Pergi ke kandungan

Johor Bahru Sentral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Johor Bahru Sentral
Logo KTM ETS Logo KTM Intercity (Antarabandar)
Stesen kereta api ekspres dan antarabandar
JB Sentral exterior
Station concourseplatform transfer hall
bus terminal platformLink bridge entrance to bus terminal
Dari atas, kiri ke kanan:
Pemandangan JB Sentral dari timur laut berlatarbelakangkan Kompleks CIQ Sultan Iskandar dan Pusat Bandar JB, konkos stesen, dewan pertukaran platform kereta api, terminal bas, dan pintu masuk jejambat ke terminal bas
Nama lainJawi: جوهر بهرو سينترل
Cina: 新山中环
Tamil: ஜொகூர் பாரு சென்ட்ரல்
LokasiStesen Keretapi Johor Bahru Sentral, Jalan Tun Abdul Razak, Bukit Chagar, 80000 Johor Bahru
Johor
Malaysia
Dimiliki olehPerbadanan Aset Keretapi
Dikendalikan olehKeretapi Tanah Melayu
Platform6; 3 platform pulau
Trek6
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Sejarah
Dibuka21 Oktober 2010; 15 tahun yang lalu (2010-10-21)
Dielektrikkan12 Disember 2025; 5 bulan yang lalu (2025-12-12)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (Antarabandar) Stesen seterusnya
Kempas Baru
menghala ke Tumpat
Ekspres Rakyat Timuran Terminal
Terminal Shuttle Tebrau Woodlands
Terminal
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Kempas Baru KL Sentral–JB Sentral (Platinum) Terminal
Kempas Baru
menghala ke Padang Besar
Padang Besar–JB Sentral (Gold)
Padang Besar–JB Sentral (Platinum)
Kempas Baru
menghala ke Butterworth
Butterworth–JB Sentral (Platinum)
Lokasi
Map

Johor Bahru Sentral ataupun secara ringkasnya JB Sentral merupakan stesen sentral ibu kota kedua di Malaysia dan stesen kereta api utama yang terletak di bandar raya Johor Bahru, Johor. Stesen ini juga merupakan stesen kereta api paling selatan di Malaysia. Ia dibuka pada tahun 2010 bagi menggantikan Stesen Keretapi Johor Bahru yang lama (kini Muzium KTM), terletak 200 meter selatan dari stesen ini. Stesen ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar pada tahun 2010.

JB Sentral juga merupakan hab pengangkutan utama bagi sekitar metropolitan Johor Bahru, memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar bandar Kota Tinggi (40 km ke pusat bandar) dan sekitar bandar Pontian Kechil (45 km ke pusat bandar).

Stesen bas di JB Sentral.

Stesen kereta api JB Sentral merupakan stesen kereta api utama di negeri Johor yang serupa dengan KL Sentral di Kuala Lumpur yang mana mempunyai keluasan sebanyak 79,000 meter persegi. Hab ini mempunyai sebuah stesen kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad, dibuka pada 21 Oktober 2010) serta terminal bas dan teksi.

JB Sentral juga sebahagian daripada Gerbang Selatan Bersepadu yang terletak di antara Jalan Tun Abdul Razak dengan Jalan Jim Quee. Ianya dihubungkan dengan pusat membeli belah Johor Bahru City Square melalui jejantas yang disediakan.