Ada satu jenis sindrom di kalangan masyarakat kita, iaitu menyalahkan orang lain atas kesilapan, kesalahan dan kegagalan diri sendiri. Penyakit ini biasa kita jumpa di mana-mana, di rumah, sekolah, universiti, kolej, pejabat, politik malah media sosial sekali pun. Setiap kali salah, sudahlah tidak mahu meminta maaf, salahkan pula orang lain atas kebodohan diri sendiri.
Bila kau buat salah, lalu kau salahkan ibu bapa, salahkan jiran, salahkan kawan, salahkan anak buah, salahkan admin page lain, salahkan follower, salahkan netizen, salahkan kaum lain, salahkan penganut agama lain, salahkan batu, salahkan pokok, salahkan haiwan, salahkan semua benda kecuali diri kau sendiri sebab kau rasa kau sentiasa betul dan tak pernah salah.