Showing posts with label CD. Show all posts
Showing posts with label CD. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Rock Sampai Tua XII

...dan inilah selebihnya koleksi CD rock yang aku ada.
*
Battle of The Bands (2CD)
*
Bloodshed: Debu Khayalan, Nostalgia Rindu, Manusia dan Janji, Hidup Pemuzik, Teruskan Ella & The Boys: Cinta Berakhir, Dua Insan Bercinta, Ulat Bulu Lefthanded: Debunga Wangi, Tuduhan, Lanun, Kenangan Bersamamu Rahim Maarof and The Whitesteel: Jumpa Sekali, Kejahilan, Hanya Dalam Mimpi, Sengketa SYJ: Mata Sepet, Orang Timur, Hati Syaitan Semua Artis: Hapuskan Cetak Rompak
*
Best of Slow Rock Vol.1

Memori (Rusty Blade), Masih Ada Rindu (Unwanted), Pertama dan Terakhir (Rusty Blade), Erti Cinta (Last Minute), Terperangkap Dalam Sinaran (Hanafie Warren), Kau Pergi Tiada Pengganti (Jatt), Sketsa Rindu (Hanafie Warren), Kau Sayangi (Last Minute), Melissa (Helter Skelter), Penantian (Rusty Blade), Jangan Salah Aku (Jatt), Akhir dan Pertama (Helter Skelter)


*
Bloodshed: Samarkand

Samarkand, Srikandi Cintaku, Carilah Wajahmu, Tangisan Salju Di Khatulistiwa, Tanah Air Api dan Angin, Marilah Berjuang, Kota Itu Ilusi, Satria Mega, Dibendung Kasih, Panah Arjuna.

*
Bumi Putra Rockers: Slow Rock Terbaik
*
Dari Sinar Mata, Seribu Tahun Takkan Mungkin, Ku Tanggung Dusta Cinta Yang Membara, Aku Hanya Serangga, Hilang, Sudah Sampai Sini, Harum Subur Dihati, Dendam Cinta Seusia Dunia, Getar-getar Cinta, Setitis Madu.

-
Ella 8494
-
Layar Impian, Gemilang, Kesal, Dua Insan Bercinta, Pengemis Cinta, Cinta Selembut Sutera, Nuri, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Penawar, Kasih, Permata Biru, Sembilu.
*
-
Ella & MAY
-
Ella: Cinta Berakhir, Dua Insan Bercinta, Hanya Secebis Jawapan, Menanti Musim Berbunga, Meniti Liku Sepi, Takdir
MAY: Cintamu Mekar Dihati, Dalam Kembara, Gadis Bertudung Putih, Sendiri, Sketsa Sebuah Cinta, Terukir Janji
-


Ella USA
-
Menanti, P.P.P., Gemilang, Mungkin, Aku Kau Dia, Risau, Esok Lusa Selamanya, Ala Amerika, Penawar, Nuri, Itulah Saya, Rindu, Gemilang (instrumental), Menanti (instrumental)



Keunggulan Febians
-
Penantian, Untuk Mu Sayang, Rumie dan Julie, Perjalanan segitiga, Demi Cinta Ini, Kehancuran Sebuah Cinta, 1001 Malam, Kesepian, Masih, Bakteria, Kesan, Bayangan Cinta.



Gersang: Dalam Kenangan
-
Masih Aku Terasa, sunyi, Aku Bertemu Aku, Suratan Takdir, Luka Lagi, Percintaanku, Bersama Suara Hati, Jiwa Rock N Roll, Bunga Cinta, Bayangan Mimpi, Bisikan, B29.


Rusty Blade: Slow Rock Terbaik
-
Tiada Lagi Aku, Tercipta Kasihku, Mahkota Sukma, Kehilangan, Kenangan Cinta, Pertama dan Terakhir, Mimpi, Penantian, Luka, Bisikan.


