Chan Chun Kuang
Chan Chun Kuang | |
|---|---|
| 陈俊广 | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Semambu | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | Lee Chean Chung (PH–PKR) |
| Majoriti | 1,804 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1992 (umur 33–34) |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Tempat belajar | Universiti Utara Malaysia (UUM) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Chan Chun Kuang merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi Semambu sejak November 2022.[1] Beliau merupakan ahli, Naib Pengerusi Negeri dan Ketua Pemuda Negeri Pahang bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).[2][3]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pada Pilihan raya negeri Pahang 2022, Chan Chun Kuang membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Semambu. Beliau menentang Zulfadli Zakariah dari Perikatan Nasional (PN), Mohd Khairul Hisham Omar dari Barisan Nasional (BN), dan Rashidah Abdul Rahman dari BERJASA. Chan memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 18,902 undi dan majoriti 1,804 undi.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N13 Semambu | Chan Chun Kuang (PKR) | 18,902 | 40.01% | Zulfadli Zakariah (PAS) | 17,098 | 36.19% | 47,723 | 1,804 | 78.01% | ||
| Mohd Khairul Hisham Omar (UMNO) | 10,422 | 22.06% | ||||||||||
| Rashidah Abdul Rahman (BERJASA) | 820 | 1.74% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "YB Tuan Chan Chun Kuang". keadilanrakyat.org.
- ^ "Majlis Pimpinan Negeri Pahang". keadilanrakyat.org.
- ^ "Chan Chun Kuang". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "The Star Online GE15 Pahang". The Star. Dicapai pada 10 Julai 2022. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.