So, hari ni aku nak share sikit... tips untuk sesiapa yang mula nak berjinak dengan bisnes online tu.Sikit je ye sebab aku pun baru beberapa bulan jagung dalam arena bis online ni. Tapi ada hati nak bagi tips. Apa salahnya. Share ilmu kan.. Ini berdasarkan pengalaman aku yang tak ada basic lansung dalam berbisnes tau. Kalau ada yang pro bisnes harap maaf ye atas teori sediri ikut suka sesedap rasa ni.
1) Produk
Mula-mula kena set lah nak jual apa. Contoh yang famous sekarang ni tudung ke, barang kecantikan ke, baju ke. Macam aku, aku jual contact lens. Tapi sebab modal aku ciput je aku mula jual dengan power lens 0 degree je. Aku terdetik nak jual contact lens ni sebab aku suka sangat pakai lens. Then why not aku try jual. Tapi aku dah set up my mind aku nak jual murah-murah je. So semua mampu pakai even budak sekolah pun.
Awal-awal dulu aku sewa pushcart kat giant. Tapi giant bagi tempat yang tak strategik lansung. Kat dalam supermarket tu. Kebanyakan orang yang masuk dalam beli barang dapur ni makcik-makcik. Dan tempat aku tersorok daripada pandangan orang. Nak buat macam mana. Semua dah bayar kan. Sewa masa tu RM800 sebulan. Tambah deposit tok nenek semua jadilah RM1200. Tapi aku buka booth tu tak lama pun. Sebulan je. Sebab susah sangat nak dapat income. Tak pulang modal pun. Sedih! T_T
Then aku tengok macam banyak je balance lens yang tak terjual. So aku decide nak try bukan instashop. Aku jual murah-murah je. RM10 sepasang! Tapi tak termasuk post la. Aku pun start promote instashop aku. Tiba-tiba pling! Ramai pulak yang whatsapp, msg, call pun ada nak beli lens aku. So aku pun fikir kalau teruskan je ngam juga ni. Lagipun dah nak dekat raya. Around bulan Ogos 2012 masa tu. Bila semua balance lens aku tu habis, dapatlah aku modal balik untuk beli lens baru. Dari situ lah bermulanya instashop aku..
Nama Apple diberi sebab dulu aku ada sugar glider nama Apple. Macam cute je bunyi nya. Heheh
2)Modal
Nak start bisnes kena ada modal. Kecuali la bisnes jual pucuk ubi liar yang kena kutip-kutip kat tepi semak tu kan. Macam aku masa mula-mula nak buka booth tu aku loan duit kat ayah aku. Tapi tak bayar-bayar pun lagi. Heheh. Tapi lepas jualan kat booth tak laku, aku jual online. Alhamdulillah aku mampu kumpul modal balik.
3)Beli barang / cari supplier
Aku survey barang berhari-hari juga. Sebab nak bandingkan harga dan kualiti. Aku lagi senang kalau pergi ambil barang by hand sebab aku takut kena tipu. Yelah, modal bukan sikit-sikit. Beratus-ratus juga. Tapi aku pernah juga ambil barang melalui pos sebab tak ada masa nak pergi ambil barang. Itu pun lepas few times aku aku repeat order.
Barang-barang jualan.
4) Packaging / pembungkus
Bagi yang banyak modal tu boleh lah beli plastik comel-comel sikit. Tempah siap letak nama shop korang ke. Nanti nampak nice to see nice to hold once broken consider sold lah kan. Eheh. Aku just guna apa yang termampu je. Balut barang guna kertas A4 dan sumbat dalam plastik. So, secure sikit barang tu. Al-maklumlah. Abang-abang pos laju ni suka pecahkan barang-barang aku tau! Grr.. Lagi satu, aku ada sticker comel yang dilekatkan pada plastik pembungkus aku tu. Boleh buat kat booth jual sticker. 100 pcs RM10 je. But depends pada size sticker korang lah.
Sorry kabur. Ini je gambar yang sempat di snap.
5)Akaun bank
Korang mestilah kena ada akaun bank tau. Atleast satu akaun untuk orang bank in kan kat korang. Klau tak macam mana nak ambil payment. Contohnya akaun cimb or maybank. Customer aku ramai yang guna maybank, so aku pinjam akaun tunang aku untuk tumpang duit. Tumpang je k. Hahah.
Akaun bank yang aku guna.
6)Medium jualan
Korang kena ada satu medium untuk letak jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat pun boleh.
Gunakan je semua yang ada. Lagi banyak lagi bagus. Kalau modal besar boleh guna servis iklan facebook. Contoh iklan kat blog BOLEH RUJUK SINI. Tapi kalau boleh awal-awal bisnes janganlah privatekan fb, or insta korang. Bagi aku lah, itu boleh menurunkan mood orang yang nak membeli. Contohnya aku. Dah excited nak usha barang ni, sekali tu private pula. Kalau dah add pun entah zaman bila teringat nak g usha lagi kan.
Contoh promosi kat instashop aku.
7)Cara pengeposan barang
Lepas dah promote barang dan ada customer, kena lah postkan barang. Jangan jadi scammer k. Busuk punya orang. Btw, scammer tu orang yang promote barang tapi sebenarnya barang tu tak ada pun. Dia dah dapat duit, dia senyap. Terus block korang. Tak baik tau. Ok berbalik pada topik, aku gunakan servis pos laju. Setakat ni alhamdulillah ok je. Just barang pecah tu dah dua tiga kali lah juga. Tapi itu je pos yang paling dekat dengan rumah aku dan senang nak berurusan. Nasib baik sekarang ni packaging lens aku dah tukar ke bekas plastik. Selamat sikit. Aku selalu beli pembungkus pra bayar. Pembungkus pra bayar tu korang tak perlu dah lah nak kena packing barang kat kaunter pos laju lepas tu timbang lagi. Dia memag dah tetapkan sebungkus pos pra bayar tu RM6. Sebab tu kalau korang tengok postage biasanya RM6 mengikut berat barang yang dah ditetapkan. So, lepas packing boleh terus masukkan dalam pembungkus pra bayar tu dan hantar ke kaunter pos laju. Lagi satu, borang jangan lupa ambil sekali ye. Nanti nak tulis alamat kat celah mana.
Pembungkus pra bayar.
Borang pos laju.
Packing time!
8)Dropship
Lagi satu cara senang nak buat bisnes online tanpa perlu modal,cari barang,bungkus barang dan pos barang, korang boleh lah jadi dropshipper. Cuma kena ada medium untuk promote dan akaun bank je untuk terima payment. Dulu sebelum aku jual sendiri aku pernah jadi dropshipper juga. Tapi untung tak lah selebat jual sendiri. But at least masuk juga lah duit poket. Menjadi dropshipper ni korang just perlu promote barang, then bila ada customer dan dapat payment, korang pula kena buat payment pada supplier untuk dia postkan barang customer tu. Tapi hati-hati ye ada juga supplier yang menipu. Duit dah dapat tapi barang customer tak pos pun.
Jadi, itu sahajalah karangan SPM aku untuk pagi ini. Harap dapat lah membantu sedikit untuk sesiapa yang berminat nak mula bisnes online ni ye. Good luck untuk korang. Wish me luck too!! Amin~
XOXO,
Cik Putri
































