Pergi ke kandungan

Kaunti Waterford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kaunti Waterford
Contae Phort Láirge
Coat of arms of Kaunti Waterford
Nickname: 
The Déise
Motto(s): 
Déisi oc Declán co Bráth  (Ireland Lama)
"Moga Déise kekal Declan selamanya"
Location of Kaunti Waterford
NegaraIreland
ProvinsiMunster
KawasanSelatan
Ditubuhkan1207[1]
Pekan kauntiWaterford
Government
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya dan Kaunti Waterford
 • Kawasan pilihan raya DáilWaterford
 • Kawasan pilihan raya EropahSelatan
Area
 • Total
1,858 km2 (717 batu persegi)
 • PangkatKe-20
Highest elevation792 m (2,598 ft)
Penduduk
 • Total
127,363
 • PangkatKe-20
 • Density69/km2 (180/batu persegi)
Time zoneUTC±0 (WET)
 • Summer (DST)UTC+1 (IST)
Eircode routing keys
E32, E91, X35, X42, X91 (primarily)
Telephone area codes051, 058 (primarily)
Vehicle index
mark code
W (since 2014)
WD (1987–2013)
WebsiteTapak sesawang rasmi Sunting ini di Wikidata
Map

Kaunti Waterford (Ireland: Contae Phort Láirge) ialah sebuah kaunti di Ireland. Ia berada di dalam provinsi Munster dan sebahagian daripada Kawasan Selatan. Ia dinamakan bersempena nama bandar Waterford. Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford ialah pihak berkuasa tempatan bagi kaunti ini. Penduduk kaunti ini secara kasar, termasuk di bandar, ialah 127,363 orang mengikut bancian 2022. Kaunti ini berasaskan wilayah bersejarah Gael, Déise. Di sana terdapat sebuah kawasan bertuturan Ireland, Gaeltacht na nDéise, di barat daya kaunti ini.[4]

Setakat 1 Jun 2014, Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford ialah pihak berkuasa tempatan bagi kawasan Kaunti dan Bandar Waterford. Pihak berkuasa ini dibentuk berikutan penggabungan kaunti Waterford dan bandar Waterford di bawah Akta Pembaharuan Kerajaan Tempatan 2014, dan menggantikan fungsi Majlis Bandar Waterford dan Majlis Kaunti Waterford. Pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan tempatan seperti pembersihan, perancangan dan pembangunan hartanah, perpustakaan, pengumpulan cukai kenderaan, jalan tempatan dan perumahan rakyat.

Bagi pilihan raya untuk Dáil Éireann (Dewan Perwakilan), kaunti ini diwakili kawasan pilihan raya 4 kerusi di Waterford. Bagi pilihan raya Parlimen Eropah, bandar dan kaunti ini ialah sebahagian daripada kawasan pilihan raya 5 kerusi Selatan.

  1. ^ "A Short History of County Waterford" (PDF). waterfordcoco.ie. Waterford County Council. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 18 November 2017. Dicapai pada 7 August 2021.
  2. ^ "County Profiles – Waterford" (PDF). Teagasc. Dicapai pada 24 November 2023.
  3. ^ "Interactive Data Visualisations: Local Authorities (County Councils): WATERFORD CITY AND COUNTY COUNCIL". Census 2022. Central Statistics Office. Dicapai pada 26 September 2023.
  4. ^ "Archived copy". Central Statistics Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2020. Dicapai pada 17 January 2022.CS1 maint: archived copy as title (link)