Maafler, sambungannya agak lewat. Kena pindah dan terpaksa menunggu untuk dapatkan broadband access....
Selepas kembali dari Edgware Road, beli makanan untuk berbuka puasa di Satay House, sempat ler tgk di website announcement Eid Mubarak di London pun fall on Sunday, 20th September 2009. So, buka puasa nasi malam itu, tidak perlu disimpan separuh untuk bersahur.
Sempat jadi sarapan untuk Aidil-Fitri 2 budak itam di perantauan...... Lepas sarapan, kami ke Central London Mosque untuk solat. Solat Eid Mubarak di mulakan pada 7.15 pagi dan setiap 1 jam bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pada mulanya, rasa pelik jugak sebab di Malaysia, cuma sekali jer di setiap Masjid dan Madrasah. Dalam perjalanan, kelihatan umat Muhammad berjalan bersama-sama menuju atau pulang dari kawasan masjid. Masuk kawasan masjid untuk muslimah, Masya'Allah ramai nyer umat Muhammad di Central London ini.........
Kawasan solat muslimah di buka di tingkat 2 & basement masjid. Penuh padat dengan muslimah dan anak-anak. Kami masuk bahagian muslimah di tingkat 2, di sediakan beg plastik utk simpan kasut. Masuk ke bahagian solat, kami terpaksa melangkah di tepi muslimah & anak-anak mereka. Selit punya selit, dapat ler ruang di sebelah seorang muslimah bersama 2 anaknya. Sedap anak-anak nyer sedang makan kuih raya yang di edarkan untuk muslim & muslimah.... huhuhuhu
Kami solat, berimamkan imam Sheikh Fawzi Siddiqi, tak pasti dari mana... Timur Tengah mungkin...
First time solat, makmum sebelah kiri sempat tarik anak-anak nyer supaya ketepi dan sempat lagi kutip sampah yg dia sepahkan oleh anak-anaknyer.... setau aku, klu gerak lebih dari 3 kali bukan pergerakan solat, dah kira batal. Tak khusyuk aku solat raya tahun ini.. kwang...kwang...kwang....
Selasai solat, aku dan Nughul bersalaman bersama dan orang keliling. Tapi, mereka nampak tidak biasa. Kami sempat berjumpa 3 muslimah dari Thailand. Seronok nyer mereka dapat berjumpa orang Asia di tengah-tengah ribuan muslimah dari timur tengah ini.
Pulang dari masjid melalui Regent Park. Sayangnyer, kamera tidak dibenarkan di kawasan masjid. Mungkin pernah ada pengalaman ngeri sebelum ini kot, entah ler...
Sampai di Marylebone Hall, terasa sunyi Syawal kali ini. Tiada keluarga menjamu selera, tiada sms atau panggilan dari sahabat2 serancak biasa. Nak hantar sms, risau tak pasti harga roaming sms dari sini. Terima sms pun tak dapat nak balas. Maaf ya sekali lagi wahai sahabat-sahabat ku...
Tahun ini, raya terpaksa berjimat cermat. Maklum ler, di tempat asing yg currency nyer 6 kali nilai ringgit Malaysia!!... Bill Maxis bulan ni pun belum sempat tengok lagi.... huhuhuhu
Selepas berehat, kami bersiap-siap untuk menghantar barang-barang ke Edgware.
Inilah kawasan keliling studio flat baru Nughul. Di sebuah bandar kecil yg lengkap dengan pelbagai keturunan Nabi Adam. Dari orang-orang yahudi, islam, hindu, cina, eastern & western Europe, Afrika dan rasanyer mcm dari seluruh dunia ada kot. Kedai kebab halal pun ada, Alhamdulillah....
Kami tidak bermalam di situ lagi kerana ada satu malam di Marylebone yg sudah di bayar dan aku ada appointment untuk 'melawat' Cerner Office di Paddington, London esoknyer
jeng...jeng...jeng......
21hb September 2009
Pagi-pagi lagi kami dah check-out dari Marylebone Hall, naik tube menuju ke Paddington Station untuk ke The Point, Cerner London Office.
Ini gambar aku depan enterance masuk The Point. Cerner London Office terletak di tingkat 5 & 6 bangunan kaca ini. Kesiannya, bangunan kaca ini sering menyerpih, maybe kerana tekanan & pergerakan dalam bangunan yang tak putus-putus.
Security di sini tak ler ketat mcm di Citibank Tower, nak register pun dia tak minta ID. Bagi sebarang nama pun tak kesah kot....
Ini gambar kereta jual hot drinks yang "lepak" bersama Nughul sementara aku jumpa ex-manager aku di tingkat 5. Aku lupa bawak kemera lagi untuk tunjukkan betapa berbeza nyer office di London kalau di bandingkan dengan office di Kuala Lumpur. Jumlah associates di Malaysia pun dah 1/50 jumlah associates di London ni!!!...
Best gakkan kalau dapat join diorg di sini... Yang pastinyer tak derk associates yg bermulut longakang ala-ala Azwan Ali.... hahahahaa
Selesai di Office London, kami singgah di Edgware untuk menghantar semua barang-barang dan merasmikan kehidupan baru di studio bernombor 6, 214A, Station Road, Edgware HA8 ini......
Kami spent the day di Edgware sahaja, jenguk-jenguk kedai-kedai yang ada di sini dan menambahkan barang belian keperluan seterusnya.... Bermula lah episod hidup baru di Edgware London...

