Pergi ke kandungan

Awang Adek Hussin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Dato' Seri Dr.
Awang Adek Hussin
Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia[1]
Dalam jawatan
8 Jun 2020 – 7 Jun 2025
Menteri Noraini Ahmad (2020-2022)
Mohamed Khaled Nordin (2022-2023)
Zambry Abdul Kadir (2023-kini)
Timbalan Menteri Kewangan
Dalam jawatan
2009–2013
Berkhidmat with Chor Chee Heung (2009-2010)
Donald Lim Siang Chai (2010-2013)
Menteri Najib Razak
Ahmad Husni Hanadzlah
Didahului oleh Ahmad Husni Hanadzlah
Kong Cho Ha
Digantikan oleh Ahmad Maslan
Dalam jawatan
2004–2008
Berkhidmat with Ng Yen Yen
Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Nor Mohamed Yakcop
Didahului oleh Tengku Putera Tengku Awang
Digantikan oleh Ahmad Husni Hanadzlah
Ko Chong Ha
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
Dalam jawatan
2004–2006
Berkhidmat with Tekhee @ Tiki Anak Lafe
Menteri Abdul Aziz Shamsuddin
Didahului oleh Palanivel Govindasamy
Digantikan oleh Zainal Abidin Osman
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Bachok
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Wan Nik Wan Yusoff
Digantikan oleh Nasharudin Mat Isa
Majoriti1,567 (PRU-11)
Maklumat peribadi
Lahir (1955-05-18) 18 Mei 1955 (umur 70)
Bachok, Kelantan, Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Bidang pengkhususanAhli Akademik & Ahli Ekonomi

Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin (lahir 18 Mei 1955) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Bachok, Kelantan, latar belakang pendidikan Awang Adek bermula di Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok Kelantan sebelum ke peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat dan bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah di Wharton School, University of Pennsylvania Philadelphia.

Awang Adek mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan korporat termasuk sebagai Penolong Gabenor Bank Negara dari 1996 sehingga 2001.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan sebagai Ketua Pengarah yang pertama selama dua tahun bermula pada tahun 1996.

Awang Adek mula bergiat serius dalam politik apabila dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok pada tahun 2001.

Selain itu beliau turut diberi amanah memegang jawatan Bendahari UMNO Kelantan sejak tahun 2003. Pada tahun 2003 juga beliau dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO bahagian Bachok dan menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan peringkat bahagian tahun ini.

Pada pilihan raya umum 2004 Awang Adek telah diberi kepercayaan bertanding kerusi Parlimen Bachok dan berjaya menewaskan Wan Nik Wan Yusoff (Pas) dengan majoriti 6,272 undi.

Manakala pada pilihanraya umum tahun 2008, beliau bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan DUN. Namun beliau kalah di kedua-dua kerusi terbabit.

Beliau berkahwin dengan Datin Latifah Mohd Yusof dan dikurniakan lima orang anak iaitu Abdul Aziz, Norjasara, Ahmad Azran, Nur Ain dan Nur Nadira.

Isu kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Lesen judi Piala Dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mei 2010, Awang Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan mungkin mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Tujuannya bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan.Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.[2]

Sumbangan masuk akaun peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Disember 2011, Datuk Dr Awang Adek menjelaskan bahawa isu rasuah yang dibangkitkan oleh blog bernama 'Thewhistleblower711' pada 27 November 2011.Satu kontrak Jabatan Kerja Raya didakwa diberikan kepada satu syarikat milik seorang pemimpin bahagian Umno Johor. Kontrak itu menyediakan perkhidmatan kepada Bangunan Sultan Iskandar(Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin -CIQ). RM100,000 telah dibayar kepada akaun peribadi Awang secara berperingkat-peringkat untuk kontrak yang diluluskan pada November 2010 . Wang tunai itu dimasukksn ke akaun peribadi di sebuah bank di Bachok,Kelantan. Akaun bank peribadi itu dibuka pada 2004. Sumbangan dari syarikat dan individu itu dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah. Beliau mengakui tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak di Johor itu kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri. [3][4]

Election results

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Kelantan[5][6]
Thn Kawasan pilihan raya Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Undi dibuang Majoriti Keluar
2008 N21 Perupok Awang Adek Hussin (UMNO) 8,235 46.42% Omar Mohammed (PAS) 9,505 53.58% 18,024 1,270 85.76%
Parlimen Malaysia[5][6][7][8][9][10][11]
Thn Kawasan pilihan raya Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Undi dibuang Majoriti Keluar
2004 P025 Bachok Awang Adek Hussin (UMNO) 23,341 51.74% Wan Nik Wan Yusoff (PAS) 21,774 48.26% 46,335 1,567 83.76%
2008 Awang Adek Hussin (UMNO) 25,934 47.35% Nasharudin Mat Isa (PAS) 28,835 52.65% 55,724 2,901 85.98%
2013 Awang Adek Hussin (UMNO) 35,218 49.86% Ahmad Marzuk Shaary (PAS) 35,419 50.14% 71,792 201 88.02%
2018 Awang Adek Hussin (UMNO) 32,896 44.48% Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS) 36,188 48.93% 75,945 3,292 82.01%
Mohd Zulkifli Zakaria (PPBM) 4,880 6.60%
  • Malaysia
    • Johan Setia Mahkota (JSM) (1999)
  • Kelantan
    • Dato' Paduka Mahkota Kelantan (DPMK) – Dato' (2006)
    • Dato' Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) – Dato' (2003)[12]
  • Malacca
    • Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) – Datuk Wira (2007)[13]
    • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (1999)
  • Pahang
    • Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) – formerly Dato', now Dato' Indera (2003)[14]
  • Perlis
    • Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) – Dato' Seri (2022)[15]
  • Pulau Pinang
  1. ^ https://www.eng.usm.my/index.php/en/berita2/news/876-dato-seri-dr-awang-adek-hussin-dilantik-semula-pengerusi-lgu-usm
  2. ^ "Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-07. Dicapai pada 2010-05-06.
  3. ^ Timbalan menteri nafi dakwaan rasuah
  4. ^ Awang Adek akui terima deposit, tapi...
  5. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2017. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
  10. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  11. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "Kelantan Sultan's honours list". The Star. 31 March 2003. Dicapai pada 24 September 2018.
  13. ^ "Najib heads Malacca awards". The Star. 13 October 2007. Dicapai pada 24 September 2018.
  14. ^ "Pahang royalty heads state honours list". www.thestar.com.my. The Star (Malaysia). 25 October 2003.
  15. ^ "Awang Adek Ketuai Senarai 325 Penerima Darjah Pingat Kebesaran Perlis". www.bharian.com.my. 17 May 2022.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]