Pergi ke kandungan

Gan Peck Cheng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gan Peck Cheng
颜碧贞
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Johor
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
RajaSultan Ibrahim Ismail
Menteri BesarOsman Sapian
(2018–2019)
Sahruddin Jamal
(2019–2020)
Hasni Mohammad
(2020–2022)
Yang di-PertuaSuhaizan Kayat
Didahului olehBaderi Dasuki
Digantikan olehSamsolbari Jamali
Kawasan pilihan rayaPenggaram
Ketua Pembangkang Johor
Dalam jawatan
12 Oktober 2015 – 28 Jun 2018
RajaSultan Ibrahim Ismail
Menteri BesarMohamed Khaled Nordin
Didahului olehBoo Cheng Hau
Digantikan olehHasni Mohammad
Kawasan pilihan rayaPenggaram
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Penggaram
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehKoh Chee Chai
(BNMCA)
Majoriti10,051 (2013)
17,205 (2018)
9,956 (2022)
Naib Pengerusi
Parti Tindakan Demokratik Negeri Johor
Menyandang jawatan
6 Oktober 2024
Berkhidmat with Sheikh Umar Bagharib Ali
Setiausaha AgungAnthony Loke Siew Fook
Pengerusi NegeriTeo Nie Ching
Didahului olehRamakrishnan Suppiah
Maklumat peribadi
Lahir
Gan Peck Cheng

(1966-11-21) 21 November 1966 (umur 59)
MalaysiaJohor Kampung Minyak Beku, Batu Pahat, Johor, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Gagasan Rakyat (GR)
(1990–1996)
Barisan Alternatif (BA)
(1999–2004)
Pakatan Rakyat (PR)
(2008-2015)
Pakatan Harapan (PH)
(since 2015)
Ibu bapa颜亚良 (bapa)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanGuru tadika
Laman webFacebook

Puan Gan Peck Cheng (Cina ringkas: 颜碧贞Cina tradisional: 顏碧貞pinyin: Yán BìzhēnPe̍h-ōe-jī: Gân Phek-cheng, lahir 21 November 1966) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan guru tadika yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) bagi Penggaram sejak Mei 2013. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor dari Jun 2018 hingga Januari 2022 serta Ketua Pembangkang Negeri Johor dari Oktober 2015 hingga Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), Barisan Alternatif (BA) dan Gagasan Rakyat (GR).

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Cina Batu Pahat.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Sebelum berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau bekerja sebagai seorang guru tadika.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Gan bertanding kerusi Parlimen Pontian serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram dalam pilihan raya umum dan negeri Johor 1990. Beliau sekali lagi bertanding hanya untuk kerusi Penggaram dalam pilihan raya negeri Johor 1995, 1999, 2004 dan 2008 namun mengalami kekalahan dalam semua percubaan tersebut. Dalam pilihan raya umum 2013, beliau akhirnya memecahkan rentetan lima kekalahan dan menamatkan penantian selama 23 tahun untuk dipilih sebagai ADUN. Beliau memperoleh kemenangan yang sekian lama dinantikan itu di kerusi Penggaram dengan menewaskan lawannya King Ban Siang daripada MCA mewakili BN dengan majoriti 10,051 undi.[1]

Pada tahun 2014, Gan muncul sebagai penerima undi tertinggi dalam pemilihan jawatankuasa negeri DAP Johor dengan 271 undi.[2] Gan, bekas setiausaha negeri DAP, dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor yang baharu pada 27 Oktober 2015 menggantikan Boo Cheng Hau yang telah meletakkan jawatan.[3][4]

Dalam pilihan raya negeri Johor 2018, beliau mempertahankan kerusi Penggaram untuk penggal kedua dengan majoriti undi yang lebih besar dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua wanita pertama dalam sejarah Dewan Undangan Negeri Johor selepas kerajaan negeri diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Osman Sapian.[5] Pada Februari 2020, pentadbiran negeri PH tumbang dan digantikan oleh pentadbiran negeri BN yang baharu dipimpin oleh Menteri Besar Hasni Mohammad, menyebabkan PH kembali menjadi pembangkang selepas hanya 22 bulan mentadbir. Walau bagaimanapun, sebagai ADUN pembangkang, beliau tidak digugurkan daripada jawatan Timbalan Yang di-Pertua dan dikekalkan oleh pentadbiran baharu bersama Yang di-Pertua Suhaizan Kayat yang juga dari pembangkang. Keadaan ini menjadi antara kes yang sangat jarang berlaku di Malaysia, di mana kedua-dua Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua berasal daripada blok pembangkang.

