Showing posts with label X-Files. Show all posts
Showing posts with label X-Files. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Mulder dan Scully III

Ini adalah Collectible Card Game (CCG) The X-Files. Macamana nak main? Maaf, tak pernah try sebab beli dulu pun sebab minat siri ni, tapi caranya ada tertera pada belakang kotak (macam susah je, hehehe).




Hahaha, pakai ni boleh le jadi agen FBI...



...macam diorang ni



box set limited edition video X-Files,
tapi mana pula nak cari video player sekarang ni...




beberapa majalah berkaitan siri The X-Files




kalendar The X-Files 1997




CD single soundtrack lagu tema The X-Files ciptaan Mark Snow dan telah diterbitkan pada tahun 1996.



Pada tahun 1998 filem pertama The X-Files telah ditayangkan. Bagi filem tersebut lagu Walking After you oleh Foo Fighters telah dijadikan lagu temanya. Dan inilah CD single OSTnya.





Promo card yang telah digunakan untuk memperkenalkan CD single nyanyian (bersama) Gillian Anderson (Cik Scully kita...)




...dan inilah CD singlenya



Thursday, July 15, 2010

Mulder dan Scully II

Tak cukup dengan komik, Topps juga ada keluarkan set trading cards untuk peminat-peminat siri The X-Files. Set yang di bawah ini adalah dari musim ketiga dan telah dikeluarkan pada tahun 1997. Ada 72 kad semuanya dan kad (solo) yang last sekali tu adalah kad promo bagi set kad musim satu.










promo card

Mulder dan Scully I

The X-Files adalah sebuah rancangan televisyen yang amat popular pada tahun sembilanpuluhan dahulu. Hasil karya Chris Carter, ia mengisahkan bagaimana dua agen FBI iaitu Fox Mulder (lakonan David Duchovny) dan Dana Scully (Gillian Anderson), ditugaskan menyelesaikan kes-kes yang melibatkan dunia paranormal dan kewujudan makhluk asing (extraterrestrial). Si Mulder ni memang percaya bab-bab hocus-pocus nih, tapi masalahnya cik Scully ni lebih kepada jawapan yang berasaskan teori saintifik. Jadi, dalam usaha nak menyelesaikan masalah, pada setiap penemuan baru ada saja konflik fahaman diantara kedua-dua agen ni.

Siri X-Files berlangsung selama sembilan musim iaitu dari 1993 sehinggalah 2002 dimana pada dua musim terakhir agen Scully telah digandingkan dengan partner baru iaitu John Dogget (Robert Patrick) kerana Mulder dikatakan telah “hilang” pada episod awal musim ke lapan. Macamana pun sekali-sekala tu dia muncul juga la sikit-sikit….


Oklah, akibat dari kepopularan siri ini, Topps Comics pun tak naklah ketinggalan. Dia mestilah mau join itu cash bandwagon dan terus mengeluarkan komik-komik X-Files. Dan inilah di antara koleksi komik X-Files yang dah masuk kotak….

Komik X-Files versi Ashcan

Ashcan ni kalau zaman dulu (Golden Age of Comics), ia diterbitkan semata-mata bertujuan (dari segi undang-undang) untuk mengesahkan hak milik asal komik yang dikeluarkan agar tidak ditiru atau diciplak oleh syarikat komik lain. Selain itu, ia juga digunakan sebagai "testing" untuk melihat kesudahan komik yang akan diterbitkan. Ia biasanya tidak berwarna (hitam putih) dan kadangkala bersaiz yang kecil sedikt daripada isu sebenar yang akan dicetak dan diedarkan. Ashcan juga digunakan sebagai draf bagi menunjukkan ruang yang boleh digunakan untuk pengiklanan kepada pihak-pihak yang berminat.





The X-Files Special Collector's Item Issue #0


...juga yang sama cuma cover lain



The X-Files #5



The X-Files #6



The X-Files Annual #2



The X-Files Season One "Pilot Episode"



The X-Files versi cover putih.
Yang ni dapat free dengan majalah Hero Illustrated.


The X-Files Special Edition.
(bersaiz besar sikit daripada komik biasa)


The X-Files Comics Digest #1
(yang ni pula saiz dia agak kecil sedikit,
lebih kurang saiz Reader's Digest)


The X-Files Comics Digest #2




The X-Files Comics Digest #3