Online users

Follower

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Done!

Alhamdulillah. Done with KSSR course. Gila lah. 4 hari tadah telinga dari pagi sampai ke petang. Balik rumah terus flat. Macam ni rasanya pergi kursus. Al maklumlah, first time. Pengisian bagus cuma cara dijalankan tu agak bosan bagi aku. Dah la tempat nya tak beraircond. Kepam sorang sorang dalam dewan tu. Maybe next time dorang boleh pertimbangkan ubah pelaksanaan program. Buat la dalam bentuk yang fun sikit. Asyik asyik present.Huwargh.Bosan oi. Yang nak best sikit pun demo lesson/microteaching. Kelakor tengok cikgu senior berlakon. Still berbisa. 

Post gambaq ni kat FB. Candy Crush yang cenonet tu depa nampak. Muka kami sebesaq alam tak dak sapa pun nak komen. Hahaha.

Sekali sekala pergi kursus best sebab dapat release stress dari beban sekolah. Pergi kursus pun pukul 8 pagi. Tak ada la terkejar kejar sangat macam pergi sekolah. Yang penting, tak perlu nak stress mengajar budak. Only lasted for 4 days je la. Lepas ni masuk sekolah balik, rutin yang sama balik. Sabor jelah menanti cuti akhir tahun ni. Serius aku tak sabar nak tutup sekolah. Tapi, nak menempuh ke saat itu sangatlah hazab bagi aku. Ada je benda yang nak kena submit. Report la itu la ini la.Haish. This is what I choose to be. So, please stop complaining. Mana ada kerja yang tak stress. Ye dak?

 Group work. We have to come up with our own label using cursive writing. Yang follow insta aku tahu la pasal cursive writing aku. Macam tulisan sanskrit! 

 Sound circle for literature component. 

 Poem shape. Nampak tak bentuk slide tu? Hehe.

 Amboi Japirah. Besaq nya gelak. Pasai pa tak tau.

 Dapat kawan baru. Kak Sha. Umur dah 40 something tapi awet muda. Kebetulan terpakai baju sama colour on our last day. Haruslah mengabadikan kenangan. 

Group photo. Group 2. 

Selit sikit pasai earnings nuffnang. Dah lama tak update. Sekali tengok, 4 buffered. Woah. Selalu macam ni la. Time kita tak tunggu buffered tu la dapat. =)

Thank you Nuffnang =)

Wednesday, February 27, 2013

Al Quran Pelangi

[Sponsored Post]

Al-Quran pelangi dah jadi trend masa kini. Dengan saiz yang kecik molek, warnanya yang pelbagai, sesuai dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Bukan kek je ada rainbow colour tau.Al Quran pun ada. Yang pastinya, bila berwarna warni ni, konfirm akan buat kita lagi semangat untuk baca kan? Aku ni dah berapa kali khatam Al-Quran tapi tak pernah nak tahu maksud sebenar ayat Al Quran yang dibaca tu.Asyik baca jawi tapi terjemahan tak tahu. Even surah Al Fatihah pun kadang kadang blur maksud setiap ayat tu. Huhuhu.So, I have started reading terjemahan Al Quran so that I can know the real meaning of it. Baru lebih faham isi kandungan Al Quran itu sendiri. More meaningful gitu.

So, I'm helping my friend to promote this Al Quran Terjemahan dan Tajwid Berwarna. Cover Al Quran ni diperbuat daripada baldu. So, grip lebih kuat compared to cover keras biasa tu.Untuk yang nak kahwin, boleh lah jadikan terjemahan ni sebagai hantaran.Sesuai untuk dijadikan hadiah jugak. Birthday, farewell, etc. 

Ada dua jenis :

1) Al Quran pelangi versi Kepahlawanan (Lelaki)


Harga : RM 100 termasuk postage.
Saiz : 11cm x 15.5 cm

Didatangkan dalam 10 warna yang pelbagai iaitu :
Merah, Pink, Kuning, Oren, Biru, Biru Gelap, Hijau, Maroon, Ungu dan Coklat. Rambang mata nak pilih!


Keunggulan Mushaf Al-Burhan Lelaki:
1. Al-Quran 30juz
2. Khat Resm Uthmani
3. Full colour 656 halaman
4. Lengkap dengan tajwid berwarna
5. Dilengkapi hadith pengurusan diri/kepahlawanan untuk lelaki
6. Membahas 10 ciri-ciri pahlawan sejati/peribadi unggul
7. Membahas 10 contoh peribadi unggul sepanjang sejarah.
8. Membahas 10 naluri peradaban dalam quran dan sunnah.
9. Terjemahan
10. Warna helaian pelangi.