Rock Sampai Tua XI

Wings, satu-satunya band rockers dari Kuala Lumpur dan telah ditubuhkan pada tahun 1983. Album sulungnya, Belenggu Irama dikeluarkan pada tahun 1987 dan mengandungi lagu-lagu seperti Inspirasi Tamingsari, Intan, Ku Kesepian, Kembalilah, Biarkan Berlalu, Peronda Jaket Biru, Kota Kemusnahan, Belenggu Irama, Sekeping Kertas Bermaruah, Hapuskan Fitnah dan Dari Tuhan.
*
Belenggu Irama
(Eddie, Syam, Black dan Awie)
*
*
Pada tahun 1988, keluar pula album kedua Wings iaitu Hukum Karma. Masa ni line-up Wings ada tukar sikit. Joe sudah masuk sebagai gitaris Wings. Lagu-lagu dari album ni, Opera Hidup, Misteri Mimpi Syakilla, Jerangkap Samar, Hikayat Penuh Ranjau, Sembunyi, Hukum Karma, Orang Kita, Taman Rashidah Utama, Fotostat dan Anugerah.
*
Hukum Karma
(Eddie, Joe, Black dan Awie)


Ini pula adalah set 2 CD Wings & Superfriends, Opera Dalam Kenangan yang diterbitkan pada tahun 1994. Lagu-lagu Wings yang dinyanyikan semula oleh kawan-kawan mereka...
*
Part 1: On My Side (Andy McLean), Dia (Hattan), Rock n' Roll Band (Azul), Taman Rashidah Utama (Ramli Sarip), Perhentian (Joe, Jojet, Eddie), Sejati (Azul) Midnight Blues (Hattan), Serati Tidak Bisa Jadi Undan (Amy Search), Peronda Jeket Biru (Sahara Yaacob), Bazooka Penaka (Yantzen) dan Tangisan Marhain (Sahara Yaacob).
*

*
Part 2: Paus Menangis (instrumental), Alam Barzakh (Ramli Sarip, Amy, Mus, Azul, Andy McLean), Di Tepian Gelanggang (Ito), Orang Kita (Ramli Sarip), Biarkan Berlalu (Ito), X'Po Imaginasi (M Nasir), Pengembara Terasing (Nike Ardilla), Kiblat Laser (Amy Search), Satelit Puaka (Mus), Dari Tuhan (A Romzi), Jerangkung (instrumental), Bernafas Dalam Lumpur (Mus) dan Rantai (M Nasir)
*

Album solo Awie, O-Tak telah diterbitkan pada tahun 1996 dan lagu-lagunya adalah, Dipenjara Janji, 1570, Kita Permata, Aku Bukan Orang Putih, Biarpun Lorong Depan Ku Tak Bercahaya, Lepak, Karut Marut, Bahagia Menemuimu, O-tak, Nostalgia Cinta, Tinggalkan Satu Peluru dan Airmata Maria.

Rock Sampai Tua X

Lefthanded adalah sebuah kumpulan rock dari Johor yang dianggotai oleh Man Kidal, Samad (allahyarham), Yan, Nash dan Man Dayak. Group ni mula dikenali sejak menyertai Juara Rock pada tahun 1983. Album pertama Lefthanded, "Keadilan" telah diterbitkan pada tahun 1986. Masa mula keluar dulu takda versi CD ni, yang ada pun kaset saja. Lagu-lagu album Keadilan: Keadilan, Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi, Sudi Sudikah Dikau, Debunga Wangi, Hadapilah Dengan Sabar, Tiada Lagi Kidungmu, Ringan Berat, Lanun, Problem Malas dan Lagenda Cinta
*
Lefthanded (Siri Lagenda): Keadilan
*


Ini pula adalah album kedua Lefthanded berjudul Seruan. Album yang diterbitkan pada tahun 1987 ini menampilkan seorang lagi rockers yang join Lefthanded dan bermain keyboards iaitu Isa. Lagu-lagu album ini adalah Seruan, Kenangan Bersamamu, Inflasi, Sepanjang Riwayat Hidup (Untuk Ibu), Rafidah dan Sejarah, Alam dan Pencipta, Sentuhan Kidal, Antara Usaha dan Nasib, Ku Dihalaman Rindu dan Histeria


