Showing posts with label Shell. Show all posts
Showing posts with label Shell. Show all posts

Monday, December 31, 2012

kena ada bonuslink...?

Akhirnya...sampai kita ke penghujung 2012. Pastinya pelbagai pencapaian yang telah diperolehi sepanjang tahun ini dan macam-macam juga yang telah berjaya di collect dan dijadikan koleksi ya tak? Oklah, sebagai penutup entri bagi tahun ini, terimalah sedikit gambar yang sempat aku ambil sewaktu road-show model Lego Shell yang diadakan di Sunway Pyramid awal Disember hari tu. Sudah complete-kah set anda? Hehehe.....

Si Pemandu...



...dan saintisnya.


Diadakan di ruang legar berhadapan kedai donut.....macam-macam aktiviti adaaa.


Model replika kereta lumba F1 yang dibuat daripada Lego. Bagi pembelian melebihi tiga puluh ringgit, pengunjung layak bergambar dengan model kereta (...bukan dengan Cik Amoi ya) menggunakan kamera instant penganjur, dan gambarnya, siap ber-frame akan diberikan secara percuma. 


...kalau tak beli apa-apa pun boleh bergambar juga, takda hal.






Selain model kereta, ada pelbagai aktiviti lain. Di bawah ini, pertandingan siapa paling cepat pasang kereta lego....


Ini pula ruang untuk anak-anak bermain lego...



dan juga track untuk berlumba kereta dengan alat kawalan jauh...


Bagi yang nak mencuba nasib jadi pelumba F1, bolehlah mencuba permainan simulasi F1 ni...


Minyak pelincir atau minyak hitam? Semua ada, botol merah, botol kuning, botol biru, botol kelam...pilih saja yang mana suka. Siap diskaun lagi...


Model pelumba dan saintis yang terlibat dengan kerja-kerja ni...


Model stesen minyak Shell. Yang ni tak jual, buat pameran saja...





...syarat-syarat yang dikenakan kepada pembeli model Lego Shell


...kelebihan Shell V-Power


Yang sebelah kiri, dan di tengah, merata Shell aku cari. Itulah dia....rilek-rilek punya pasal, bila nak beli benda dah habis. Ingatkan tak ramai yang berminat nak collect, rupanya sudah clear kena sapu....hahaha, nasib baik sempat jumpa sebiji dua.


Complete set yang dipamirkan kepada para pengunjung.



Ini pula adalah set Garage-nya yang dilengkapi dengan semua model kereta termasuk mini figure-nya. Best.....



Kelihatan masih banyak model kereta dan garaj untuk dijual...


...tapi ramai juga yang menunggu untuk membeli.


Dan inilah dia souvenir daripada kunjungan aku tu. Beg kertas dengan design model Lego...


...dan sticker model Lego.


Dan inilah dia model-model kereta Ferrari hasil kerjasama Shell dan Lego...


458 Italia



Ferrari 150



250 GT Berlinetta



FXX



Scuderia Ferrari Truck



F40



Mini Figures Set
dan Garage...





.....cukup-cukup sudah.


Thursday, December 13, 2012

minyak kuning atau.....minyak biru?

Asyik dok post kereta kenit je, hari ni pasal pengeluar minyak kereta pula. Haaa....ini dia, minyak-dalam-kotak, keluaran terbaru daripada Shell. Hehehe, acah aje..... Ini sebenarnya kotak tisu souvenir daripada Cik Amoi Shell. Macam mana dapat, ini ceritanya...

Sewaktu berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli-belah yang sesak, tiba-tiba aku ditegur oleh Cik Amoi berpakaian serba kuning dan berskirt pendek, langsung menanya nama aku dan meminta nombor telefon aku. Kalau aku ni orang putih dah semestinya aku berkata..."I must have died and gone to heaven...". Nasib baik aku ni baru je lepas makan nasi dengan tangan berlaukkan gulai ikan dan ulam.


Jadi aku pun buat-buatlah tanya, nak buat apa nama dan nombor telefon aku? Rupa-rupanya, kerja dia adalah mengumpul maklumat itu dan sesiapa yang bekerjsama akan dihadiahkan sekotak tisu seperti di bawah ini...


...dan pelekat cukai jalan macam yang ini. Hahaha, senang je nak dapat. Errr...tapi sampai sekarang Cik Amoi tu masih belum lagi menelefon aku.



Ini pula souvenir tisu daripada Petron, kedai minyak yang pada waktu malamnya, memancar-mancar lampu logo merah dan birunya. Namun, ada kisah juga macamana aku boleh dapat tisu ni. Begini kisahnya.....


Sewaktu sedang asyik memandu di sebatang jalan yang tak berapa sibuk, aku terpandanglah akan stesen minyak Petron ni dan notis, isi minyak dapat tisu free. Kena pula masa tu minyak dah ala-ala nak pupus, ada chan la aku nak cuba minyak baru ni...


Maka aku pun memberi isyarat ke kiri dan parking di ruang mengisi minyak. Bila aku dah parking  baru aku perasan, laaaa...stesen ni tengah dibikin rupanya. Bangunan kedai/kaunter bayaran masih belum siap sempurna, yang ada cuma kontena ala-ala office kontraktor yang digunakan sebagai kaunter bayaran sementara. Takpalah, janji boleh bayar...


Bila masuk ke dalam, masa nak hulurkan duit tiba-tiba Cik Nona yang jaga kaunter tu kata, "minta maaf encik, semua pam ada tanda X, tak boleh isi minyak...tak tahulah kenapa, baru kejap ni jadi". Adusss, entah apa si kontaraktor tu bikin, tiba-tiba semua pam boleh jam.




Aku tunggu juga, kot-kot hal ni sekejap saja. Tapi setelah beberapa biji pisang habis aku makan (hari tu Jumaat, pisang free...). Aku pun beritahu Cik Nona tu, "takpalah 'dik, saya balik dulu, bagilah saya tisu tu sekotak buat souvenir, dah lama tunggu..." Cik Nona pun bagi aku sekotak sambil tersenyum...