2) Al Quran pelangi versi Wanita.

Warna untuk setiap juzu cair sedikit berbanding yang versi lelaki punya. 

Harga: RM 100 termasuk postage
Saiz : 11cm x 15.5 cm

 Ada ribbon kat cover depan. 

Didatangkan dalam 6 warna sahaja iaitu:
Pink. Maroon. Purple. Biru Gelap. Hijau. Coklat

Got juntaian benang some more kat tepi ni. So gegirl la I tell you. 

Keunggulan Mushaf Al-Burhan Wanita:
1. Al-Quran & terjemahan lengkap 30juzuk
2. Setiap juzuk berbeza warna helaian
3. Al-Quran Quantum Wanita
4. Tajwid 8 warna
5. Fiqh Wanita
6. 20 sejarah wanita dalam Al Quran
7. Gelaran wanita dalam Islam
8. Agenda muslimah khatam Al Quran
9. Wanita yang haram dinikahi
10. Ensiklopedia Ayat-Ayat wanita
11. Tips cantik menawan mengikut sunnah
12. 40 hadith sahih wanita
13. Fiqh wanita (solat, shaum, haji, hamil dan waris)


Aku recommend untuk korang yang tak ada lagi terjemahan Quran ni untuk dapatkan satu. Tak rugi pun beli. Duk saja saja tak buat apa, boleh lah baca terjemahan ni. Ilmu dapat, pahala pun dapat =)

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh terus hubungi Nur Suaidah di:
Facebook http://www.facebook.com/BawalKuu
Twitter http://twitter.com/_NurSuaidah
Instagram: nursuaidah 


p/s: Credits to Nur Suaidah for the pictures. 

Wednesday, February 13, 2013

Tertipu dengan bvlgarigirl

Oh my god. Baru je tahu kes blog Bvlgarigirl yang palsu itu.Terkedu mak noks. I've been reading her blog since zaman foundation and today I found out that Arianna Melissa does not exist at all! Semuanya hanya rekaan semata mata.Aku rasa orang yang ada blog sekitar tahun 2009 mesti tahu pasal blog bvlgarigirl ni. Hidup dia sangatlah fairy tales like. Bercinta dengan non muslim Kadazan man, adopt anak angkat, mak bapak kaya, ada lelaki lain masuk line, dan macam macam lagi la.Katanya blog ni dibuat oleh seorang perempuan yang ada blog lain. Orang cakap, blog dia tak famous pun. Tapi banyak persamaan yang orang jumpa dalam blog dia dan bvlgarigirl. Dari tudung meja makan sampai la ke gambar kaki clara dan anak dia orang compare.Memang sama.Huhuhu. No wonder la bila aku fb chat dia, dia tak reply. Bila kita cakap nak pergi Sabah dan minta dia jadi tour guide pun dia senyap ja. Langsung tak response.Rupanya penipu. Gilo.Bertahun lamanya dia menipu semua reader. Siap boleh buat online business.

Ada yang cakap, mungkin Arianna ni betul wujud dan dia yang curi gambar dari blog orang lain.Tapi kalau betul dia wujud, kenapa out of sudden blog dia di private kan? Dan blog perempuan tu pun di private kan at the same time? Huhuhu. Dan kalau betul Arianna wujud, please show yourself so that we do not keep on making assumptions.Prove to us that you really exist.

Patah seribu hatikuuuuuuuuuuuu, bila mengenangkan segala yang engkau bina bersama Kevin hanyalah palsu semata. Why Arianna? Why?

p/s: Ada jugak ye orang yang sanggup buat macam ni semata mata nak rating blog tinggi? Huhuhuhu.If ye pun, letak la exclamation "cerita ni hanyalah rekaan semata mata.tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati"  Dah kantoi macam ni, apa pun tak boleh.Malu je dapat.

Tuesday, November 20, 2012

Sok sek sok sek corner is back


Utara Mai chat box is back! Feel free to drop your link here ya =)

p/s: Cuti panjang ni, boleh la nak melangut 24 jam depan blog.

