Pergi ke kandungan

Jenny Choy Tsi Jen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jenny Choy Tsi Jen
崔慈恩
Timbalan Speaker
Dewan Undangan Negeri Perak
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
RajaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Menteri BesarSaarani Mohamad
SpeakerMohamad Zahir Abdul Khalid
Didahului olehKhalil Yahaya
Kawasan pilihan rayaCanning
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Canning
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehWong Kah Woh
(PRDAP)
Majoriti18,292 (2018)
20,734 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Jenny Choy Tsi Jen

(1988-01-01) 1 Januari 1988 (umur 38)
Malaysia Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
(sejak 2008)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
Tempat belajarUniversiti Sunway
PekerjaanAhli politik
Jenny Choy Tsi Jen
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional崔慈恩
Tulisan Cina Ringkas崔慈恩

Jenny Choy Tsi Jen (Cina ringkas: 崔慈恩Cina tradisional: 崔慈恩pinyin: Cuī Cí'ēnPe̍h-ōe-jī: Chhui Chû-un; lahir 1 Januari 1988) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak sejak Disember 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Canning sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR).

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan seorang jurutera perisian dan pernah bekerja di Malay-Sino Chemical Industries Sdn. Bhd dari tahun 2010 hingga 2011 serta di Kuala Kepong Berhad dari tahun 2011 hingga 2018. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Sistem Maklumat Perniagaan (Sains Komputer) dari Universiti Sunway dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Selain itu, beliau juga memiliki Diploma Lanjutan Antarabangsa dalam Pengajian Komputer daripada NCC.[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2008 dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Wong Kah Woh.[2] Beliau juga merupakan Naib Ketua Kebangsaan DAP Socialist Youth (DAPSY) dari tahun 2018 hingga 2021.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Perak[3][4]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2018 N25 Canning Jenny Choy Tsi Jen (DAP) 21,268 86.44% Liew Kar Tuan (GERAKAN) 2,976 12.10% 24,603 18,292 76.37%
2022 Jenny Choy Tsi Jen (DAP) 22,527 87.10% Woo Kok Toong (MCA) 1,793 6.93% 25,862 20,734 63.05%
Pang Boon Yang (GERAKAN) 1,542 5.96%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Jenny Choy Tsi Jen". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-04-28.
  2. ^ LOH, IVAN. "First-timer ready for challenge". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-28.
  3. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
  4. ^ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.