Lefthanded (Siri Lagenda): Seruan



Album Fanatisme lahir pada tahun 1990. Waktu itu Nash telah keluar meninggalkan Lefthanded dan tempatnya digantikan oleh Raja Rock, Ramli Sarip. Aku takda la pula CD Fanatisme tapi kalau nak tengok macamana rupa covernya, silalah ke Label: Kaset (Kaset Melayu - Lefthanded). Lagu-lagunya adalah, Semangat Lamina, Satu Tidur Panjang, Pesta Hidup Di Kota Raya, Blues, Impian Setaman, Suatu Bayangan, Perjalanan Cinta Abadi, Akal, lingkaran Sejarah Kita dan Tenat.
*
Ok, yang kat bawah ni pula adalah album Nafas yang keluar pada tahun 1996. Dari CD sleeve:
*
"rakaman LIVE dirakamkan pada 4 november 1994 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur"
*
"rakaman studio dijalankan dari januari '96 - mei '96"
*
"...disebabkan oleh jadual dan komitmen muzik peribadi yang ketat, Man Kidal tidak dapat melibatkan diri di dalam rakaman studio..."
*
"NAFAS adalah khas buat yang masih setia - sebagai pengubat rindu. Sepenuh kesyukuran kepada Yang Maha Esa, seikhlas kasih buat seluruh keluarga Lefthanded, sahabat handai, peminat setia, media cetak dan elektronik yang banyak membantu dan tidak lupa juga buat keluarga Warner Music Malaysia, who still believes in us" - Lefthanded
*
Lagu-lagu album ini: Blues (live), Debunga Wangi (live), Hidup dan Perjuangan (live), Keadilan (live), Kenangan Bersamamu (akustik), Maya Persada (akustik), Nafas Rindu (lagu baru), Semangat Lamina (live), Sentuhan Kidal, Seruan (live) dan Sutra (lagu baru).



Friday, February 5, 2010

Rock Sampai Tua VIII

"...apakah nilainya sekerdip kenyitan,
kalau bersepah ditengah jalan, oh yeahhh...
mahal harga sekuntum senyuman,
mahal lagi kalau menyimpan perasaan..."

Walaupun kumpulan Search telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan ahlinya sudah beberapa kali bertukar-ganti, tapi Search yang aku kenal adalah dari tahun 1985 dan ahlinya pada waktu itu adalah Amy, Man Kidal, Din, Yan dan Yazit. Album pertama mereka, Cinta Buatan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1985 memang best. Oleh kerana time tu masih sekolah lagi, aku hanya mampu beli kaset cap lanun saja, hehe... tapi takpa, aku dah tebus balik dan angkat CD versi remastered macam yang kat bawah ni.

Pada tahun 1986, keluar pula album kedua Search iaitu Langit dan Bumi. Kali ni ahlinya adalah Amy, Hilary, Din, Nasir dan Yazit. Man Kidal dan Yan pula keluar dari Search dan fokus kepada group diorang, Lefthanded.

Lagu-lagu album Cinta Buatan Malaysia:
Isi atau kulit, Cinta Buatan Malaysia, Cinta Sepi, Cinta Pertama, Sirih Gambir, Balada Pemuzik Jalanan, Kejora, Nombor, Jiwa-jiwa Luka, Musafir.*

Lagu-lagu album Langit dan Bumi:
Musnah, Meniti Titian Usang, Lagit dan Bumi, Rozana, Tumbuk Rusuk, Pasti, Bisa, Mencari Sebuah Nama, Pada Satu Kedudukan, Kau Pergi

Album Search Dua dalam Satu.
Cinta Buatan Malaysia & Langit dan Bumi*



Album Mentari Merah Diufuk Timur telah diterbitkan pada tahun 1987. Barisan ahlinya masih sama seperti album sebelumnya. Lagu-lagu dalam album ni adalah: Pelesit Kota, Fantasia Bulan Madu, Gelora Cintaku, Gadisku, Bunga Pesona, Pembakar Perasaan, Sebatang Tongkat Untuk Berdiri, Serigala Segalanya, Mat Rock, Mentari Merah Diufuk Timur.*


Tapi, lagu paling power (dari segi chart performance) ialah lagu Fantasia Bulan Madu. Kalau tak silap aku, lagu ni (dulu) dapat maintain nombor satu kat carta radio selama 17 minggu berturut (kalau tak 17 minggu pun, berminggu-minggu jugak la). Satu-satunya lagu yang dikatakan dapat menandingi (sama lama tapi tak overtake) lagu Rindu Bayangan nyanyian Jay Jay Carefree.

