Showing posts with label Service. Show all posts
Showing posts with label Service. Show all posts

Lagi Template Minisite Percuma dan Berbayar.

Minisite For Improve your Business. Ramai yang telah memilikinya.

Sejak beberapa hari ini saya asik bercerita mengenai minisite, sehingga pada hari ini ada seorang IM yang telah mengeluarkan produknya. Produknya ialah Template minisite tanpa photoshop. Templatenya begitu simple tetapi memang cantik. InsyaALLAH saya akan cuba menggunakanya dan masukkan di blogger pada akan datang ini.

Jika anda ingin melihat hasil kerja IM tersebut, anda boleh lihat disini. Hasil kerjanya menggunakan photoshop memang saya respect. Begitu HEBAT dan kemas. Memang cantik sekali. Tidak rugi juga jika membeli template tersebut.

Selama ini saya hanya menggunakan template minisite yang seperti biasa. Dan hari ini saya download 3 template minisite percuma dari cik luvleey. Terasa seperti ingin mengeluarkan produk sendiri pulak. Hehehe..

Bilalah saya hendak mengeluarkan produk sendiri. Sebelum saya terlupa, rupanya minisite ini agak hangat juga pada masa ini ya, tidak perasan pula saya. Ramai juga pelawat blog ini yang datang dari search engine dengan carian template minisite percuma, cara membuat minisite dan sebagainya.

Tahniah kerana anda telah jumpa tempat yang betul. Tetapi sebenarnya untuk lebih perfect template minisite anda, ianya memerlukan web hosting. Apa yang saya buat selama ini hanyalah sebagai alternative lain untuk membuat minisite.

Terlintasnya idea untuk membuat minisite dengan blogger adalah kerana saya amat sukakan blogger, disebabkan itulah saya mula berfikir bagaimana hendak menjadikan blogger sebagai minisite. Minisite yang saya buat sebelum ini hanyalah sebagai contoh untuk anda.

Anda boleh membuatnya dengan lebih baik lagi daripada saya. Saya pasti ramai lagi yang hebat diluar sana. Jangan lupa jika anda rasa ada yang perlu ditambah untuk menambah baikkan lagi minisite dengan blogger ini, kongsi-kongsikanlah dengan saya. Anda boleh contact saya @ berchating dengan saya di YM : solehpolysas.

Mulai hari ini, saya akan masukkan semula YM status di blog ini. Harap jangan SPAM dan la yer. Sebab sebelum-sebelum ini banyak gangguan bila saya tunjukkan YM saya. Jadi saya harap kali ini tidak berlaku lagi.





Tahniah Blogger - Buat Minisite semudah 123.

Tutorial Membuat minisite Dengan Blogger semudah 123. Tahniah kepada yang berjaya melakukan dan membuat minisite sendiri.

Tahniah juga saya ucapkan kepada yang tidak berjaya kerana paling tidak anda telah mencubanya bukan? Semasa saya mula-mula bergiat dalam bidang blogger, saya juga seperti anda. Saya juga bukanlah pelajar IT, saya pelajar accounting di politeknik. Jadi bidang blogger memang bukan bidang saya. Sebab itulah selalu saya katakan bahawa semua orang boleh buat kerana saya juga adalah seperti anda. Tiada basic atau segalanya.

Kita bermula dengan zero, lama-lama pasti bertambah kepada angka 1(satu) kan? Begitulah seterusnya. Saya lihat, ramai juga yang berminat dalam membuat minisite sendiri. Ada juga yang telah berjaya membuat minisite sendiri dengan tutorial ringkas dari saya, TAHNIAH saya ucapkan.

Bagi blogger yang masih belum dapat membuatnya, jangan risau, saya sudi membantu. Hanya RM20 untuk upah edit. Ingat, disini ramai yang keliru bahawa mereka ingat saya akan buatkan 1 template khas untuk mereka. Anda SILAP!! caj untuk RM20 hanyalah servise saya untuk memasukkan template minisite anda kedalam blogger. Ini yang menjadi kekeliruan kepada mereka yang hendak buat minisite dengan saya.

Jadi selepas ini saya harap tidak ada lagi kekeliruan seperti ini. Kenapa mahal?? Sedangkan tutorialnya sudah dibuatkan secara percuma?? Ini kerana ada juga sesetengah dari kita yang tidak ada masa untuk membuatnya, jadi saya hanya membantu dengan mengambil sedikit upah. Itu sahaja, jika ikutkan saya, saya tidak mahu menerima sebarang tempahan, tetapi ada juga yang meminta bantuan saya.

Dengan ini saya buat secara adil. RM20 untuk 1 minisite. 2 minisite RM35, saya berikan diskaun kepada anda. Tetapi sebenarnya untuk subscriber newsletter saya, saya berikan diskaun yang lebih. hehe.. itulah untungnya jika menjadi subscriber newsletter saya. Kadang kala saya akan berikan sesuatu yang mungkin berguna, dan mungkin juga akan berguna pada masa hadapan.

Baiklah, saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya. Semoga bisnes anda semakin berkembang maju.





Buat Minisite Dengan RM20.(Terhad!!)

Upah Membuat minisite dengan blogger RM20. Saya sudi membuatkannya dengan harga RM20.

Banyak juga permintaan dari email, jadi kali ini saya buka kepada sesiapa yang berminat untuk membuat minisite yang simple seperti di http://free-template.solehpolysas.com. Itu sebagai contoh sahaja. Jika anda ada template yang lain, saya juga boleh buatkan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah :
  1. Sediakan template yang anda suka. (jika tiada, anda boleh download disini)
  2. Anda emailkan butiran yang ingin dimasukkan kedalam minisite tersebut kepada saya di solehpolysas@gmail.com
  3. Jika anda gambar2 yang hendak dimasukkan, anda berikan sekali kepada saya.
  4. Jika anda perkara lain yang anda ingin saya buatkan, anda boleh contact saya di YM : solehpolysas
Jika anda berminat, anda hubungi saya. Harga RM20 adalah untuk minisite yang sudah siap. Untuk permulaan, anda perlu membayar deposit sebanyak RM10 kepada saya dahulu. Jika tidak, saya tidak akan buat sebarang permintaan anda.

Rm10 dibayar hanya menggunakan online tranfer ke akan bank, yang lain tidak dilayan. Okey, jika berminat, anda boleh email kepada saya di solehpolysas@gmail.com atau YM ID : solehpolysas

Design your blog


Solehpolysas™ Blog menawarkan service ini secara percuma.. Bagi pengguna blogspot, anda sudah pasti ingin mencantikkan lagi blog anda dengan pelbagai trick. Selain itu juga, pasti anda ingin mengemaskan lagi blog anda. Tidak lupa juga, pasti anda ingin blog anda mudah untuk dibuka (loading dengan cepat)..

Saya boleh membantu anda design sedikit sebanyak blog anda. Service ini hanya terbuka kepada pengguna blogspot. Apa yang anda ingin lakukan?? senaraikan kepada saya trick yang anda ingin buat. Jika saya boleh buat, saya akan buatkan. Secara percuma sahaja.. Anda tidak perlu membayar sebarang perkhidmatan yang saya buat.

Cuma ada 1 syarat sahaja. Saya hanya meminta backlink (link blog saya) di blog anda. Itu sahaja, biarlah semua orang tahu dari mana anda mendapat service ini.. Kita kongsikan bersama.

Service ini adalah untuk membantu anda yang kurang mahir dan juga yang malas nak buat trick2 yang saya sudah post. Ini dapat memudahkan kerja anda. Jadi langganilah sekarang.

Anda senaraikan trick yang anda mahukan, apa yang anda inginkan, dan anda boleh emailkan kepada saya template anda.

Caranya, anda download full template anda, kemudian emailkan kepada saya
( solehpolysas@gmail.com )

Jangan lupa senaraikan trick yang anda mahu. Saya akan cuba buatkan jika tiada masalah.

* saya tidak akan mengubah keseluruhan template, hanya beberapa trick yang anda mahukan sahaja. Jika trick yang anda minta itu tidak dapat saya buatkan, berikan sedikit masa untuk saya membuatnya. Saya hanya newbie yang berjinak-jinak dalam dunia blogger. Sama-samalah kita belajarnya.

UPDATE!!

cara yang mudah untuk saya edit template anda, anda hanya perlu add saya sebagai admin di blog anda.

Caranya :
  1. Login ke blogger
  2. Pergi ke setting dan pilih permission
  3. Anda invite saya, add email ini solehpolysas@gmail.com
  4. Setelah saya menerima invitation anda tadi, anda perlu pergi ke permission sekali lagi
  5. Kali ini anda klik pula link untuk add saya sebagai admin di blog anda.
  6. selesai, apabila saya sudah menjadi admin di blog anda, barulah saya boleh edit Layout anda.
Jangan risau, saya tidak akan merosakkan blog anda. Jaminan 100%.
TQ..


Trick yang saya boleh buat secara percuma :
  1. Membuat Scrollbar pada komen
  2. Show latest post & latest comment
  3. Tukar icon di address bar
  4. Membuat Link Related Post
  5. Membuat Comment Box Dibawah Posting
*Jika anda ingin trick seperti membuat footerbar seperti saya ini, anda perlu membayar upah utk hasil kerja saya. TQ

Update!!
Saya tidak lagi menerima sebarang permintaan untuk Edit Template anda. Anda baca disini