Pergi ke kandungan

Ahmad Fadhli Shaari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Fadhli Shaari
JMK; AP
Ahmad Fadhli pada 2022
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pasir Mas, Kelantan
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehdirinya sendiri
Majoriti30,717 (PRU-15)
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Digantikan olehdirinya sendiri
Majoriti13,075 (PRU-14)
Ketua Penerangan PAS
Menyandang jawatan
22 Oktober 2023
Didahului olehKhairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda Perikatan Nasional
Dalam jawatan
27 Januari 2022 – 19 Januari 2024
Didahului olehKhairil Nizam Khirudin
Digantikan olehAfnan Hamimi Taib Azamudden
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
1 November 2021 – 19 Oktober 2023
Didahului olehKhairil Nizam Khirudin
Digantikan olehAfnan Hamimi Taib Azamudden
Pengerusi Lembaga Pengarah
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Dalam jawatan
10 April 2020 – 2021
Didahului olehK Saraswathy
Digantikan olehAwang Hashim
Maklumat peribadi
Lahir (1980-07-18) 18 Julai 1980 (umur 45)
Pasir Mas, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganNor Yani Mohd Salleh
Anak5 orang
Tempat belajarUniversiti Al-Azhar

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari (lahir 18 Julai 1980) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Ahmad Fadhli dilahirkan pada 18 Julai 1980 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong pada 1992-1999, beliau kemudiannya mendapat Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu pada tahun 2000 sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri selama tiga tahun (2000-2003). Selepas mendapat Diploma Dakwah Wal Qiada di kolej ini, beliau melanjutkan pengajian di Kuliyyah Dakwah Islamiah, Universiti al-Azhar (2003-2004). Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) UNITAR pada tahun 2021. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Nor Yani Mohd Salleh dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Kerusi Yang Ditandingi oleh Ahmad Fadhli Shaari
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Majoriti
2018 Parlimen Pasir Mas[1] Ahmad Fadhli Shaari (PAS) 28,080 Nor Azmawi Ab Rahman (BN-UMNO) 15,005 13,075
Che Ujang Che Daud (PH - PKR) 5,093
Dato' Dr. Ibrahim Ali (Bebas) 5,373
  • Kelantan :
    • Setia Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (J.M.K.) - (2025)