Wednesday, May 30, 2012

Ehem ehem

Testing testing. Ehem. Dah ada watermark. Terima kasih kepada Kak Zie atas servis watermark yang tip top dan murah. Actually, dah lama nak buat watermark ni tapi tak reti nak buat sendiri. Duk tangguh lama dah nak buat ni.Yang terdetik nak buat jugak watermark ni sebab gambar dah pernah kena curi.So I learnt my lesson. Penting ada watermark so that kalau gambar kena curi pun, still terpampang url blog kat gambar tu. Kalau ada jugak yang busuk hati pergi tutup watermark tu, memang gila punya olang. Hahaha.

I opt for simple watermark sebab tak serabut dan sedap mata memandang. Gitu. Bagi aku la, sedap mata memandang. Mata korang, aku tak tahu la. Itu pun dah minta Kak Zie alter sikit sikit. Nak font funky la apa la. Banyak cekadak betoi Japirah ni.

Hanya bayar RM 5, dapat dua watermark. Boleh pilih nak design macam mana. Request je kat Kak Zie. Insya-Allah, dia boleh buat. So, kepada yang nak tempah watermark, boleh terus direct email ke princessredbloodsnow@gmail.com. If nak tengok design watermark yang pernah dia buat sebelum ni, boleh pergi ke [link] ni.

p/s : Sempat lagi auto publish satu entry.Hikhikhik.

Saturday, March 10, 2012

Cek dah sampai

Sebelum ni, aku dapat payment advice through email. Real cheque tak dapat lagi.First timer. Gelabah ayam lebih sikit. Setiap hari text bang cik kat rumah minta cek kan peti surat. Kot kot dah sampai surat dari bank. Tak jugak sampai. Sebab aku ingat once payment advice dah dapat, cek pun akan sampai kat rumah. Try google pasal benda ni. Luckily, jumpa satu blog ni. Dia cerita yang real cheque akan sampai kat alamat rumah a week after payment advice dah dihantar ke email. Aku dapat payment advice on 3rd March. Maknanya 10th March la cek sampai.

So, hari ni 10th March, abe posmen hantar surat. Dah dapat dah real cheque dari HSBC. I'm the happiest person today. Teruja lain macam sikit. Al maklumlah, first time. Tak sabar nak pergi tebus cek. Tebus cek? Ah. Faham faham sendiri la eh.

Terima kasih kepada readers blog ni. Tanpa korang, tak mungkin aku boleh dapat income macam ni. Tak lupa juga kepada nuffnang. Thank you so much!

p/s : Pemangkin untuk terus berblogging. Happy weekend guys =)

Friday, December 30, 2011

I choose Fibox

Semua kecoh pasal shout mix kena charge next year. Tadi aku chat dengan Nunun dan dia gitau ada satu chat box baru yang free. Fibox. So, aku try la sign up dan letak kat blog aku as alternatif untuk chat box lama. Aku tak pasti after new year, chat box tu akan di disabled atau macam mana.Anyway, chat box lama tu akan dibiarkan kat situ for a few days after new year.Senang nak track balik readers yang singgah sini. Aku pun dah jarang update sangat sekarang ni. Hutang cerita banyak dengan korang ni. What to do. Tok tak ada kat rumah. Masak aku, kemas rumah aku, basuh baju aku. So, tak lapang sangat nak hadap laptop 24 hours.

Hari ni masak ayam masak lemak cili api. Resepi aku ambil dari blog akak Neena. Dah lama teringin nak buat since kat Welly lagi. Tapi sebab bahan susah nak cari, jadi malas nak buat. Kalau buat pun, guna serbuk kunyit.Hahahaha. Balik Malaysia ni, bahan senang cari. Semangat la sikit nak masak bila semua bahan ada. =P


Senang senang, drop la komen kat chat box baru I tu ye. Hehehe. For me, Fibox ni senang guna. Loading comment pun cepat. Moh le sign up for Fibox!

Saturday, December 10, 2011

Thank you

Terima kasih sebab follow blog ni. Terima kasih kerana terhibur baca blog ni. Perasaan? Happy bila ada yang tinggalkan komen cakap 'seronok baca your blog'. Rasa terharu. Ada jugak yang terhibur baca blog aku. Tak ada apa sangat pun yang diceritakan kat blog ni melainkan cerita peribadi. Nak buat tutorial, memang idok le kan. Thank you for supporting Utara Mai. Hope aku konsisten menulis sampai ke tua. Hohoho.

