Pergi ke kandungan

Khairuddin A Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khairuddin A Rahim
Ahli Dewan Negeri
Ketua PKR cabang Batu Pahat
Dalam jawatan
2022–2025
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Senggarang
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Didahului oleh A. Aziz Ismail
Digantikan oleh Mohd Yusla Ismail
Maklumat peribadi
Lahir (1959-04-23) 23 April 1959 (umur 66)
Batu Pahat, Johor
Parti politik (-2015)
(2015-2021)
(2021-kini)
PasanganNoraini Aman
PekerjaanAhli politik

Khairuddin A Rahim (lahir 23 April 1959) merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Senggarang, Johor dari 2018 hingga 2022. Beliau juga merupakan setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor. Beliau pernah bertanding semasa Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13 di kawasan Parlimen Parit Sulong atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tetapi telah ditewaskan.[1] Selepas itu, beliau telah menyertai parti AMANAH dan berjaya menewaskan calon-calon dari Barisan Nasional dan PAS di DUN Senggarang dengan majoriti yang kecil iaitu 809[2].

Beliau pernah memintah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Negeri Johor kerana dipercayai berlaku penyelewengan.[3] Khairuddin juga mengemukakan usul tergempar untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Ne­geri Johor mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup.[4]

Pada 2021, beliau bersama dengan 3 orang ADUN AMANAH Johor yang lain telah meninggalkan AMANAH dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, beliau dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kawasan DUN Rengit.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 Parit Sulong Khairuddin A. Rahim PAS 18,505 Noraini Ahmad BN (UMNO) 30,258 11,573

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Rengit Khairuddin A Rahim PH (PKR) 2,065 Mohd Puad Zarkashi BN (UMNO) 7,903 1,920
Mohamad Huzair Lajis PN (BERSATU) 5,983
Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir PEJUANG 206
2018 Senggarang Khairuddin A Rahim PH (AMANAH) 10,568 Zaidi Japar BN (UMNO) 9,759 809
Mohd Ramli Md Kari PAS 2,699
1999 Semerah Khairuddin A. Rahim PAS 8,048 Tan Teck Poh @ Tan Ah Too BN (MCA) 14,241 6,193

Pemilihan PKR 2022 & 2025

[sunting | sunting sumber]

Pada Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2022 beliau menang jawatan Ketua Cabang Batu Pahat sehingga penggal tamat pada tahun 2025.

Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2025 pula menyaksikan kekalahan beliau mengekalkan jawatan Ketua Cabang Batu Pahat apabila tewas kepada Onn Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat.

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-29. Dicapai pada 2018-12-09.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-12-09.
  3. ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/507129/exco-jawab-dakwaan-seleweng-tabung-amanah
  4. ^ http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/pulau-kukup-kekal-taman-negara-johor-1.800594