Mentari Merah Diufuk Timur
*



Selepas album Mentari ni, ada macam-macam lagi album yang keluar tapi koleksi aku yang tu entah mana pergi aku pun tak tahu. Yang tinggal ini saja... Ok lah, selepas album ni, keluar pula album Berpaling dan album Di Pintu Sepi pada tahun 1988. Masa ni ada sedikit kontroversi. Apa taknya, dalam satu tahun boleh keluar 2 album. Kisah ni nanti aku akan post "original newspaper clipping"nya. Nantikan....


Pada tahun 1989, keluar pula album Fenomena yang mengandungi lagu-lagu seperti Fenomena, Purnama, Isabella, Derap Komando, Ku Taklukkan Dunia, Menara Kesesatan, Bencana, Pawana, Songsang, Gadis Misteri, Mencari, dan Malam. Lagu Isabella tu punyalah power sampai keluar cerita wayang dengan tajuk yang sama, tapi kemudiannya ditukar ke Fenomena, yang dilakonkan oleh aktres top masa tu Ramona Rahman dan kumpulan rock hebat (mana lagi...) Search.


Inilah dia DVD filem Fenomena arahan Aziz M. Osman yang dilakonkan oleh M.Nasir, Ramona Rahman, Amy Search (dan juga gengnya) dan Adik Noramarina Zulkifli. Filem ini telah ditayangkan pada tahun 1990 dan mendapat kutipan RM1juta...



Tapi, Fenomena bukanlah kali pertama Search berlakon dalam filem. Aku rasa filem pertama diorang berlakon adalah dalam cerita Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang telah ditayangkan pada tahun 1986. Star dalam cerita ni dah semestinya abang Bujang kita, M.Nasir tapi Search ada perform waktu concert di Panggung Anniversary dan waktu nak belasah geng cetak rompak. So bagi aku ni diorang punya first attempt dalam bab berlakon filem la....

DVD Filem Kembara Seniman Jalanan



Ok, sambung bab album Search, selepas Fenomena, pada tahun 1990 keluar pula album Karisma yang antara lain menampilkan lagu-lagu seperti Melastik Ke Bintang, Dunia Milik Kita, Emanuelle dan Teguh.

Pada tahun 1991 pula, sempena sepuluh tahun Search dok rockin' rakyat Malaysia ni, diorang keluarkan album Search Sepuluh Tahun yang ada lagu Cinta Kita (Amy & Inka), Manusia Oh Manusia, Mencari (instrumental), Malam, Ku Taklukan Dunia, Emanuelle, Teguh, Gadis Misteri, Derap Komando, Fenomena, Melastik Ke Bintang dan Isabella.

Search Sepuluh Tahun



Selepas album Search Sepuluh Tahun, keluar pula album Rampage pada tahun 1992 dan album Gema Di Timur Jauh pada tahun 1995.


Ini pula adalah album gabungan Search dan Wings yang diberi nama Double Trouble. Album yang keluar pada tahun 1992 ni memperdengarkan vokal dua rockers utama, Amy dan Awie, sangat power tuh.... Lagu-lagu dalam album ni, (intro), Gemuruh, Kau Masih Berdegil, Akhirnya, Gema Di Inderaloka, Nazar, Cakap Memang Murah, Malam Gelisah, Seribu Satu Natijah (Kerana Dia), Mabuk Tujuh Lautan, Ikutkan Saja.
*
Search & Wings: Double Trouble



Lagu-lagu Koleksi Search
Album kompilasi ni aku beli pada tahun 1992 dan mengandungi lagu-lagu awal Search seperti Fantasia Bulan Madu, Rozana, Cinta Sepi, Mentari Merah Diufuk Timur, Meniti Titian Usang, Setelah Hujan, Gadisku, Kau Pergi, Kejora, Musafir, Bisa dan Sebatang Tongkat Untuk Berdiri.



