Showing posts with label Lefthanded. Show all posts
Showing posts with label Lefthanded. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt4

Selesai saja mini concert, semua yang dok kerumun depan stage pun mula beredar. Cuma aku saja yang tinggal berdiri kat depan tu. Hehehe, aku bukannya tunggu Man Kidal buka baju dan baling kat peminat. Aku cuma lepak sat nak tengok musical gadgets diorang ni. Bila dah tinggal crew saja kat situ, aku terpandang kat satu brader ni tengah dok angkat Fender Strat Man Kidal. Maka aku telah dengan selambanya menyapa brader tu dan minta permission untuk pegang dan bergambar dengan gitar Strat tu. Bila brader tu kata ok saja apa lagi, sepantas kilat la aku beraksi sekejap. Maaflah gambaq ni aku tak dapat nak post atas sebab-sebab hakcipta yang sangat dipelihara.....
.
Di luar hard rock pula di pamirkan patung-patung Celebriducks berwajah Man Kidal. Celebriducks adalah sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang mengeluarkan collectible gifts berupa rubber ducks yang mengambil wajah-wajah ahli-ahli sukan yang hebat, celebriti atau artis-artis yang masyhur dan yang seumpama dengannya. Senang cerita hanya yang famous saja dipilih untuk menjadi Celebriducks ni, dan Man Kidal adalah salah seorang daripadanya. Dan inilah dia...




Kira tak sah la kalau aku pi jauh-jauh nak tengok Man Kidal perform dan lepas tu tak minta autograf dia betul tak. Jadi, bila aku nampak saja dia keluar (tengah dukung cucu beb...), aku pun panggil la dia sat untuk sessi autograf dan bergambar. Dia pun dengan senang hati melayan karenah aku dan sain semua barang yang aku bawa, begitu juga dengan Yan dan Man Dayak. Semua kasi sain dan bergambar. Thanks guys, terbaikkk...



Dan inilah dia hasil autograf hari tu...












Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt3

Setelah selesai persembahan FT dan rakan-rakan, maka tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu kemunculan band legenda Lefthanded. Band line-up untuk hari tu adalah, seperti biasa guitar legend Man Kidal, Yan the bassist, Man Dayak drummer, keyboardist yang (maaf) tak sempat nak tangkap nama dia dan vocalist, Shahrin. Performance memang tak boleh disangkal lagi, dah semestinya terbaik. Lagi baik sebab dapat tengok aksi goreng gitar dua kaki saja dari biji mata...hahaha..

Macam-macam lagu Lefthanded dipersembahkan pada petang tu. Diantaranya, Keadilan, Debunga Wangi, Seruan, Ku Di Halaman Rindu, Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi dan ballad tahap all-time favourite, Tiada Lagi Kidungmu. Sewaktu hendak menyanyikan lagu Kidung, vocalist sempat menyatakan, ni la lagu yang boleh kasi cramp perut, hahaha mungkin sebab kena tarik banyak kot....


drum set yang menantikan
kedatangan Man Dayak...


yeahhh, sudah sampai


guitar legend Man Kidal kasi adjust sikit


sedikit intro buat kasi panasss


"...sepi yang mencengkam, saban waktu,
membawa aku ke lembah berduri..."
(Debunga Wangi)

boleh tahan juga Shahrin (vocalist) bawa
lagu-lagu Lefthanded, memang bezzz...


Aku sempat juga record Man Kidal punya solo. Goreng baikkk punya, almost 8 full minutes of six-string sting. Tada tipu punyer, goreng sampai garing. Tapping ada, tampaq gitar pun ada. Macam Malmsteen pun ada. Tapi Man Kidal tetap Man Kidal, ada style tersendiri...ada class.





"...tiada lagi ku dengar kidungmu,
tiada lagi derai tawa mu..."
(Tiada Lagi Kidung Mu).


Paling best, masa nak start performance Shahrin cakap "...kami hanya menyanyikan lagu Lefthanded". Yeahhh, itu yang kami mahu...


Man Kidal & Lefthanded
LIVE at Hard Rock Cafe Penang





"...biar dari sudut mana pun
kau lihat diri ini..."
(Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi)



"...gigil, menggigil aku
ku dengar suara kebesaran"
(Seruan)



Rocker yang happy...


Yan bikin solo sikit


...efek ala rock 70's


kasi zoom-in sikit, cuba nak cilok sikit ilmu goreng, hehehe, itu pun kalau sempat...





'till we meet again...


Wednesday, October 27, 2010

Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt2

Selesai saja Dead Mushroom punya performance, tibalah giliran superhero ni beraksi. Seperti yang dijangkakan, performance Faizal Tahir dan geng dia memang superb. Cuma, hehehe ada cuma la pula ya. Ok, cuma kali ni shownya berbeza sikit daripada mini concertnya yang terdahulu. Genervie Kam yang biasanya hebat dengan violin letriknya kali ni bermain keyboard. Adiknya (ka abang, tak pasti...) Arthur Kam yang bermain drums telah digantikan dengan seorang pemain baru. Sorry tak sempat tangkap nama dia. Yang lain macam biasa la cuma (cuma lagi...), performance petang tu banyak guna gitar tong, hehehe akoustik. Tapi, terbaikkk...









Adik ini telah diajak ke pentas oleh Faizal Tahir dan diperkenalkan sebagai "the next best thing to come into the music industry". Kiranya Faizal Tahir telah agak terpegun dan tak terkata bila melihat adik kecil ni boleh perform dengan hebatanya, memandangkan usianya yang sangat muda. Jadi adik ini telah di-introduce kepada umum oleh Faizal Tahir agar kita semua watch-out akan kemunculannya satu hari nanti. Bila di tanya siapakah idolanya, dia menjawab Arthur Kam...



...mari menyanyi bersama Faizal Tahir



goreng baikkk punyer




Selepas last song ni (gambar bawah), Faizal Tahir pun membuka baju Superman-nya dan dilemparkan ke audience. Baju tu terbang betul-betul sebelah aku. Tangan dah tergerak nak menggapai baju terbang tu tapi apakan daya, sempat teringat tali kamera yang ada dipergelangan tangan. Takut nanti aku buat sarkis pergi tangkap baju tu, kamera aku pula yang terbang. Haaaiii, dah nasib. Takpalah, lain kali kita cuba lagi....