Pergi ke kandungan

Carnivora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Carnivora
Julat zaman: 40–0 Ma
Akhir Eosen hingga Kini
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Carnivora

Bowdich, 1821
Famili

Carnivora (daripada Latin: carō (kata dasar carn-) "daging", + vorāre "melahap") merangkumi lebih 260 spesies mamalia plasenta. Spesies-spesies yang menganggotai order ini secara tepatnya dipanggil karnivora, manakala istilah "karnivor" atau "maging" sebenarnya memaksudkan mana-mana haiwan pemakan daging, termasuk bukan mamalia. Karnivora ialah order yang saiznya paling berbagai, dari jelu terkecil (Mustela nivalis) yang sekecil 25 gram (0.88 oz) dan 11 sentimeter (4.3 in), beruang kutub (Ursus maritimus) yang seberat 1,000 kilogram (2,200 lb), hinggalah anjing laut gajah selatan (Mirounga leonina) yang jantan dewasanya mencapai berat 5,000 kilogram (11,000 lb) dan panjang 6.9 meter (23 ka).

Hampir semua karnivora menjadikan daging sebagai makanan utama. Sesetengah keluarga seperti kucing, anjing dan jelu hanya makan daging, manakala keluarga lain seperti rakun dan beruang cenderung kepada omnivor, bergantung pada persekitaran habitat. Panda gergasi hampir herbivor sepenuhnya tetapi sekali-sekala ia turut memakan ikan, telur dan serangga, jauh berlawanan dengan beruang kutub yang hanya memakan daging kerana habitatnya ketandusan tumbuh-tumbuhan. Karnivora memiliki gigi, cakar, dan penglihatan dwimata yang sesuai untuk menangkap dan memangsa haiwan lain. Sebilangan besar spesies karnivor memburu secara berkumpulan agar mudah mengatasi mangsa yang lebih besar.

Karnivora dipercayai mula berevolusi daripada keluarga Miacidae di Amerika Utara kira-kira 42 juta tahun dahulu, kemudian berpecah menjadi dua kelompok iaitu seakan kucing (Feliformia) dan seakan anjing (Caniformia).

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]
Jelu terkecil, karnivora terkecil
Anjing laut gajah selatan, karnivora terbesar
Beruang perang, karnivora daratan terbesar selepas beruang kutub
Kucing dan anjing, karnivora jinak.

Salasilah filogenetik

[sunting | sunting sumber]
   Carnivora   
Feliformia

Nimravidae

Stenoplesictidae

Percrocutidae

Nandiniidae

Prionodontidae

Barbourofelidae

Felidae

Viverridae

Hyaenidae

Herpestidae

Eupleridae

   Caniformia   

Amphicyonidae

Canidae

   Arctoidea   
   

Hemicyonidae

Ursidae

Pinnipedia

Enaliarctidae

   

Phocidae

   

Otariidae

Odobenidae

   Musteloidea   
   

Ailuridae

   

Mephitidae

   

Procyonidae

Mustelidae

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]