Online users

Follower

Showing posts with label spring. Show all posts
Showing posts with label spring. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Tulips at Botanical Garden


Al kisah hari Isnin. Lepas kerja Wan message ajak pergi Botanical Garden.Tengok tulip.Sekarang dah masuk spring, makanya banyaklah bunga yang tengah blossom sekarang ni. Fikir dah alang alang kat town, aku on je la.Naik cable car dari town terus sampai botanical garden. Tahun ni tulip tak banyak macam tahun lepas. Kembang pun macam nak tak nak ja. Ada yang tak blossom lagi. Kecewa. Kema dan Sasha pun ada sekali.Banyak ambil gambar dorang je lah. Aku dah banyak gambar tahun lepas.

Yes, I am =P

Tak semangat nak bergambar sangat sebab baju tak cantik.Hahaha.Baju pakai pergi kerja.Tudung tu dah jadi tudung rasmi setiap kali bersih rumah orang. Senang.Tak gaduh fikir nak pin ka apa.Sarung ja.

Pergi time weekdays so orang tak ramai sangat. Yang banyak geng veteran ja.Time nak ambil gambar kat pokok sakura ni, aku pijak rumput dalam 'kotak' tu. Sekali hang, pak cik tukang kebun sound "Excuse me, could you please do not step on the grass?" Pergh.Kena sebijik.Hahaha.Semua ni salah Sasha.Bukan main lagi dia cakap tak pa pijak as long as tak kena tanaman dalam tu.Cait.

Dah penat pusing tengok bunga, Sasha belanja makan ice cream.Oh sangat heaven. Spring di Wellington dah mula rasa panas. Pekena ais krim pun sodap. Thanks Sasha sebab belanja. =)

Thursday, September 30, 2010

Gambar lagi.

Nah.Lagi gambar di Sakura Festival, Palmerston North.

Tasik perdana.Ok.Aku tipu.Tasik sahaja.

Lavender.

Tengok tengok.Depa dah pandai senget manja!

Oo..Macam ni rupanya muka aku time khusyuk.Hehehe.

Sungguh tak praktikal kalau memakai tudung bawal di tempat berangin.Asyik terpeleot sana sini.Pakailah syria, selendang atau awning.Dijamin maintain sepanjang hayat.

Ada blogger yang tegur aku pakai syria ke depan sangat.Dia geram sampai rasa nak tarik ke belakang sikit.Hahaha.

Monday, September 27, 2010

Nak DSLR.

Nafsu nak pakai DSLR semakin membuak-buak bila tengok gambar ni.

Zack among the tulips.Ecewah.

Bila close up gambar ni baru perasan cheq ada lesung pipit lah! Walaupun sikit, cheq tetap suka.

Tak tau nak letak caption apa dah.

Walaupun tahu risiko pakai DSLR ni sangat tinggi (gambar sendiri akan berkurang), tapi tetap nak juga sebab gambar jadi cantik semacam.Muka kawah bulan pun nampak bersih suci murni bila shoot pakai dslr.Itu yang penting.Heh.Bintik hitam dan cela juga hilang dengan tiba-tiba.I loike.

Tunggu elaun masuk insya-Allah DSLR dalam genggaman.Nuffnang, jalankan tugas anda.Amboi hang.

Tulip lip lip.


Ye.Dalam kesibukan kena hantar assignment, sempat lagi pergi Tulips Sunday kat Botanical Garden.Setahun sekali.Mana boleh lepas.Plus bukan senang nak dapat tengok tulip mengembang dengan mekarnya.Bangun pagi agak confuse tengok time kat jam dan handphone.Mana satu yang betul.Baru teringat aku tak forwardkan 1 hour kat jam tangan.

Aku ingat time spring semua bunga kembang.Tapi tak juga.Sekuntum ros pun tak ada time lalu kat Lady Rose Norwood Garden.Maybe time dia blooming bukan time spring kot.Ramai juga orang yang datang festival tadi.Dari jauh dah boleh dengar orang ketuk-ketuk tong.Rupanya ada live performance. Ditambat anjing kat satu pole sambil dorang main alat muzik.Kesian pula aku tengok anjing tu tak bebas bergerak.Tapi bagus juga dia tambat.Kot lepas kang, celapak lari tak cukup tanah sorang sorang.

To my surprise, bertembung dengan ramai Malaysian.Rata-rata family. Muka memang tak familiar.Tak tahu whether dorang datang on vacation or memang menetap kat sini.Rasa macam duduk kat Malaysia pula. Kiri kanan dengar orang cakap Melayu.Heh.

Tulip warna warni.

Tulip merah.

Sakura pun ada.Sibuk pergi sampai ke Palmy nak tengok Sakura, padahal kat Welly pun ada.Hahaha.

Tulip purple.

Tulip putih.

Tulip oren.Paling berkenan tengok yang ni sebab ada line kuning sikit kat keliling kelopak tu.Macam di cat satu satu.Subhanallah.

Nanti kalau ada rumah sendiri, nak ada laman besar.Nak tanam bunga.Tapi aku upah orang la tanamkan sebab diri sendiri memang fail bab pertanian ni.Langsung tak berbakat.

Sunday, September 26, 2010

Spring is here!

Yeah. Spring has officially started here.Dalam hati ada taman der.

Tuesday, August 24, 2010

Spring di Wellington


Tak payah pi Jepun. Kat sini pun ada bunga ala-ala sakura. Tak jauh mana pun. Belakang rumah je.Hehehe.Sungguh aih.Dulu pokok ni serupa dengan pokok mati.Bogel.Tak ada bunga langsung.Elok dah masuk spring ni, bunganya tumbuh mekar berkembang. Sangat cantik. Semakin hari semakin lebat. Silap tak ada buah. Kalau tak, dah lama petik buat cicah dengan mak bee.
Awat aku rasa aku pun turut berkembang haa?

Patutnya time macam ni la kena pi Botanical Garden.Sure semua bunga tengah syok kembangkan badan. Tapi sekarang nak keluar rumah pun consider 2 3 kali sebab sejuk.


 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger