Pergi ke kandungan

Ahmad Razali Mohd Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Razali Mohamed Ali
PSM (Malaysia); SPMS (Selangor); SIMP (Pahang);
DPMJ (Johor); DPMS (Selangor); JMN (Malaysia);
SMS (Selangor); AMN (Malaysia)
Menteri Besar Selangor
Dalam jawatan
4 Mei 1982 – 13 Ogos 1986
Didahului olehHormat Rafei
Digantikan olehMuhammad Haji Muhd Taib
Maklumat peribadi
Lahir(1928-12-10)10 Disember 1928
Klang, Selangor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia16 Mei 2001(2001-05-16) (umur 72)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganZabidah Abdul Kadir
Wan Mah Rejab
Pertalian
Anak8

Tan Sri Dato' Seri Ahmad Razali bin Mohamed Ali (10 Disember 1928 – 16 Mei 2001) merupakan Menteri Besar Selangor kesepuluh dari 4 Mei 1982 hingga 13 Ogos 1986. Beliau bertanding atas tiket Parti UMNO, sebuah parti komponen utama dalam Barisan Nasional.

Adiknya Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh. Abangnya Ismail Mohamed Ali adalah bekas Gabenor Bank Negara manakala seorang adik Mohamed Hashim bin Mohd Ali - bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan juga mempunyai seorang lagi adik, iaitu Jaafar Mohd Ali juga orang penting di Malaysia dan seorang lagi kakak Saleha Mohd Ali.[1]

Isterinya dua orang iaitu Zaleha Abd. Kadir dan Wan Mah Rejab dan mereka mempunyai 8 anak. Salah seorang anaknya ialah Ahmad Razlan.[perlu rujukan]

Ahmad Razali menyertai UMNO sejak 1946 ketika berusia 18 tahun. Beliau pernah menjadi Penghulu Mukim Hulu Klang/Ampang (1951-1964). Pada Pilihan raya kecil DUN Kampung Baru 1967, beliau menang atas tiket parti Perikatan. Mahathir memberi kepercayaan kepada abang iparnya itu untuk menjadi Menteri Besar Selangor (1982-1986).[2] Sebenarnya Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam UMNO Selangor, tetapi diberi jawatan tinggi oleh Mahathir.[perlu rujukan] Lantas beliau hanya memerintah Selangor cuma sepenggal sahaja.

Dalam suatu mesyuarat UMNO di Dewan Kampung Pandan, berlaku beberapa kekecohan dan kerusi telah dibaling kepadanya.[3]

Antara jasanya ialah menyediakan tempat tinggal kepada 300 keluarga Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sewaktu beliau memegang jawatan Setiausaha UMNO Selangor. Beliau menyatupadukan masyarakat berbilang kaum selepas Peristiwa 13 Mei sewaktu menjadi Exco Kerajaan negeri Selangor ketika itu. Pada 12 Mei 1969, sekumpulan belia Kampung Baru berjumpa dengan Exco Ahmad Razali Ali agar bertindak terhadap perarakan kemenangan pasti pembangkang iaitu (Parti Gerakan dan Parti Buruh).[perlu rujukan]

Pada 1982, beliau turut menjadi Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pada November 1976, pengurus bank menulis surat kepada UMNO Selangor (Ahmad Razali) supaya mengembalikan wang pinjaman berjumlah RM 82,500.[4]

Selepas bersara sebagai Menteri Besar, Ahmad Razali menjadi pengerusi kepada beberapa buah syarikat termasuk Lembaga Tabung Haji. Beliau juga ahli Lembaga Disiplin UMNO.[perlu rujukan]

Menteri Besar Selangor (1982-1986)

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Hormat Rafei. Ahmad Razali menyandang jawatan itu dari 3 Mei 1982 hingga 14 Ogos 1986 atas tiket Barisan Nasional untuk parti (UMNO). Selepas sepenggal menjadi Menteri Besar, beliau diganti oleh Muhammad Haji Muhd Taib.

Pada 28 Januari 1983, ketika beliau dan Presiden MIC Samy Vellu merasmikan Pesta Thaipusam di Batu Caves, Selangor, pentas berucap telah roboh. Seramai 34 orang cedera termasuk Ahmad Razali - di tangan kiri. Samy Vellu juga cedera di lengan. Esoknya berlaku lagi kemalangan apabila Rengasamy (80 tahun ) cedera dan meninggal dunia.[5]

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 2001, Ahmad Razali meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 72 tahun. Jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Tun Abdul Razak di Ampang, Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Turut hadir ziarah ialah Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah Mohd Ali. Lain-lain ialah Pemangku Raja Selangor, Tengku Idris Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Abdul Ghafar Baba. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno (2001), Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail turut hadir.

Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2001, Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga. Hormat Rafei juga meninggal dunia pada 30 Mei 2001.[6]

Kenang jasa

[sunting | sunting sumber]

Bagi mengenang jasanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali, Ampang Jaya dinamakan sempenan nama beliau. Taman Dato' Ahmad Razali di Ampang juga mengambil namanya. Kampung Dato Ahmad Razali di Dengkil juga dinamakan bersempena nama beliau.

Pengarah filem Shuhaimi Baba, mengarahkan filem terbarunya, Tanda Putera yang turut memaparkan peranan Ahmad Razali Mohamed Ali. Pelakon Razali Hussain membawa watak Ahmad Razali.

  1. ^ 'Korupsi kepresidenan: reproduksi oligarki berkaki tiga : istana, tangsi, dan ...' oleh George Junus Aditjondro, hlm 14
  2. ^ Who's who in Malaysia and guide to Singapore' oleh John Victor Morais, hlm 20
  3. ^ "Umno Selangor umpama 'bangkai bernyawa'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-26. Dicapai pada 2011-11-12.
  4. ^ Malaysia in the dangerous 80s', Lim Kit Siang, hlm 267
  5. ^ New Straits Times Press , 11 December 1999
  6. ^ Ahmad Razali meninggal dunia selepas diserang sakit jantung[pautan mati kekal]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Selangor
19821986
Penyandang Kemudian
Hormat Rafei Muhammad Haji Muhd Taib