikan sebagai pegawai berbendera semenjak Perang Napoleon, dan Brigedier Tentera Darat British pula tidak dianggap sebagai pegawai jeneral semenjak tahun 1922 setelah mereka menghentikan gelaran Brigedier Jeneral. Didalam angkatan bersenjata NATO yang lain, seperti Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Kanada, pangkat satu bintang yang setara ialah Brigedier Jeneral.

Pangkat setaraf dalam Tentera Udara Bantuan Wanita, Tentera Udara Diraja Wanita (hingga tahun 1968) dan Princess Mary's Royal Air Force Nursing Service (hingga tahun 1980) ialah "komandan udara".

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 December 2007. Dicapai pada 1 December 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)


Templat:UK officer ranks

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]