Pergi ke kandungan

Onuris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Anhur)
Onuris
Onuris was depicted wearing a headdress of two or four tall feathers.[1]
Nama dalam hieroglif
W25
N35
D2
D21
X1
N31G7

atau
W25N31
N1
G7
Pusat kultus utamaThinis
Simbolbulu burung unta, singa, lembing
Maklumat peribadi
Ibu bapaRa
Adik-beradikTefnut, Shu, Bastet
PasanganMehit
Kesetaraan
Kesetaraan YunaniAres

Dalam mitologi Mesir purba, Onuris (juga dipanggil Onouris, Anhur, Anhuret, Han-Her, Inhert) ialah dewa perang yang disembah di kawasan Mesir Abydos, dan khususnya di Thinis. Mitos memberitahu bahawa dia telah membawa isterinya, Mehit, yang mempunyai peranan yang sama dengannya, dari Nubia, dan namanya mencerminkan ini—ia bermaksud '(yang) membawa kembali yang jauh'.[2]

Salah satu gelarannya ialah pembunuh musuh-musuh. Onuris digambarkan sebagai lelaki berjanggut yang memakai jubah dan hiasan kepala dengan empat bulu pelepah, memegang lembing atau tombak, atau kadang-kadang sebagai dewa berkepala singa (mewakili kekuatan dan kuasa). Dalam beberapa penggambaran, jubah itu lebih mirip dengan kilt.[3]

Dewa perang

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan dia dewa perang, dia merupakan penaung tentera Mesir purba, dan personifikasi pahlawan-pahlawan diraja. Pada perayaan-perayaan untuknya, pertempuran olok-olok diadakan. Semasa Zaman Rom Maharaja Tiberius digambarkan pada dinding kuil-kuil Mesir memakai mahkota berbulu empat yang khas milik Onuris.

Orang Yunani menyamakan Onuris dengan dewa perang mereka, Ares. Dalam legenda dewa-dewa Olympus melarikan diri daripada Typhon dan berubah bentuk menjadi haiwan di Mesir, Ares dikatakan menjadi ikan bernama Lepidotus atau Onuris.[4]

Pembawa langit

[sunting | sunting sumber]

Nama Onuris juga boleh bermaksud 'pembawa langit' dan, disebabkan sama hiasan kepala, Onuris kemudiannya disamakan dengan Shu, menjadi Onuris-Shu. Dia anak Ra dan saudara Tefnut jika dianggap sebagai Shu.

Kahin-kahin tinggi Onuris

[sunting | sunting sumber]
[sunting | sunting sumber]

Onuris ialah watak boleh main dalam permainan arena pertarungan dalam talian berbilang pemain, SMITE. Onuris seorang Pemburu yang menggunakan lembing dan bergelar Pembunuh Musuh-Musuh[8] dan ditunjukkan dalam bentuk singa (antropomorfik) berjanggut, jubah, dan mahkota yang ada empat bulu pelepah besar.

Onuris ialah dewa kekacauan dalam permainan komputer NetHack/Slash'EM.

Onuris mempunyai peranan kecil dalam novel fantasi 2012 The Serpent's Shadow sebagai dewa yang dianggap mati dan dihidupkan semula untuk memusnahkan Dewa Camuk, Apophis.

Onuris salah satu daripada 20 bos yang dilawan dalam permainan video Boss Rush: Mythology.

Kugiran death metal Amerika Nile menghasilkan dua lagu tentang Onuris dalam album mereka 2000 Black Seeds of Vengeance, bertajuk "Masturbating the War God" dan "Libation Unto the Shades Who Lurk In the Shadows of the Temple of Anhur".

  1. ^ Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. p. 118
  2. ^ The Way to Eternity: Egyptian Myth, F. Fleming & A. Lothian, p. 56
  3. ^ Turner and Coulter, Dictionary of ancient deities, 2001
  4. ^ Antoninus Liberalis, Metamorphoses 28 (trans. Celoria) (penulis mitos Greek abad ke-2 M)
  5. ^ Topographical Bibliography Vol. VIII, diambil dari laman web Griffith Institute Mei 2010
  6. ^ a b c d Kitchen, K.A., Ramesside Inscriptions, Translated & Annotated, Translations, Volume III, Blackwell Publishers, 1996
  7. ^ a b c Porter and Moss Topographical Bibliography; Volume V Upper Egypt Griffith Institute
  8. ^ "Anhur - Wiki Rasmi SMITE". www.smitewiki.com. Dicapai pada 23 Jun 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]