Search Rock Mania
Yang ni aku tak ingat pula tahun bila aku beli. Macamana pun album ini adalah album kompilasi Search yang telah di-remastered kasi tambah ummph. Lagu-lagu yang ada, Pasti, Isi Atau Kulit, Gelora Cintaku, Langit dan Bumi, Balada Pemuzik Jalanan, Pelesit Kota, Jiwa-jiwa Luka, Mat Rock, Serigala Segalanya, Sirih Gambir, Pembakar Perasaan, Nombor, Kau Akan Tahu, Mencari Sebuah Nama, Berpaling dan Musnah.





Album solo Amy Search yang memuatkan lagu-lagu seperti, Aku, Yang Terbit Dari Dalam, Kongkang, Hey! Apache, Dewi, Nak Jadi Superman, Kembali, Gita Irama Sita, Macam Biasa dan Kalimah Cinta.
*



Nampaknya setakat ni sajalah koleksi CD Search yang aku ada. Album Selepas Banjir (1999) dan album Gothik Malam Edan (2006) belum sempat lagi join. Namun begitu, kosert Di Awan Biru tetap aku pergi........ Rock Sampai Tua!!!

Monday, January 25, 2010

Rock Sampai Tua VII

CD rock bahasa inggeris dah settle, kali ni giliran rock melayu pula. Kalau nak cerita pasal rock melayu ni kena la start dengan legendnya. Siapa lagi kalau bukan Ramli Sarip dan gengnya Sweet Charity. Ramli Sarip telah dilahirkan pada 15 Oktober 1952 di Singapura dan pada tahun 1967 beliau menubuhkan sebuah kumpulan gitar rancak yang diberi nama Sweet Charity. Lagu-lagu Sweet Charity ni bukan setakat sedap didengar malah sampai sekarang masih lekat di kepala. Pasang saja mana-mana lagu diorang, gerenti on-the-spot boleh nyanyi sekali. Tu dia powernya "SweetChat" ni...
*
Kembali kepada cerita Abang Ramli, pertama kali aku jumpa (nampak) dia adalah pada awal tahun 80an. Waktu tu aku ikut mak aku pergi Singapura sebab nak beli barang. Bila time maghrib mak aku pun suruh la aku solat kat masjid (kalau tak silap dekat area Arab Street). Bila selesai saja aku pun pi la balik kat tangga nak pakai kasut, dan terpandang la pula kat seorang brader berambut panjang ni, pun tengah nak pakai kasut juga. Aku pun lalu sebelah dan tengok muka brader tu.....Ramli Sarip!!! Agak terkejut juga aku. Rockers ni jenis yang ingat Tuhan punya, rockers ada isi, bukan kosong saja....



"Ramli Sarip" album pertama Ramli Sarip bila mula bergerak solo pada tahun 1985. Lagu-lagu dalam album ni: Jikalau Berkasih, Panah Beracun, Tersendiri, Kepastian, Jangan Disebut Lagi, Selamat Malam, Simpati, Sebelum Bangga Diri, Bersalam Semula dan Tanpamu.
*
*

Album "Syair Timur" yang telah dilahirkan pada tahun 1997. Mengandungi lagu-lagu seperti Iqra', Adam dan Hawa, Tangan Tangan Amal, Pak Kadok, Si Pandir, Senandung Penghayal, Kalimah Terakhir, Syair Laila dan Majnun, Negeri Hakiki - Soal Kita, Dikir-Fikir dan Lagu Jiwa.

*

*
Keempat-empat CD yang berikut adalah dari box-set Ramli Sarip yang diterbitkan pada tahun 1994. Memuatkan pelbagai lagu Abang Ramli sepanjang kariernya sebagai penyanyi, pemuzik, penggubah dan penerbit lagu. Istimewanya set ni ialah adanya rakaman temu-bual bersama Abang Ramli yang menceritakan tentang pembabitan awal Abang Ramli dalam industri muzik, bagaimana Abang Ramli hendak ke studio rakaman tumpang kereta kawan, break makan roti canai dan sebagainya. Disamping itu dimuatkan juga lagu-lagu Abang Ramli berduet dengan artis-artis seperti Dato' Khadijah Ibrahim, Jay Jay, Dato' SM Salim dan lain-lain. Terdapat juga lagu-lagu yang dirakam semula seperti Ikrarku Pada Rozana, Kasih Tak Kesampaian, Ribut 10:59 Pagi, Kawan Ketawa Kawan Menangis dan lagu-lagu baru seperti Negeri Cinta dan Oh Rohani.