Monday, December 5, 2011

FANTASTICPIECES GIVEAWAY


Fantastic Pieces merupakan satu online blogshop yang menjual women clothing. Ada cardigan, blouse, dress, shirt dan macam macam lagi la.First time buka, memang dah jatuh hati dengan koleksi dorang ni. Semuanya cantik dan yang pasti, harga sangat murah compared to other blogshop. So, sekarang ni dorang tengah buat giveaway. Siapa yang terpilih, boleh pilih any item yang bernilai RM35.Best kan? Tunggu apa lagi, meh la join giveaway ni!


Closing date : 25th December 2011

Kalau menang, saya nak yang ni boleh tak? Hahaha. Siap dah ushar der.

p/s: Mana nak tahu, tiba tiba bertuah kan. =D Hehehe.

Thursday, December 1, 2011

Giveaway? Cam no tuh?

Aku dah baca komen korang kat entry 'Souvenir'. Ada yang suggest buat giveaway. Omak aiii.Segan aih nak buat giveaway. Dah la tak pernah ada experience dalam benda macam ni. Lagipun segan la. Fridge magnet tak seberapa sangat.Aku takut korang expect benda tu sangat vogue de gevas padahal fridge magnet biasa ja pun.Keychain pun sama. Hohoho. Kalau nak buat giveaway, cam no? Kot kot la tiba tiba rasa macam nak buat.Noob la hai aku ni.Hahaha.

p/s: Nama ja blogging dah lama. Tapi tak pernah nak buat giveaway ni. Contest pernah la. Ke sama ja contest dengan giveaway? =/

Thursday, November 17, 2011

Plagiarism berlaku

Aku dapat tahu gambar Lofa zaman muda remaja tu dah leak ke blog orang lain.Aku tak marah orang nak copy paste tapi biarlah beradab sedikit. Minta izin dulu. Jangan main ambil sesuka hati. At least letak la credit. Ini tidak. Salah aku jugak sebab tak disable copy image. Lepas dapat tahu, terus aku disable copy image lofa tu. Orang minta cara elok, aku bagi aih. Cuma rasa bengang sikit pasal main redah ambil ja. Haish.

Ini haa blog tu.


p/s: Kalau buat essay ni, lecturer dah panggil mengadap dah.Plagiarism.Hehehe.

Tuesday, November 15, 2011

Nak cash out nuffnang tapi....

Korang, nak tanya ni. Aku berniat nak cash out earnings kat nuffnang tapi currently aku ada dua buffered earning. Patut ke aku cash out sekarang? Ke tunggu buffered tu masuk metered baru cash out? Serius aku tak berapa pandai sangat bab nak cash out ni. First time. Ada preferred time untuk cash out ke? Berapa lama cek nak sampai? Bantuan kalian amatlah dihargai.Thanks =)

p/s : Malas nak godek nuffnang website.Hahaha.

Wednesday, September 21, 2011

Masak oh masak

Tahun ni dah tak banyak gambar makanan kat blog ni.Atee, dulu semangat la nak blog pasal makanan sebab baru sampai sini.Mood nak try masak macam macam jenis makanan tu tengah tinggi. Sekarang ni, dah tak ada masa nak masak hebat hebat. Tahun ketiga sangat sibuk.Hasilnya, asyik ulang makan kari,kurma tak pun sup ayam. Duk pusing tiga jenis lauk tu ja la.Kalau nak up sikit, buat ayam percik. Lagi satu makanan paling mudah nak buat, spaghetti goreng.Hohoho.Itu la makanan ruji aku sepanjang duduk sini. Baking dah lama aku tinggalkan. Last time bake tahun lepas.Buat kek pisang.Lepas pada tu, dah tak pernah nak baking.Malas der.

Masak kat sini, tak ada la hebat macam masak kat Malaysia.Ada certain bahan tak ada tapi belasah ja la masak.Nak jamu perut sendiri ja pun. Lainlah kalau nak ambil hati mak mertua kan? Heh. Kagum aku dengan sorang blogger oversea ni. Akak ni orang Malaysia tapi stay kat Perth dengan suami dan 2 orang anak. Rasanya dah lama dia stay kat sana since her first daughter pun dah umur 12 tahun. Aku suka baca blog dia sebab banyak gambar makanan dan setiap makanan yang dia blog kan mesti ada description yang sangat terperinci. Ibarat macam hang makan kat restoran mahal.Bawah menu ada description makanan.Mak like noks! Kalau tak terliur baca blog dia memang tak sah.Hohoho.Bab presentation of food memang boleh kat dia la.Cantik sangat sampai rasa sayang nak makan. Akak ni pandai masak dan aku berani bet ilmu masakan dia sangat banyak.Tak kira la masakan melayu ke, Western ke, Jawa ke (sebab dia ada darah jawa.Hehehe) hang habaq mai ja apa yang hang nak makan.Konfirm dia boleh buat.Cewah.Kena menuntut dari dia ni.Bukan main lagi aku ni.Macam dah kenal akak tu lama pulak.Hehehe. Feel free to visit her blog by clicking [here].

