Huang Tiong Sii
Huang Tiong Sii | |
|---|---|
| 范长锡 | |
| Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia | |
| Menyandang jawatan 17 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Sarikei, Sarawak | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 3,697 (PRU-15) |
| Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia | |
| Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 16 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh |
|
| Digantikan oleh | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Repok | |
| Menyandang jawatan 7 Mei 2016 | |
| Didahului oleh | Wong Hua Seh |
| Majoriti | 943 (PRN-11) 7,308 (PRN-12) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Huang Tiong Sii |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | Datin Sri Law Yu Hui |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Ahli Perniagaan |
YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii (Cina: 范长锡; pinyin: Fàn Chángxī) ialah seorang ahli politik berketurunan Cina dan ahli perniagaan Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi sejak 2025 dan Ahli Parlimen Sarikei sejak November 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) bagi Repok sejak Mei 2016. Beliau merupakan Ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) iaitu salah satu parti komponen di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Nik Nazmi Nik Ahmad pada Disember 2023 hingga 2025. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam pentadbiran Pakatan Harapan di bawah Perdana Menteri Anwar dan Menteri Nik Nazmi dari Disember 2022 hingga Disember 2023.
Beliau ialah seorang ahli, Naib Presiden, dan Ketua Bahagian Sarikei bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan dahulunya dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Sebelum pelantikan beliau sebagai timbalan menteri, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah syarikat pembalakan MM Golden (M) Sdn. Bhd.
Keputusan Pilihanraya
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | % | Pencabar | Undi | % | Kertas undi | Majoriti | % Keluar Mengundi |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | P208 Sarikei | Huang Tiong Sii (SUPP–GPS) | 20,080 | 55.07% | Roderick Wong Siew Lead (DAP–PH) | 16,383 | 44.93% | 37,025 | 3,697 | 67.30% |
| 2018 | P208 Sarikei | Huang Tiong Sii (SUPP–GPS) | 13,757 | 45.14% | Wong Ling Biu (DAP–PH) | 16,327 | 53.57% | 30,895 | –2,570 | 78.09% |
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | % | Pencabar | Undi | % | Kertas undi | Majoriti | % Keluar Mengundi |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2021 | N45 Repok | Huang Tiong Sii (SUPP–GPS) | 10,038 | 73.15% | Philip Wong Pak Ming (DAP–PH) | 2,730 | 19.90% | 13,722 | 7,308 | 58.29% |
| 2016 | N45 Repok | Huang Tiong Sii (SUPP–GPS) | 7,446 | 51.96% | Yong Siew Wei (DAP–PH) | 6,503 | 45.38% | 14,330 | 943 | 71.57% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Sarawak :
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) - Datuk (2024)
Penerima Pingat Emas Jubli Intan Kemerdekaan Sarawak (2023)
Pahang:
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2011)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2006)
Malaysia :
Penerima Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 (2024)
