ads

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Hello Blog

Bismillahirahmanirahim.

Hai Blog,
Lama saya tak menulis disini.Rindunya.Mari kita buang sawang,vacum habuk,tebas semua semak samun.

Kita warm up dulu dengan aktiviti ini ; Your first four words.Cari empat perkataan di gambar bawah ini.Kredit kepada Kak Nadiah.:)






Mine : Talented, Elegant, Patient, Happy .(ikut turutan) (^_^)

What's yours? come share with me. :-)


Saturday, May 14, 2011

Antara Blog,Facebook dan Twitter

Salam Sayang semua,

Blog,

Saya mula blogging sejak awal 2009.Pada mulanya saya menulis menggunakan hosting blogstarz.Kemudian terjebak menulis di blogger pula.Kini blogstarz telah pun berkubur. Blog "The Beauty In Everyday Life" ini masih ada.Cuma saya sudah jarang dapat menulis dengan kerap seperti sebelum ini.Maklum lah.Dah anak dua.Sibuk-sibuk.Alasan tipikal! Hahaha. Saya masih suka menulis.Tidak tahu sampai bila.Mungkin selagi ada nyawa yang dikurniakanNya.InsyaAllah.Selalunya saya suka ceritakan tentang anak-anak disini.Tapi dalam masa yang sama harap dapat berkongsi apa-apa informasi bermanfaat dengan semua pembaca.Eceh! macam ramai je yang baca.Haha.Anyway,Thanks to all readers,pengomen entry-entry saya.Saya hargai anda! Mahupun silent reader blog ini.Terima kasih.Sharing is caring!


Facebook,

Saya suka juga facebook saya.Suka update status.Saya suka live update menggunakannnya.Contohnya,kalau ke mana-mana boleh terus check in tempat kita berada.Boleh tag kita dengan siapa.Selalunya bila holiday,outing atau shopping saya update di facebook .Jalan-jalan cari makan atau kongsi restoran yang sedap pun sama jika sempat.Faham-faham sajalah sebab Adam tengah melasak.Sekarang susah nak jadi papparazi.Dengan anak-anak je dah penuh tangan.Banyak bagasi saya.Kekurangan masa juga untuk update di blog seperti dulu.Alasan tipikal lagi.Hehe.Suka juga upload gambar-gambar di  facebook.Suka tengok and like gambar orang jugak.Haha.Di facebook kebanyakkannya orang yang dikenali seperti kawan,family.So,senang keep in touch selalu di situ.:)


Twitter,

Saya join sejak July 2009.Dah lama tapi baru sekarang nak berjinak-jinak.Baru mula jatuh cinta.Tak kenal maka tak cinta kan?Jadi bila belajar-belajar tentang twitter.Best jugak! Boleh borak-borak.Boleh skodeng artis-artis.Hehe.Paling saya suka baca quotes,short info,ayat-ayat falsafah,hadis and quranic verses yang ditweet throughout the day.Jom tweet tweet! Siapa ada twitter, add me.Find me, ummisalsabila. Ok,see you there! :)

P/s: Blog ini bakal bercuti selama seminggu.Saya mula nak pack barang.Jumpa saya di facebook atau twitter ok.Kite live disana ya.:)

Friday, June 25, 2010

Nak Watermark juga

Majority mommies ummi tengok dah tempek watermark kat gambar masing-masing.Ummi nak jugak..hihi.Amacam? Comel tak watermark baru ummi nih.comel lote kan.em.ciwi-ciwi!.

Ummi suka sebab ia unik dan simple.Suka..suka..hihi.If you all nak dapat watermark sendiri bolehlah usha2 eybizzonline ni.wah,design cantik2,comel2,dan banyak pilihan.sampai ummi rambang mata nak pilih mana satu.Selamat terjah! ^_^.









P/s: Yang color apa cantik? Pasni nak tempek kat gambar pula.Happy weekend :)

Tuesday, April 27, 2010

Cara-cara menaikkan traffic website anda secara percuma

Hari ini nak share tentang nak promosikan website atau blog kita.senang cerita nak naikkan "traffic".Tambahan lagi, Ia percuma sahaja.Bila traffic naik, nuffnang pun akan menyumbang lebih banyak ke dalam account kita.hehe.Alhamdulillah.rezeki jangan di tolak,musuh jangan dicari.Bagi anda yang mempunyai website business,cara-cara ini bagus untuk promosikan perniagaan anda dan naikkan hasil jualan dengan menarik lebih ramai customers.InsyaAllah..

Cara-caranya:

1. Gunakan Free Viral kerana ianya PERCUMA.

Salah satu cara untuk menarik traffic kedalam website anda adalah menggunakan FreeViral. Klik di link ini.
Buat step 1 dan 2.

2. Daftar web anda di dalam search engine

Daftar website anda ke kedua-dua search engine pencari terbesar iaitu google dan yahoo, jika tidak website anda tidak akan dijumpai didalam engine pencari tersebut dan ia percuma. Sekiranya anda sudah memiliki website sendiri, ini tidak bermakna website anda akan tersenarai didalam google atau yahoo. Anda kena daftar dulu baru tersenarai. Disini saya berikan link untuk anda senaraikan website anda.
2.1 Daftar untuk Google. Klik disini
2.2 Daftar untuk Yahoo. Klik disini
2.3 Daftar untuk yang search engine yang lain. Klik disini

3. Gunakan facebook untuk mempromosikan perniagaan anda.

saya yakin ramai yang tahu cara ini dengan mempromosi link anda atau produk anda di facebook.



4.Masukkan gambar-gambar yang berkaitan.
(biasanya orang memang suka tengok gambar,kan? lebih tertarik,menarik,memang the bom! )

Edit atau rename gambar-gambar tersebut instead of 1_96345394 kepada keyword yang sesuai atau mungkin popular didalam carian di search engine.




pic from mr. google


Semoga harap memberi manfaat kepada semua dalam meningkatkan pendapatan secara online.InsyaAllah.Untuk lebih info dan belajar ilmu tentang internet marketing klik sini.

Wednesday, January 27, 2010

Practikal tutorial besarkan imej






ummi tengah praktis tutorial dari ummumishkah.nak besar imej gambar di blog.jadi ke tak ye? tapi picture tak keluar abis.size templat blog ummi ni tak besar pula.camne ye? click sini untuk ke tutorial.thanks ummumiskah for sharing!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers