Showing posts with label Poster. Show all posts
Showing posts with label Poster. Show all posts

Friday, October 4, 2013

rock...jangan tak rock

Dari tahun sembilanbelas sembilanpuluhsatu, aku persembahkan.....majalah poster rock, Metal Hammer Poster Express. Di dalamnya, ada limabelas mega poster rockers lama, Black Sabbath, Scorpions, Iron Maiden, Deep Purple, Judas Priest dan macam-macam lagi. Sayangnya, aku belum cukup kuat nak tarik keluar dan frame-kan poster-poster ni dari bukunya. Jadi aku minta maaf banyaklah kalau posting aku ni, gambarnya separuh-separuh lah ya...











Tuesday, October 1, 2013

...dah keluar ka?

Tarikh dah sama dengan hari ni, 1 Oktober.
Album baru Iron Maiden ka?


Menarik...
beli kaset boleh dapat poster percuma.


Hahaha, tapi itu kalau beli dulu la....tahun 1990.
Sekarang yang tinggal hanya flyer ni je...


Sunday, May 19, 2013

...jauh lagi 12 Jun 2014

Poster World Cup '98,
percuma dengan akhbar The Sun.


Lengkap dengan sejarah penglibatan England dalam arena bolasepak Piala Dunia dan juga keputusan perlawanan akhir yang terdahulu (termasuk lokasi perlawanan dan jumlah penonton yang hadir ...hmmm).


Kali ini
...bertemu di Peranchis


Dan yang menarik minat aku
untuk menyimpan poster ni.....


...grafik hero bolasepak dunia. Bergkamp, Ronaldo, Zidane, Laudrup, Beckham, Valderrama, Alessandro Del Piero...semuanya ada.






Sunday, May 5, 2013

mari lah, mari.....pergi........

Nak kata poster, kecik aje, lebihkurang saiz A4. Kerasnya pula, macam poskad...hmmm. Apa-apa pun, aku ada dua set ni saja, satu dari filem Lion King dan yang satu lagi filem Titanic. Macamana aku dapat dua-dua ni, aku dah tak ingat tapi yang pastinya aku dapat ni free, kira souvenir la juga. Rasanya, kumpul kupon dan hantar. 

Macamana pun, hari ini hari mengundi. Jalankanlah tanggungjawab dengan sempurna. Pilihlah calon yang berani dan berwibawa macam si Lion King ni, dan berhati-hatilah dengan calon yang boleh membawa kita menjunam dan karam seperti kapal Titanic. Hehehe....Selamat Mengundi.

Lion King







Titanic







Saturday, May 4, 2013

sudah tengok ini cerita...?

Poster...oh...poster, macam mana lah aku nak hilangkan kesan lipatan mu itu. Bila aku frame-kan nanti, kat mana pula aku nak gantung kamu ni...? Ahhh...gantung dalam blog aje lah, jimat space dan tak berhabuk.....


Jurassic Park: The Lost World



Men In Black



Batman & Robin



Alien



Chinatown



Serpico



Trainspotting



Jurassic Park: The Lost World
(yang ni serious punya besaq, kena panjat kerusi bila ambil gambaq. tengok saja lighter sebelah kanan tu...)


Monday, June 4, 2012

ahaaa.....rilekla

Aku pernah posting  mengenai lawatan aku ke Pameran Nestlé Nourishing Malaysia di Pulau Pinang awal bulan lepas tapi terlupa pula nak masukkan souvenir yang aku dapat sewaktu lawatan tersebut. Jadi, inilah dia yang aku dapat. Poster KitKat Rilekla dengan logo 100 Tahun Nestlé di sisimu.....



...dan poster kadbod ini. Besar juga poster ni, tengok saja bateri kat sudut tu yang sengaja aku letak untuk dibuat perbandingan. 


Dan aku juga ingin mengucapkan terimakasih kepada krew KitKat yang bertugas hari tu kerana bila aku terangkan yang aku ni collector barangan KitKat dan datang dari KL semata-mata untuk pameran ini, dan kalau boleh hendak le barang sebiji dua souvenir daripada KitKat, diorang bersusah payah mendapatkan poster-poster (baru) ni untuk bagi kat aku. Memang terbaikkk...salute.

Sunday, March 6, 2011

...poster tahun 1989

Majalah yang juga merupakan poster dari filem Batman pertama dari tahun 1989. Inilah dia Batman lakonan Michael Keaton di mana Batmannya tak dapat menoleh ke kiri mahu pun ke kanan disebabkan cowl-nya atau sarung/topeng kepalanya yang bersambung terus dengan bahagian leher dan terus ke badan, dan menjadikannya kurang fleksibel. Hmmm, bukan senang nak jadi Batman rupanya...


Thursday, February 24, 2011

yeah baby, yeah...

Dua poster percuma dari majalah Empire
tahun sembilanpuluhan...


Saturday, January 29, 2011

Poster Besar, poster kecik...

Dua buah poster Batman. Yang atas adalah Batman baru yang menggantikan Bruce Wayne kerana injured teruk di belasah oleh Bane (tahun sembilanpuluhan dulu). Dan poster yang dibawah diperolehi dari komik Batman: Shadow Of The Bat Isu #1, dimana kelihatan Batman dikerumuni pesakit-pesakit mental dari Arkham Asylum...



Sunday, January 23, 2011

Tiga Sekawan

Satu set poster yang amat sesuai
untuk di-framekan...