Tuesday, June 16, 2009

Soal Jawap Hati Yang Sentiasa Leka

Kenapa Aku Diuji ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust ?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .."- Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."- Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 87


Umat Akhir Zaman

Terkejut nyer bila terbaca cerita nih kat internet.

KUALA LUMPUR: Berang dimarahi kerana menjadi ‘anak ikan’ kepada pengamal seks songsang, seorang remaja berusia 13 tahun membelasah ibunya berusia 38 tahun menggunakan buku lima di rumahnya di Gombak, disini.

Difahamkan, tindakan biadap remaja lelaki itu memukul wanita yang juga ibu tunggal disebabkan dia melarang anaknya meneruskan hubungan songsang dengan seorang lelaki berusia 20-an yang menjadi kekasihnya sejak lima tahun lalu.

Rahsia percintaan terlarangpasangan itu terbongkar apabila ibu remaja berkenaan menemui wang yang banyak dalam simpanan anaknya itu. Perasaan pelik yang menyelubungi wanita itu terjawab apabila anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui ‘dibela’ kekasihnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu apabila wanita berkenaan menegur anaknya supaya meninggalkan kerja terkutuk terbabit.

Sumber berkata, pertengkaran kira-kira 10 minit itu bertukar ganasapabila remaja terbabit hilang kawalan lalu menumbuk muka ibunya.“Tidak berpuas hati, remaja itu menyarungkan buku lima dan menumbuk sekali lagi muka ibunya.“Wanita terbabit terpelanting sebelum terjatuh dan terkedu kerana tidak mempercayai perbuatan anaknya itu,” katanya.

Menurut sumber, remaja itu kemudian melemparkan kata-kata kesat selain mendakwa wanita itu tidak layak menjadi ibu kandungnya kerana tidak mampu menyediakan segala yang diingini. Difahamkan, mangsa mengarahkan anaknya yang lain meminta bantuan jiran. Beberapa jiran datang meleraikan pergaduhan itu sebelum menahan suspek yang dikatakan seperti ‘dirasuk’.

Sumber berkata, hubungan songsang itu dipercayai sudah terjalin sejak lima tahun lalu dan bayaran lumayan diberikan kepada remaja berkenaan setiap kali melayani nafsu lelaki itu. “Perasaan curiga mengenai perbuatan anaknya itu juga sudah lama dirasai wanita terbabit yang mendakwa pernah melihat kesan merah pada leher seperti ‘gigitan cinta’ namun mendiamkan diri kerana tiada bukti,” katanya.

Akibat dibelasah, wanita itu cedera di kepala dan difahamkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.


Aduh, sedihnya bila seorang anak, yang belum akhir baligh, bertindak sedemikian. Hingga boleh mempersoalkan kemewahan yang sepatutnya di perolehi dari ibu bapa.

Siapalah 'kekasih' anak bungsu nya itu, memang patut di sula dan di lontar dengan batu oleh semua orang. Perosak bangsa dan negara!!....
Bagaimana insan akhir zaman terlalu mementing kan dunia dan kemewahan.
Dah nak terbalik dah rasanya dunia nih.... sedih....sedih....