*

Ramli Sarip - Ziarah Seni (Asli dan Tulus)

Intro, Bukan Kerana Nama, Kenyataan, Istilah Bercinta, Kau Yang Satu, Ramadhan, Perjalanan Hidup, Ku Dihalaman Rindu, Lahirnya Sebuah Puisi, Layarkan, Kasih Tak Kesampaian, Doa, Teman, Warisan Alam, Ku Milikki Bayangmu, Oh Rohani (Lagu Baru/Versi Unplugged)



Ramli Sarip - Ziarah Seni (Litar Api Rock)

Intro, Ribut 10:59 Pagi (Rakaman Terbaru), Datang Dan Pergi, Pelarian, Penunggu, Jangan Tunggu Lama-Lama, Kawan Ketawa Kawan Menangis (Rakaman Terbaru), Ikrarku Pada Rozanna (Rakaman Terbaru), Teratai, Kamelia, Hilang Gelap Terbitlah Terang, Sejuta Wajah, Musibah, Blues Yang Hilang (Lagu Baru/Versi Unplugged)


Ramli Sarip - Ziarah Seni (Muzik Jalan Terus)

Intro, Budaya, Jikalau Berkasih, Semangat Lamina, Blues Felda Blues, Dadah Merbahaya, Diktator Papan Catur, Orang Kota, Fantasi Tapi Kenyataan, Keliru, Dilema, Gejala Hari Ini (Hapuskan Dadah), Sabar Kasihku, Di Persada Ingatan, Tajam-tajam, Puisiku Yang Hilang (Lagu Baru/Versi Unplugged)


Ramli Sarip - Ziarah Seni (Muzik Jelata)


Intro, Ihsan Mulia (duet bersama Khadijah Ibrahim), Joget Hilang Berganti (duet bersama Khadijah Ibrahim), Setinggi Gunung Sebuah Janji (duet bersama Khadijah Ibrahim), Zapin Berperi (duet bersama Khadijah Ibrahim), Bicara Uda Dan Dara (duet bersama Khadijah Ibrahim), Senandung Hidup Berbudi (duet bersama Jay Jay), Rasa Tempatan, Dondang (duet bersama Teman-teman), Doa Buat Kekasih (duet bersama Khadijah Ibrahim), Lagu Zaman (duet bersama S.M.Salim), Petani, Temasya Desa Gemalai, Negeri Cinta (Lagu Baru), Kasih Tak Kesampaian (Lagu Baru / Versi Unplugged)


Konsert Sejuta Wajah ini adalah konsert reunion Sweet Charity yang telah diadakan pada 6 Januari 1996 di Stadium Merdeka. Rakaman dibuat secara "live" dan dalam format digital dan kandungannya, Introduksi, Trilogi, Interval, Teratai, Jangan Lama-lama, Batu, Dunia Perlumbaan, Kamelia, Lahirmu Bukan Untuk Dunia, Musibah dan Sejuta Wajah.






*
Pilihan Terbaik Sweet Charity Vol.2 pula terkandung didalamnya lagu-lagu seperti Zakiah, Arahan, Bagaikan Bermimpi, Nada Penyesalan, Apa Khabar Sekarang, Jangan biarkan, Perjalanan, Jangan Lama-lama, Dendang Remaja, Dalam Kerinduan, Dia, Haji, Terharu dan Jangan Tak Jadi.


Tuesday, January 19, 2010

Rock Sampai Tua VI

CD single ni lain sikit sebab semuanya dalam tin...hmmm
*
ZZ Top: Pincushion (single) 1992
*
*
Guns and Roses (single)



Bon Jovi: Someday I'll Be Saturday Night (single) 1995



Van Halen: Don't Tell Me (single) 1995