Pergi ke kandungan

Anjing teman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Pomerania bermula sebagai dua jenis: anjing besar jenis kereta luncur salji dan anjing mainan Melita. Anjing kereta luncur salji dibiakbakakan secara bersilang dengan yang lebih kecil untuk menjadi anjing teman kecil seperti sekarang.

Anjing teman, anjing peneman, atau anjing pendamping ialah anjing yang bukan terutamanya anjing pekerja tetapi haiwan peliharaan. Fungsi utama anjing teman bukan untuk melaksanakan pekerjaan berguna tetapi untuk memberikan pendampingan kepada manusia. Anjing teman juga dapat dipanggil haiwan sokongan emosi dan digunakan untuk membantu orang kurang upaya kesihatan mental mengatasi gejala. Kebanyakan anjing dapat menjadi pendamping, termasuk banyak baka anjing pekerja seperti anjing pengutip, yang dinikmati terutamanya kerana sifat ramah sebagai haiwan peliharaan. Kebanyakan baka anjing mainan digunakan hanya untuk kenikmatan daripada pendampingannya, bukan sebagai pekerja. American Kennel Club juga menawarkan gelaran anjing teman untuk pertandingan kepatuhan anjing berhakim.

Wanita istana bermain dengan anjing kecil, Rupawan Memakai Bunga karya pelukis dinasti Tang, Zhou Fang

Kumpulan baka berhujah bahawa mana-mana anjing dalam jenis kumpulan pekerja secara semula jadinya merupakan anjing "pekerja", sementara yang lain berhujah bahawa hanya anjing dengan pekerjaan aktif, sama ada di bidang berkaitan dengan baka (seperti ujian air untuk anjing pengutip atau ujian penggembalaan untuk anjing gembala) atau di bidang tidak spesifik baka yang memerlukan latihan dan disiplin, seperti menjadi anjing pembantu atau menyertai ketangkasan anjing, dapat dianggap sebagai anjing pekerja.

Anjing yang telah dipilih untuk trait yang menjadikannya haiwan peliharaan mudah pada umumnya ialah baka lebih kecil dan tradisi pembelaan anjing cantik tanpa tujuan selain menjadi hiasan istana berakar kembali beribu-ribu tahun kepada golongan bangsawan Cina. Anjing Peking dan pug kedua-duanya merupakan contoh anjing yang dipilih kerana kebolehan untuk menjadi haiwan peliharaan. Dalam kes anjing Peking, sebabnya ialah pembawaan mirip singa; untuk pug, sebabnya ialah kedutan "bertuah" dan wajah mirip monyet.

Anjing lain yang kelihatannya merupakan semata-mata baka anjing hiasan atau hiburan pada asalnya juga mempunyai pekerjaan selain tugas pendampingan utama, seperti pekerjaan Lhasa apso sebagai anjing pengawas atau kebolehan luar biasa penangkapan tikus pada terier Yorkshire.

Gelaran kepatuhan pertandingan

[sunting | sunting sumber]

Anjing Teman ("CD", iaitu singkatan bagi Companion Dog, yang ditambahkan pada nama berdaftar anjing) secara rasminya merupakan "Gelaran Kepatuhan Pemula" di Gelanggang Kepatuhan Pertandingan AKC, iaitu bilamana sesebuah pasukan memasuki "gelanggang" dengan 200 mata dan perlu keluar dengan sekurang-kurangnya 170 mata untuk "layak". Ini memerlukan tiga "pusingan" (percubaan) di bawah tiga orang hakim AKC berlainan. Mana-mana anjing dapat memperoleh gelaran CD. Tahap untuk kepatuhan ialah Companion Dog (CD), Companion Dog Excellent (CDX), Utility Dog (UD), Utility Dog Excellent (UDX), Obedience Trial Champion (OTCH), dan National Obedience Champion (NOC). Anjing peliharaan tidak dianggap sebagai "Anjing Teman" tanpa memasuki gelanggang pertandingan dan mencipta jejak dokumen. Ujian kepatuhan berlesen AKC pertama diadakan pada tahun 1936, yang dalamnya 200 ekor anjing dimasukkan.[1]

Anjing teman dan anjing mainan

[sunting | sunting sumber]

Anjing mainan dan anjing teman mempunyai pertindihan besar. Walau bagaimanapun, anjing teman tidak terbatas mengikut saiz sementara semua anjing mainan adalah kecil.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "What is AKC Obedience?" [Apakah Kepatuhan AKC?] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2010. Dicapai pada 28 Januari 2026.