Showing posts with label P.Ramlee. Show all posts
Showing posts with label P.Ramlee. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Galeri dan Rumah Kelahiran P.Ramlee III

Ini pula (gambar kiri) adalah sewaktu P.Ramlee menyertai Pancaragam Terona Sekampong pada tahun 1946, dan gambar disebelahnya sewaktu beliau menyertai Orkes Mutiara juga pada tahun 1946.



...bilik tidur


*


*
meja solek




keterangan:
"Baju yang dipamir ini adalah baju asal milik P.Ramlee. Baju berjalur dan berkotak-kotak jenis ini menjadi kegemaran P.Ramlee semenjak beliau remaja lagi"




bilik dapur



trofi kemenangan



Pasukan Bola Tanpa Nama 1946
(P.Ramlee, no.4 dari kanan di barisan belakang)



Pasukan Bola Pinhorn House 1947
(P.Ramlee, berdiri, no.5 dari kiri)



bahagian bawah rumah







~:~ TAMMAT ~:~

Galeri dan Rumah Kelahiran P.Ramlee II

Settle bab galeri, terus menuju ke rumah kelahiran P.Ramlee yang terletak bersebelahan dengan galerinya. Seperti tadi juga, nak masuk tengok-tengok rumah ni pun free juga, tara pakai wang tapi kita adalah digalakkan untuk memberi sumbangan agar rumah ini terus berkekalan dan terpelihara (begitu juga dengan galerinya).....





...yang tertulis
*

Rumah beratap nipah berlantai papan ini telah dibina oleh ayah P.Ramlee iaitu Puteh bin Karim bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Hussain pada tahun 1926. Asal kayu rumah ini dahulunya adalah daripada rumah di Lorong Yahudi yang telah dirobohkan kerana kawasan ini digunakan untuk pembinaan kuartes kerajaan. Bapanya telah membina kembali rumah ini di Caunter Hall (sekarang Jalan P.Ramlee).

*

Rumah ini telah pun dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun pada tahun 1948. Rumah ini kini telah di baik pulih oleh Arkib Negara Malaysia dan masih mengekalkannya dalam bentuk yang asal.


P.Ramlee telah dilahirkan di rumah ini pada 22 Mac 1929. Selepas habis pantang selama 44 hari P.Ramlee telah dibawa ke rumah ibubapanya di Kg. Jawa. Walau bagaimanapun beliau sering berulang alik ke rumah ini sehinggalah beliau meninggalkan Pulau Pinang untuk ke Singapura.


Dan inilah dia rumah kelahiran P.Ramlee









pemandangan dari dalam rumah



Seperti di galerinya, ruang rumah juga dipamirkan gambar-gambar mengenai riwayat seniman agung P.Ramlee. Terdapat gambar-gambar seperti sewaktu beliau bersekolah, pasukan bolasepak yang disertai dan juga trofi yang pernah dimenangi.




kad pengenalan P.Ramlee

Galeri dan Rumah Kelahiran P.Ramlee I

Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Alang-alang bercerita pasal setem P.Ramlee
Ku ceritakan juga pasal galeri P.Ramlee
(...dan rumah kelahiran P.Ramlee)


Pada Oktober 2009, sempat juga singgah melawat Galeri P.Ramlee dan Rumah Kelahiran P.Ramlee yang terletak di Pulau Pinang. Jadi, setelah settle ronda Lorong Kulit dan pekena nasi kat Hameediah di Lebuh Campbell, Galeri P.Ramlee menjadi destinasi seterusnya. Lepas makan kenyang-kenyang, eloklah exercise kaki sambil berjalan-jalan melihat pameran dan rumah kelahiran seniman agung kita, Tan Sri P.Ramlee, betul tak...
*


*
Untuk masuk ke galeri ini, tiada sebarang bayaran dikenakan, free-of-charge. Masuklah ramai mana pun, asal jangan bawa balik barang pameran sudah, kalau mahu juga, souvenir ada dijual kat kaunter.
*
Didalam galeri ini ada pelbagai gambar lama dari zaman P.Ramlee dipamirkan khas buat pengunjung dan peminat P.Ramlee. Gambar P.Ramlee dengan kawan-kawan dan bersama orang ternama, P.Ramlee sewaktu muda dan bersekolah, karikatur, hinggakan jadual kedatangan sekolah P.Ramlee pun ada. Terdapat juga pakaian, alat muzik dan peralatan peribadi yang pernah beliau guna sewaktu di hayat beliau, turut dipamirkan.
*
Anggaplah entri ini sebagai "teaser" kepada peminat-peminat P.Ramlee, kalau mahu experience yang sebenar kenalah melawat sendiri Galeri dan Rumah Kelahiran P.Ramlee, baru best....