p/s : Korang tahu tak dalam microwave boleh 'goreng' papadom? Haa.Aku belajar dari blog akak ni la. Hehehehe. Hai akak lemongrass! =P

Sunday, June 19, 2011

Tiba tiba jaaaaa....

Heran. Tiba tiba bilangan follower mencanak naik laju dalam satu hari.On weekend pula tu. Apa kes? Check balik referral, mungkin sebab backlink Kamal Effendi yang dia letak dalam latest entry. I'm just guessing.Blog retis tuuu. Tapi tak tau la betul ke tak. Hohoho.Anyway, thanks la follow blog saya ni. Happy reading!

p/s : Esok kena pergi sekolah.Argh.Cepatlah habis TE. Dah cemuih dah. =/

Tuesday, June 14, 2011

Pertemuan antara blogger


Berkesempatan untuk makan semeja dengan blogger mantop a.k.a retis Auckland iaitu Kamal Effendi, Lumut dan Hawa Nasir. First plan, nak makan kat Ayuthaya.Kemudian tukar nak makan kat Angies. Lepas tu semua cakap Angies standard macam Cinta. Last last makan kat Empire. Woah.Makanan dia mantop.Tokeh orang Siam. Memang terbaik la food kat situ.

Makanan lumut.Dia cakap tak kena dengan tekak dia.Last last yang duk perabih si Rose dan Kamal.Hahaha.

Makanan pasangan lumut.Tak tahan pedas rupanya mamat tu.Heh.

Makanan Kema.

Makanan Wan.

Seriously, aku dah lupa nama makanan aku.Huhuhu.

Dah bila blogger bertemu blogger ni, macam macam cerita la keluar. Si retis Kamal Effendi paling teruk kena interview.Nasib ko la dik oi. Hahaha. Banyak benda juga kitorang sembang.Dari hal blog sampai la ke hal akademik.Lame.Hohoho.Sambil makan sambil gosip. Yang si lumut pulak, memang nampak ceria lain macam la sekarang ni. Orang baru tangkap cintan.Biasalah tu.Hehehe.Main bisik bisik depan aku. Bikin hati gua panas je.Cis. Hawa pula duk sakan bersembang dengan Kema.Dengaq cerita kerja kat McD. Pergh.Hebat hang Hawa. Orang lain cleaner ja, hang bantai kerja McD teruih.

Lumut dan wolverine.Hihi.

Kamal, awat muka lagu tuuuu? Hahaha.Kalau nak tau, aku kenal Kamal ni since 2008 if tak silap. Time tu kitorang terlibat untuk sambutan kemerdekaan kat Dataran Merdeka.Ala, human flag tu. Time tu Kamal ni duk pakai braces lagi. Sekarang ni dah buka.Cantik dah gigi.Patut tayang sakan.Hehehe.

Panjang umur kita jumpa lagi naa Lumut. Miss you!

Tumpang glamour retis bawah lampu lip lap lip lap.

Lagi satu benda, dorang komplot ramai ramai.Nyanyi lagu birthday kat aku. Awal sehari.Ok la tu ada juga orang nak nyanyi lagu birthday kat hang Pirah oi.Thanks kepada semua sebab memeriahkan majlis hari jadi saya yang terjadi secara tiba tiba.Hahaha.

p/s: Dah lama tak menulis.Ku rasa janggal sedikit. =P

Wednesday, June 1, 2011

Temporary co-writer

Nak minta tolong sikit boleh dak?
Awek saya kot.Nak minta tolong banyak pun boleh.
Tolong update blog saya.Hehehe.
Haha.Orait.Baiklah.Nanti saya update.Bila awak pi bercuti ea?Okay.
Thanks! Awak update sikit pun jadi lah.Asalkan update.
Haha.Saya guna bahasa saya sendiri tak pa kan? Okay =) No problemo.
Habih tu takkan guna bahasa alien.Hehe.

