Bendera Qatar
Penampilan
| Kegunaan | Bendera kebangsaan dan bendera kapal kebangsaan |
|---|---|
| Nisbah | 11:28 |
| Diterima pakai | 9 Julai 1971 |
| Rekaan | Bendera berwarna putih (kiri) dan ungu (tengah dan kanan) yang dipisahkan oleh garis bergerigi bermata sembilan. |
Bendera Qatar memiliki nisbah yang unik iaitu 11:28. Bendera dua warna ini berwarna ungu dan putih di bahagian tiang, yang dipisahkan oleh garisan bergerigi (dengan sembilan mata). Warna putih melambangkan perdamaian manakala warna ungu pula melambangkan darah yang tumpah semenjak abad ke-19 dan sembilan mata bergerigi melambangkan Qatar sebagai anggota kesembilan yang menandatangani perjanjian damai dengan British pada awal abad ke-20 . Bentuk bendera ini serupa dengan bendera Bahrain.