Dalam pilihan raya negeri Johor 2022, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi Penggaram dan dipilih semula untuk penggal ketiga dengan menewaskan semua lawannya, namun dengan majoriti yang jauh lebih kecil iaitu hanya 9,952 undi berbanding kemenangan terdahulu pada 2018. Selepas BN kembali membentuk kerajaan negeri, beliau dan Suhaizan tidak lagi dilantik semula sebagai Speaker dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[6]
Tahun Kawasan Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Jumlah undi Majoriti Keluar
1990 P133 Pontian Gan Peck Cheng (DAP) 14,978 38.07% Ong Ka Ting (MCA) 24,362 61.93% 41,637 9,384 75.06%
Dewan Undangan Negeri Johor[1][6][7][8][9][10]
Tahun Kawasan Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Jumlah undi Majoriti Keluar
1995 N23 Penggaram Gan Peck Cheng (DAP) 6,137 21.99% Chua Soi Lek (MCA) 20,174 72.30% 27,905 14,037 73.97%
1999 Gan Peck Cheng (DAP) 7,349 24.87% Chua Soi Lek (MCA) 20,809 70.41% 29,552 13,460 74.95%
2004 Gan Peck Cheng (DAP) 6,247 25.40% Koh Chee Chai (MCA) 16,845 68.51% 24,598 10,598 74.68%
2008 Gan Peck Cheng (DAP) 12,186 46.42% Koh Chee Chai (MCA) 12,761 48.61% 26,252 575 76.05%
2013 Gan Peck Cheng (DAP) 24,277 61.60% King Ban Siang (MCA) 14,226 36.10% 39,408 10,051 87.30%
2018 Gan Peck Cheng (DAP) 26,825 63.79% Kang Beng Kuan (MCA) 9,620 22.88% 42,050 17,205 84.52%
Misran Samian (PAS) 5,185 12.33%
2022 Gan Peck Cheng (DAP) 18,208 53.67% Ter Hwa Kwong (MCA) 8,252 24.32% 33,926 9,956 48.19%
Ronald Sia Wee Yet (BERSATU) 5,276 15.55%
Zahari Osman (BEBAS) 2,190 6.46%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada Pilihan raya 2004.
  2. ^ Mohd Farhaan Shah (12 Januari 2014). "Johor DAP polls: Gan Peck Cheng comes out tops - Nation". www.thestar.com.my. The Star. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  3. ^ BORHAN AHMAD (28 Oktober 2015). "DAP pilih Gan Peck Cheng ketua pembangkang Johor yang baru" (dalam bahasa Malay). Malaysia Dateline. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2016. Dicapai pada 18 Mei 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Adun Penggaram dilantik Ketua Pembangkang DUN Johor" (dalam bahasa Malay). Roketkini. 27 Oktober 2015. Dicapai pada 18 Mei 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Low Sock Ken (28 Jun 2018). "Johor state assembly appoints first female deputy speaker". The Sun Daily. Dicapai pada 1 September 2018.
  6. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010.CS1 maint: unrecognized language (link) Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi, termasuk undi untuk pihak ketiga. Keputusan sebelum pilihan raya 1986 tidak tersedia.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM PARLIMEN NEGERI BAGI TAHUN 2013" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2017. Dicapai pada 16 Mei 2016.CS1 maint: unrecognized language (link) Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi, termasuk undi untuk pihak ketiga.
  8. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  9. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  10. ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.