Ok. Lepas ni kalau tengok gaya penulisan blog ni lain macam, maknanya itu co-writer yang tulis naa. =) Available while I'm away only. Time tak pi bercuti, saya yang akan menulis.Nooooh.Bajet macam selalu pi bercuti.Hahahaha!

p/s : Rasa bersalah biar blog tak berupdate.Tegar sungguh.

Monday, May 9, 2011

Drop your link

Nice. Dah berubah wajah dah pun blog saya! Hahaha. Credits to Ilham Liyana sebab bertungkus lumus buat template ni untuk saya. Terima kasih banyak banyak naa Ilham. Jasamu dikenang! Untuk siapa siapa yang nak khidmat tukar template, bolehlah berhubung dengan Ilham direct through blog dia.


Haa.Lagi satu, kindly drop your comment and link here so that aku boleh letak dalam blog aku naa.Terima kasih banyak banyak!


New 'home'

Am currently moving to my new house. My new name.No more insan tinggi. No more using that soooo lame url. Everything is going to be changed. Dah tiba masanya untuk sesuatu yang baru. Tapi kalau orang nak ingat aku dengan nama Insan Tinggi, dipersilakan.Tak menjadi masalah pun. Tukar url ke, tukar nama ke, I'm still the old Zack. Tak ada yang akan berubah. Cara penulisan pun still akan sama. Cuma dah rasa bosan dengan template lama dan mahukan pembaharuan. Sempat lagi kan tengah tengah busy dengan study ni nak tukar blog bagai.

Plan nya dah lama.Since tahun lepas lagi. Tapi asyik duk tangguh tangguh sampai sekarang baru nak tukar. Hohohoho.

Tuesday, May 3, 2011

Si peliks

First time aku figure out blog dia ni last year.Itu pun secara kebetulan. Tak tahu pun dia ni blogger juga. Selalu nampak gambar dia dalam blog orang lain. Dalam banyak banyak orang dalam gambar tu, dia paling stand out sebab dia 'over'. Style gila gila punya manusia. Style tak reti malu la habaq hang. Tak control cun. Dress up tak pernah mengecewakan aku. Dalam hati, boleh tahan sempoi juga minah ni. Cun pun cun. Erk.Bunyi macam lesbian dah aku ni.Hahaha.Her blog is one of my favourite.Tak tahu la kenapa mata boleh terlekat lama sangat kat blog dia ni padahal aku anti entry panjang berjela. Ye.Entry dia boleh tahan panjang juga.Jenuh scroll nak habiskan pembacaan. Selalu jadi silent reader ja. Even kena hentam teruk dengan anon, dia maintain cool ja. Bagus. Paling aku suka, dia ni pakai pi la tudung lagu mana pun, belit tak bubuh pin pun totap cantik. Pernah juga aku try belit tudung serupa macam dia, tapi nauzubillah....takut tengok rupa sendiri kat cermin.Buruk nyaaah. Nak pakai ala Hana Tajima lagi la aku fail.

Mesti dah dapat agak kan sapa blogger yang aku duk gebang ni? Si peliks, Maria Elena la der.

Holloh holloh holloh. Comeynya dia.Noooh, bunyi lesbo teruk. Nasib baik dia dah ada Dato'.Hohoho.Credits to herself for the pic.Cilok baik punya dari blog dia.

Ini entry bukan nak tarik attention Maria suruh datang blog aku, raih trafik ke apa tapi sebab aku adore dengan cara dia yang simple, down to earth, sempoi dan paling penting...

"Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab saaayang =)"

Monday, May 2, 2011

Double identity

Nah. Semalam aku tengok bilangan follower lain.Hari ini lain.Ada yang unfollow ke? Hahahaha. Sorry to say, allergik sikit kalau orang masuk blog paksa paksa suruh follow. Aku tak paksa orang follow blog aku, so harap orang lain pun dapat respect la stand aku tu. Serius saya tak terasa hati pun.Tak apa.Dunia blogging ni kadang kadang seronok. Tapi ada juga yang tak seronok.

Blogging juga buatkan orang develop double identity. Sebagai contoh, penulisan Abu dalam blog menampakkan dia seorang yang sangat lantang bersuara, punya karisma yang sangat menakjubkan tetapi dalam dunia realiti, dia hanyalah seorang yang pemalu dan tidak punya banyak kawan. Ceh. Skema ja ayat gua.

Aku? Rasanya sama ja kot dalam blog dan di luar blog. Hohoho.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger